CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2426|Reply: 27

Wafiy Aan Terdesak Nak Buktikan Diri Dah Dewasa, Orang Selalu Anggap Masih Budak Kecil

[Copy link]
Post time 17-7-2023 11:06 AM | Show all posts |Read mode
Wafiy Aan ingin membuktikan dirinya kini sudah dewasa dan tidak mahu lagi terikat dengan imej pelakon cilik.


Wafiy mahu menyerlahkan sisi berbeza dirinya dan tidak lagi dikenali sebagai seorang pelakon kanak-kanak.


Foto: IG




Justeru itu, dia merancang untuk tampil dengan single baharu bagi menunjukkan bakat terpendam dan membuktikan dirinya kini sudah matang.


"Seperti yang ramai sudah tahu, saya memulakan kerjaya lakonan bersama Astro Ceria. Sehingga kini, masih ramai yang menganggap saya budak-budak.


"Saya mahu buktikan saya bukanlah Wafiy yang ada di Astro Ceria, tetapi seorang lelaki yang sudah matang.


  



"Sekarang ini pun saya dalam proses mencari single baharu. Saya mahu pilih lagu yang membuatkan saya nampak lebih matang," katanya kepada mStar.


Bagaimanapun dia tidak mampu menghalang stereotaip penonton yang masih menganggap dirinya sebagai pelakon kanak-kanak.


"Jika masyarakat masih tidak boleh membuang pandangan menganggap saya masih pelakon kanak-kanak, saya tak boleh nak halang juga.


"Mungkin mereka terlalu banyak menonton saya daripada kecil... tetapi sekarang saya memilih watak-watak yang lebih matang," ujarnya.


  



Sementara itu, Wafiy turut memberitahu dia diberi kepercayaan oleh stesen televisyen untuk menjadi penerbit dan pengarah dalam sebuah telemovie.


"Alhamdulillah saya pun sudah diberi peluang oleh Astro untuk menerbit dan mengarahkan telemovie sendiri," ujarnya.




  



Dalam perkembangan lain, Wafiy dipilih sebagai salah seorang peserta program realiti Real Men Malaysia: Wira Merah yang akan bersiaran di Astro Ria bermula 30 Julai ini.


Kata Wafiy, menyertai program ini merupakan salah satu usaha memaparkan sisi sebenar yang ada dalam dirinya.


  



"Saya sudah pun berusia 21 tahun dan saya ambil projek ini sebagai fasa pertukaran saya daripada seorang yang dikenali sebagai kanak-kanak berubah menjadi lelaki sebenar.


"Sejujurnya saya dalam fasa untuk menjadi lelaki fit sebab saya pun seorang pelakon... saya juga mahu berlakon genre aksi.


"Sekarang saya sedang cuba untuk menukar perspektif dan mahu memperlihatkan kepada orang ramai yang saya sudah dewasa," katanya. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2023 11:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Comel kan dia ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2023 11:31 AM From the mobile phone | Show all posts
21 tahun masih budak dik
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2023 11:31 AM | Show all posts
tetap nampak bocil
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2023 11:49 AM | Show all posts
dia kena la tolak berlakon dalam movie yang kelasfikasi kanak-2..baru la x di cop pelakon kanak-2.. amik peluang berlakon cerita aksi..
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2023 12:05 PM From the mobile phone | Show all posts
21 tahun. Besar dah awak ye dik. Dari kecik nengok nya. Iras iras aidit noh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-7-2023 12:32 PM | Show all posts
ko jgn jadi mcm si Nobita ambik watak org dewasa still nmpk bdk2..lbh kurang umur si Merqeen jer
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2023 12:52 PM From the mobile phone | Show all posts
dia mmg babyface
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2023 12:56 PM | Show all posts
dia bole menyanyi.. menari, berlakon.. mengacara pon bole.. serba berbakat si Wafiy ni..
stop terima tawaran dari astro ceria.. tu SMK ke.. geng surau ke.. citer apa2 pasal budak sekolah.. enuff.

Kau gi berlakon jadi kutu rayap ke.. budak jalanan ke.. something yang sangat berbeza dari watak sebelum2 ni..
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2023 02:27 PM From the mobile phone | Show all posts
suka tgok bdk ni..dia klakar
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2023 03:10 PM From the mobile phone | Show all posts
talapia replied at 17-7-2023 12:56 PM
dia bole menyanyi.. menari, berlakon.. mengacara pon bole.. serba berbakat si Wafiy ni..
stop terima ...

Kann, jgn amek offer dari ceria dah. Pandai hosting, cuba hosting genre lain lak mcm gossip ke sukan ke, remaja ke, baru blh show sisi matang tu gituhh
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2023 03:31 PM | Show all posts
bestnya muka babyface..i teringin nak muka babyface cmtu..
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2023 03:39 PM | Show all posts
takleh la dik..akak tetap terbayang kau dalam kasut bola pink..
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2023 03:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Muka dia ni muka lambat matang, ala2 adik elfira loy. Mungkin boleh try cari job berlakon watak yg lebih berat macam drama budak tebing & high council. Ataupon ikut jejak bell ngasri cari je job komedi keluarga. Anak iouls suka sangat layan video SMK kat youtube sampai hafal lagi sistem pencernaan si wafi ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2023 04:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Cuba berlakon jadi bapak anak 4.Mesti netizen akan cakap ko dh matang dik.
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2023 04:15 PM | Show all posts
ms kecik cmne muke eh weyy
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2023 08:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Wah..byk juga follower dia nih...lagi 3-4 tahun ko buat debut drama cintan cintun...pasti hit
Sementara nak tunggu debut tu..why not ko asah bakat lakonan...nyanyian dan workout kat gim
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2023 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Lah bila kau besar dik? Tiba-tiba je dah 20an.
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2023 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Handsomenyeee
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2023 09:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Adui 21 tu budak laaaa... lainla belll tu pun masih dikata budak... dh nak bercucu dh
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 06:08 PM GMT+8 , Processed in 0.136141 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list