CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 954|Reply: 4

Remaja Tumbuh Ekor Dianggap Dewa Monyet, Keluarga Bimbang Penduduk Halang Dari Berkahwin

[Copy link]
Post time 16-7-2023 09:42 AM | Show all posts |Read mode
Seorang remaja bukan sahaja dianggap selebriti di kampungnya, malah ada penganut Hindu menganggapnya sebagai jelmaan semula dewa monyet, Hanuman apabila mempunyai keadaan fizikal yang unik.


Suresh, 14, dari sebuah kampung kecil di Madhya Pradesh, India dilahirkan dengan ekor rambut yang kini tumbuh sepanjang kira-kira 60 sentimeter di belakang badan.




Ahli keluarga mengukur panjang ekor rambut yang tumbuh di belakang badan Suresh. - Foto Agensi




Rumah keluarganya di Barwani sering dikerumuni orang ramai termasuk penduduk kampung lain hampir setiap hari dengan membawa pelbagai buah untuk mendapat berkat.


Namun, bagi Suresh sendiri dia tidak suka dengan perhatian diberikan dan mahu memotong 'ekor' berkenaan.


Ini kerana terdapat rakan sebaya yang cemburu bertindak membulinya.


Ketika berusia lima tahun, Suresh cuba memotong rambut tersebut dengan bantuan bapanya, namun jatuh sakit tidak lama selepas itu.


Malah, keluarga remaja tersebut bimbang suatu hari nanti penduduk menghalang Suresh daripada mendirikan rumah tangga kerana mengikut mitos, Hanuman tidak pernah berkahwin.




Sumber: Sinar Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-7-2023 08:10 AM | Show all posts
mati ke kalau dipotong ekornya?
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2023 11:45 AM | Show all posts
jilat2 tak utk bersihkan 'ekor' tu

Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2023 01:20 PM | Show all posts
Takut jadi gorila di bulan mengambang
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2023 01:29 PM | Show all posts
Kalau berlaku kat indon, dicelupnya dlm gelas berisi air utk dibuat minum.
Dipercayai ajaib dan boleh menyembuhkan kepelbagaian aneka jenis penyakit.
Maka tidak putus-putus pengunjung dari segenap pelosok kelurahan/kecamatan datang berziarah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2025 09:51 PM GMT+8 , Processed in 0.168808 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list