CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 177|Reply: 1

[Pulau Pinang] Nilai jualan Agro MADANI disasar cecah RM39 juta

[Copy link]
Post time 16-7-2023 11:53 AM | Show all posts |Read mode
Nilai jualan Agro MADANI disasar cecah RM39 juta


Julai 16, 2023 @ 11:43am



Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu menghadiri program Jualan Agro MADANI Tanjong, di Georgetown, hari ini. NSTP/Aminah Yusof



GEORGETOWN: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menyasarkan pelaksanaan Jualan Agro MADANI di 5,000 lokasi di seluruh negara membabitkan nilai jualan sebanyak RM39 juta pada tahun ini.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu, berkata pihaknya turut menyasarkan penyertaan 46,000 usahawan di seluruh negara.

Katanya, ia susulan kejayaan program itu yang mencatat nilai jualan RM17.7 juta selepas diadakan di 643 lokasi hingga 9 Julai lalu membabitkan 10,143 usahawan dan memberi nilai penjimatan RM5.3 juta kepada 1.28 juta isi rumah.

"Pelaksanaan Jualan Agro MADANI ini dilihat sebagai antara program 'quick win' KPKM dalam membantu pengeluar memasarkan produk mereka secara terus kepada pengguna dan pada masa sama dapat mengurangkan kos sara hidup rakyat terutama dalam komponen makanan melalui harga penjimatan yang ditawarkan," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Program Jualan Agro MADANI Tanjung di pekarangan Prangin Mall, di sini, turut dihadiri Timbalan Menteri Pendidikan yang juga Ahli Parlimen Tanjung Lim Hui Ying.

Mohamad berkata, fokus Jualan Agro MADANI di seluruh negara pada tahun ini adalah untuk menjamin ketersediaan bekalan agromakanan dan memberi pilihan kepada pengguna mendapatkan bekalan agromakanan pada harga yang berpatutan.

Katanya, melalui jualan itu juga, komoditi jualan diperluaskan meliputi produk segar dan barang kawalan dengan penjimatan 10 hingga 30 peratus lebih rendah berbanding harga pasaran termasuk sayur, buah-buahan, ayam, telur, ikan dan daging.

"Antara fokus lokasi bagi Jualan Agro MADANI ini adalah di kompleks atau premis kerajaan, 'outlet' peruncitan agensi di bawah KPKM, Projek Perumahan Rakyat (PPR), kawasan perumahan, kawasan miskin bandar dan pinggir bandar.

"KPKM juga merancang untuk memperluaskan program jualan itu pada tahun depan bagi memberikan lebih penjimatan kepada pengguna, bukan kita bersaing dengan peniaga di luar tetapi nak bantu isi rumah mendapatkan barang keperluan lebih jimat hingga 30 peratus," katanya.

Katanya, melalui program itu, ia membuktikan keprihatinan Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam memastikan nasib golongan yang memerlukan sentiasa terpelihara dalam menghadapi cabaran kos sara hidup yang tinggi.

Program Jualan Agro MADANI adalah penjenamaan semula kepada program Jualan Terus Dari Ladang (JTDL) yang dilaksanakan KPKM melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).– BERNAMA







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2023 11:58 AM | Show all posts
Jualan Agro Madani ini telah membantu ramai rakyat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 02:05 PM GMT+8 , Processed in 0.078625 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list