CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1105|Reply: 8

Aizat fokus muzik, kesihatan

[Copy link]
Post time 17-7-2023 09:39 PM | Show all posts |Read mode
Aizat fokus muzik, kesihatan


Aizat dan isteri.


Kuala Lumpur: Penyanyi dan komposer terkenal, Aizat Amdan mendedahkan dia sudah tiga bulan tidak membuat hantaran di laman media sosialnya.

Menurut Aizat atau nama sebenarnya, Muhammad Aizat Amdan, 34, dia juga melihat media sosial tidak elok untuk dirinya.

"Saya juga tidak melayari media sosial setiap masa. Saya tengok ramai orang yang mempamerkan kebahagiaan, kekayaan dan masalah rumah tangga di media sosial.

"Jangan jadikan media sosial ini Tuhan. Ada orang yang ketagih dengan media sosial.

"Buka mata sahaja, sudah layari media sosial dan mereka juga habiskan masa selama satu atau dua jam setiap hari,"katanya.

Aizat ditemui pada majlis sidang akhbar Pesta Kuantan 188 yang berlangsung di sebuah hotel di ibu kota di sini, hari ini.

Penyanyi yang popular dengan lagu Hanya Kau Yang Mampu itu berkata, dia juga percaya pada rezeki dari Tuhan.

"Saya nak menjual muzik dan bukan berat badan.

"Saya tak buat posting pun ada saja pihak yang tawarkan untuk jadi duta produk. Fokus saya pada bidang muzik dan kesihatan sekarang," katanya.

Mengulas mengenai akaun media sosialnya,  kata Aizat lagi, dia tidak buat hantaran kerana tidak mahu orang beri komen mengenai berat badannya di media sosial.

"Lama kelamaan komen itu menjadi toksik dan buat saya kurang keyakinan diri. Ia memang beri kesan pada saya.

"Sebab itu saya mahu perjuangkan isu 'body shaming' (sindir badan) ini," katanya.

Menurutnya, dia berharap orang ramai lebih sensitif dengan ayat atau bahasa digunakan kerana kita tidak boleh sambil lewa bercakap di media sosial.

"Sebab saya sendiri yang kendalikan akaun media sosial dan kalau orang cakap saya negatif, isu 'body shaming' itu buat saya menjadi negatif," katanya.

Kata Aizat lagi, dia berasa kecewa apabila orang lebih bercakap mengenai soal berat badannya berbanding konsert Riuh yang dijayakannya sebelum ini.

"Ketika jayakan konsert Riuh selepas pandemik Covid-19, konsert pada petang itu

dipenuhi orang ramai tapi orang lebih tertarik dengan topik kenaikan berat badan saya.

"Ingat senang ke nak buat festival yang tarik ramai orang datang? Perkara itu yang buat saya menjadi negatif dan berasa rendah diri," katanya.


SumbeR:https://www.hmetro.com.my/rap/20 ... kus-muzik-kesihatan

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2023 09:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Takde GEMPAR!! pun
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2023 09:48 PM From the mobile phone | Show all posts
bagus heols ada prinsip
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2023 10:11 PM | Show all posts

Aizat Amdan Tak Aktif Di Media Sosial, Fokus Muzik & Kesihatan

Penyanyi dan komposer terkenal, Aizat Amdan mendedahkan dia sudah tiga bulan tidak membuat hantaran di laman media sosialnya.


Menurut Aizat atau nama sebenarnya, Muhammad Aizat Amdan, 34, dia juga melihat media sosial tidak elok untuk dirinya.






"Saya juga tidak melayari media sosial setiap masa. Saya tengok ramai orang yang mempamerkan kebahagiaan, kekayaan dan masalah rumah tangga di media sosial.


"Jangan jadikan media sosial ini Tuhan. Ada orang yang ketagih dengan media sosial. Buka mata sahaja, sudah layari media sosial dan mereka juga habiskan masa selama satu atau dua jam setiap hari,"katanya.


Aizat ditemui pada majlis sidang akhbar Pesta Kuantan 188 yang berlangsung di sebuah hotel di ibu kota di sini, hari ini.


Penyanyi yang popular dengan lagu Hanya Kau Yang Mampu itu berkata, dia juga percaya pada rezeki dari Tuhan.


  



"Saya nak menjual muzik dan bukan berat badan. Saya tak buat posting pun ada saja pihak yang tawarkan untuk jadi duta produk. Fokus saya pada bidang muzik dan kesihatan sekarang," katanya.



Mengulas mengenai akaun media sosialnya,  kata Aizat lagi, dia tidak buat hantaran kerana tidak mahu orang beri komen mengenai berat badannya di media sosial.


"Lama kelamaan komen itu menjadi toksik dan buat saya kurang keyakinan diri. Ia memang beri kesan pada saya. Sebab itu saya mahu perjuangkan isu 'body shaming' (sindir badan) ini," katanya.


  



Menurutnya, dia berharap orang ramai lebih sensitif dengan ayat atau bahasa digunakan kerana kita tidak boleh sambil lewa bercakap di media sosial.


"Sebab saya sendiri yang kendalikan akaun media sosial dan kalau orang cakap saya negatif, isu 'body shaming' itu buat saya menjadi negatif," katanya.






Kata Aizat lagi, dia berasa kecewa apabila orang lebih bercakap mengenai soal berat badannya berbanding konsert Riuh yang dijayakannya sebelum ini.


"Ketika jayakan konsert Riuh selepas pandemik Covid-19, konsert pada petang itu dipenuhi orang ramai tapi orang lebih tertarik dengan topik kenaikan berat badan saya.


"Ingat senang ke nak buat festival yang tarik ramai orang datang? Perkara itu yang buat saya menjadi negatif dan berasa rendah diri," katanya.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2023 10:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Tgh diet semula kotttt... utk projek baru
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2023 11:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi berat badan kau mmg turun naik dek. Fluctuate gila2. Kadang akak tgk gambar adik, akak taktau gambar tahun bila dek. Terpaksa lah aku Check calendar kuda akak. Then baru akak rasa yakin dgn kau dek.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-7-2023 12:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Cakap ja la bz fokus ulit bini khennn
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2023 01:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Carcosa replied at 17-7-2023 11:41 AM
Tapi berat badan kau mmg turun naik dek. Fluctuate gila2. Kadang akak tgk gambar adik, akak taktau g ...

Bila tengok gambar Aizat ni, I teringat tips yang diberi oleh isteri Raissuddin Hamzah.

  

Katanya, kalau nak kelihatan kurus, kena menyorok belakang orang lain.

  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-7-2023 09:32 AM | Show all posts
Aizat fokus muzik, kesihatan
https://bm.cari.com.my/forum.php ... =5193020&extra=
Post time 17-7-2023 09:39 PM

dah ada
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-10-2024 08:22 AM GMT+8 , Processed in 0.048224 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list