CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 716|Reply: 11

Turap Jalan Sekarang Tak Ada Kualiti Langsung, Hujan Sikit Berlubang Balik, Serupa Tampal Tahi Hidung!

[Copy link]
Post time 18-7-2023 09:14 AM | Show all posts |Read mode
Laluan jalan raya berlubang dan tidak rata kian menjadi bualan hangat ramai.


Rata-rata masyarakat di kawasan pedalaman mahupun bandar sememangnya mahukan laluan yang selamat untuk dilalui seiring dengan keselamatan yang lebih terjamin untuk mengelakkan sebarang kemalangan dan tragedi berdarah di atas jalan.



Gambar Hiasan





Tidak dinafikan bahawa syarikat utiliti yang bertanggungjawab dalam hal terbabit cukup peka dengan isu yang melanda namun, tahap kualiti proses turapan dijalankan dikatakan kurang memuaskan dengan ia mudah berlubang selepas hujan lebat melanda.


Turut mendapat perhatian pihak atasan, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menggesa agar syarikat berkaitan tidak mengambil mudah terhadap kerja baik pulih jalan raya yang dijalankan.


Beliau berkata, mereka seharusnya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah digariskan, bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya terjaga sekiranya proses tampalan dan penurapan jalan raya yang dilaksanakan tidak sempurna.


"Saya ingatkan syarikat utiliti, jangan suka-suka selepas buat kerja dan biarkan saja Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), menanggung apa sahaja masalah yang lagi teruk. Ini akan menimbulkan masalah keselamatan dan keselesaan kepada pengguna," katanya dalam satu laporan media.


Di ruangan Facebook, perkara itu turut mendapat perhatian masyarakat yang seperti sudah lali dengan isu tersebut.


"Turap jalan sekarang tak ada kualiti langsung, hujan sikit berlubang balik, serupa tampal tahi hidung, memang berbahaya," kata Apiklanas.


"Menteri pergi tanya pegawai kamu adakah mereka buat kerja dengan betul ataupun sekadar lepas tugas pada kontraktor sahaja, tutup lubang tak sampai seminggu terus rosak balik, kerja yang dibuat dipantau ke tidak oleh pihak atasan," ujar Shunmuganar Muthalagu.


"Syarikat tak semak betul tugas penurapan yang dijalankan, asal buat kerja tutup lubang je tapi kualiti memang ke laut," jelas Mohd N. Jailani.


"Sepatutnya, kerajaan sendiri kena pantau tugas-tugas syarikat utiliti yang buat turap jalan ini, bukan sekadar beri arahan dan lepas tangan, tiap kali lepas hujan mesti rosak balik jadi keselamatan pemandu memang tak terjamin," tambah Faizal Johari.


Dengan faktor cuaca yang tidak menentu kebelakangan ini, ia turut mengundang pelbagai kerosakan jalan raya yang boleh menyumbang kepada isu kemalangan dan tragedi kematian membabitkan pemandu dan penunggang motosikal.


Justeru, dengan isu berbangkit yang masih tiada penyelesaian itu, diharapkan pihak kerajaan khususnya Kementerian Kerja Raya lebih peka dengan proses sebelum dan selepas penyelenggaraan dijalankan di sesebuah kawasan. -CARI


Sumber: Majoriti
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2023 09:26 AM | Show all posts
Dan paling pelik org2 JKR/majlis/bandaraya boleh plak approve job yg contractor ni buat pastu proceed for payment. Takde SOP utk buat QAQC ke?
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2023 09:30 AM From the mobile phone | Show all posts
tungkai replied at 18-7-2023 09:26 AM
Dan paling pelik org2 JKR/majlis/bandaraya boleh plak approve job yg contractor ni buat pastu procee ...

Sharing is caring
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2023 09:31 AM | Show all posts
jalan dah turap one stretch cantik2, last2 korek, tampal semula cam haram J.
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2023 09:46 AM From the mobile phone | Show all posts
YG tampal Jalan ni mostly ada cartel...bukan kecik2 anak punya cartel....wonder project brotherhood jadi apa sekarang...Masih berjalan ke?
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2023 10:55 AM | Show all posts
Bila tampal jalan berlubang, bahagian berlubang yang di turap tu selalu tak di compress betul2 dan tak dibiarkan kering betul2.. bila kenderaan lalu especially yang berat, tempat berlubang tu akan mendap dan jadi lubang balik.. sebab tu tampal boleh tahan seminggu dua je especially kalau laluan tu banyak kenderaan berat lalu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-7-2023 12:49 PM | Show all posts
boleh buat cantik2, tapi kena tutup jalan lama la.. 2-3 hari korek, compact satu hari tar, 7 hari  tunggu cure... sanggup ke hadap jem sebab jalan tutup? kalau kau buat pagi, tghari dah bagi org jalan, pastu ptg lak hujan...haha mcm curah air di daun keladi je la..
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2023 01:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by B40tastePosh at 18-7-2023 01:29 PM

Jalan kat Malaysia ni memang tenat sbb tak berkualiti patutnye perkenalkan je balik Jalan air .
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2023 01:37 PM | Show all posts
"Saya ingatkan syarikat utiliti, jangan suka-suka selepas buat kerja dan biarkan saja Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), menanggung apa sahaja masalah yang lagi teruk. Ini akan menimbulkan masalah keselamatan dan keselesaan kepada pengguna," katanya dalam satu laporan media.


Apa kaitannya dengan LLM?
Kalu skop berkisar perihal jalan persekutuan/bandar/kampung pedalaman, ini semua dibawah naungan JKR/PBT/State Gomen.
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2023 01:39 PM | Show all posts
Kau pegi Bangsar, tengok geng utiliti ni pi korek dan turap panjangggggg di atas premix yang dah sediada cantek. Mana pegi la korang punya koordinasi kerja.
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2023 02:10 PM | Show all posts
kucingitam replied at 18-7-2023 12:49 PM
boleh buat cantik2, tapi kena tutup jalan lama la.. 2-3 hari korek, compact satu hari tar, 7 hari  t ...

asal lama sangat 7 hari bukan ada mesin pemampat tu?
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2023 02:42 PM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 18-7-2023 02:10 PM
asal lama sangat 7 hari bukan ada mesin pemampat tu?

tu nak bagi dia compact je.. nak bg tahan lama mmg kena tunggu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-10-2024 08:24 PM GMT+8 , Processed in 0.531411 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list