|
Dalam keghairahan memberi persembahan terbaik kepada peminat dan penonton, ada kalanya anak seni terpaksa berdepan insiden lucu dan memalukan yang tidak dapat dielak.
Seperti yang berlaku kepada penyanyi Taiwan bernama Amber An, 37, selepas seluar yang dipakainya terkoyak di atas pentas minggu lalu di Festival Kaohsiung Beer Rock Fest.
8days.sg
Ketika kejadian, bahagian tengah seluarnya terkoyak semasa sedang lincah menari dan dia hanya menyedari keadaan itu beberapa detik selepas ia berlaku.
Tanpa membuang masa, beliau berlari ke belakang pentas untuk menukar seluarnya, malangnya video insiden terbabit berjaya dirakam pengunjung sebelum tersebar ke internet.
Mengulas kejadian tersebut, Amber yang juga seorang hos dan model menyatakan bahawa beliau menganggap semua yang berlaku itu sebuah takdir.
IMDb
Meskipun kelihatan malu ketika disoal, Amber dengan selamba menambah kalau insiden itu menimpa orang lain, beliau juga akan tertawa.
Menutup bicaranya, penerima anugerah Wanita Terseksi Versi Taiwan ini turut mempersoalkan sampai bila orang akan mentertawakan dirinya.
Sumber: Kisah Dunia/Gempak |
|