CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 582|Reply: 4

Syamel Nafi Pindah Syarikat Rakaman Sebab Kecewa

[Copy link]
Post time 17-7-2023 09:09 PM | Show all posts |Read mode
Penyanyi Syamel menafikan tindakannya meninggalkan syarikat rakaman, Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd adalah disebabkan kecewa dan tidak puas hati kerana dianaktirikan.


"Kami profesional kerana penghijrahan ini berlaku secara harmoni dan tidak bermasam muka. Memandangkan sudah lapan tahun bersama Astro, saya merasakan sudah tiba masa untuk terokai perkara baharu.






"Saya nak cabar diri dan keluar zon selesa. Selepas tamat program realiti, Akademi Fantasia pada 2015, saya tidak pernah sertai mana-mana syarikat rakaman selain milik Astro.


"Secara kebetulan, saya dilamar Warner Music yang juga label antarabangsa, jadi saya sifatkan tawaran ini ibarat orang mengantuk disorongkan bantal," katanya.


Adakah benar kurang diberi perhatian dan lagu tak dipromosikan menjadi penyebab, Syamel berkata, dia tidak salahkan mana-mana pihak, malah sepanjang lapan tahun bersama pengurusan banyak juga kenangan manis dilalui bersama.


"Banyak ilmu atau pengalaman yang saya timba daripada mereka.



  



"Antaranya, saya kena berdikari dan tidak boleh mengharapkan mereka 100 peratus. Semua ini bekalan untuk saya hadapi cabaran baharu bersama Warner Music," katanya.


Mengulas dakwaannya dengan Ernie berpakat keluar serentak dari Rocketfuel Entertainment, Syamel hanya ketawa.


"Tidaklah. Ernie ada alasan sendiri dan begitu juga saya. Kami ada visi dan misi. Demi kelangsungan kerjaya seni, kami cuba mencari solusi yang terbaik.


"Macam saya, sudah lapan tahun bersama label berkenaan. Bila sudah terlalu lama, mesti saya ada rasa nak timba pengalaman baharu dan suasana kerja yang berbeza. Lagipun, Warner Music menjanjikan boleh terima pandangan dan cita rasa muzik saya," katanya.




Sumber: BH Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2023 09:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Yerlah.. Dah ada yg international yg offer tak kan lah tidak kan..
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2023 09:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Rambut tu....tolonglah belek cermin
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2023 10:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang rocket tu tak membantu artis under diaorang pun.
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2023 11:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru tahu roketfuel ni astro yg punya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-10-2024 10:56 PM GMT+8 , Processed in 0.318240 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list