CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 259|Reply: 0

Marketa cipta sejarah sensasi

[Copy link]
Post time 16-7-2023 08:51 AM | Show all posts |Read mode

MARKETA (kiri) dan Ons bersama trofi masing-masing. FOTO AFP

London: Marketa Vondrousova mengakui terkejut dengan kejayaan menjuarai Wimbledon selepas muncul pemain wanita pertama bukan pilihan memenangi kejohanan pada era Terbuka.

Pemain Czech itu mencipta sensasi di Centre Court awal pagi tadi apabila menewaskan pilihan keenam dari Tunisia Ons Jabeur 6-4, 6-4.

Marketa, 24, meraih kejayaan gelaran Grand Slam tidak disangka pada percubaan keduanya selepas tewas kepada Ash Barty di final Terbuka Perancis 2019.

"Selepas mengharungi segalanya dengan kecederaan sebelum ini, ia sangat menakjubkan berdiri di sini dan menjulang trofi," kata Marketa yang mengalami kecederaan pergelangan tangan pada 2022.

"Saya tak tahu bagaimana saya boleh melakukannya. Tenis memang gila."

Marketa menyertai Jana Novotna dan Petra Kvitova antara tiga pemain Czech yang menjuarai gelaran Wimbledon serta pemain kesembilan bukan pilihan yang menjuarai Grand Slam.

Ons pula menganggap kekalahan ketiganya di final Grand Slam itu paling mengecewakan dalam kariernya, setahun selepas tewas di tangan Elena Rybakina juga di final Wimbledon.

Pemain berusia 28 tahun itu hanya pemain wanita kelapan yang tewas tiga final Grand Slam pertama.

"Sukar untuk saya perkatakan. Saya nampak buruk dalam foto, jadi ia tidak membantu. Saya fikir ini kekalahan paling memilukan dalam karier saya," kata Ons selepas sekali lagi gagal dalam misinya muncul pemain Arab atau Afrika pertama memenangi gelaran Grand Slam.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... pta-sejarah-sensasi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 05:57 PM GMT+8 , Processed in 0.066545 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list