CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 528|Reply: 2

Johan Susah Terima Tawaran Filem Sebab Payah Nak Tidur

[Copy link]
Post time 17-7-2023 05:06 PM | Show all posts |Read mode
Johan sukar menerima tawaran lain lebih-lebih lagi melibatkan sebuah projek filem kerana lebih mengutamakan karier sebagai penyampai radio di Hot FM.


Johan atau nama sebenarnya Mohd Yazid Lim Mohamad Aziz, 39, berkata, dia bimbang sekiranya tidak dapat melunaskan tanggungjawab apabila terikat dengan sebarang komitmen lain.




IG




Lebih 15 tahun berkecimpung dalam bidang seni, pelakon dan pelawak itu berkata, dia kini lebih mengutamakan kehidupan yang lebih berkualiti bersama keluarga.


“Kerja radio pukul 4.30 pagi saya sudah terjaga dan bergerak ke tempat kerja. Jadi, saya perlu rehat yang cukup.


“Kalau terima tawaran filem, saya bimbang ada komitmen dengan orang lain. Setiap hari pun saya tidur awal, lepas waktu Isyak, pukul 9 malam sudah masuk tidur. Tidur lewat sekalipun, pukul 4.30 pagi mesti saya sudah terjaga. Bangun tiada masalah, selalunya hendak tidur itu yang susah,” katanya.


Johan disenarai pendek sebagai lima Penyampai Radio Popular Anugerah Bintang Popular (ABP) termasuk empat rakan penyampai lain iaitu DJ Lin dan Tyzo dari Suria FM, DJ Sonic (Nasional FM) dan Haiza (Kool 101).


Bapa enam anak itu juga diberi tanggungjawab kali pertama untuk mengendalikan malam kemuncak ABP bersama pelakon dan pengacara, Ain Edruce, Jumaat nanti.


Untuk rekod, Johan pernah membintangi filem Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam, Hantu Kak Limah Balik Rumah, Raya Tak Jadi, Libas, Bujang Terlajak, Uncle Usin, Berani Punya Budan dan Papadom 2.




Sumber: Utusan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2023 06:51 PM | Show all posts
alah cakap je la job movie kau sendu nyahhh...
lagi masyuk job jadi penyampai radio...

sebab filem ni bergantung samada filem tu hit ke tidak...
kalau tak hit maka melopong je lah sambil baca2 mentera kat belakang...

Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2023 10:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Baik punya Ahlong bila Nak tayang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-10-2024 05:25 PM GMT+8 , Processed in 0.593699 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list