CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 137|Reply: 1

[Pulau Pinang] 'Jentera boleh fokus PRN lepas spekulasi terhenti' - Kon Yeow

[Copy link]
Post time 14-7-2023 07:50 PM | Show all posts |Read mode
'Jentera boleh fokus PRN lepas spekulasi terhenti' - Kon Yeow


Oleh Audrey Dermawan - Julai 14, 2023 @ 6:28pm bhnews@bh.com.my






GEORGETOWN: Keputusan sebulat suara jawatankuasa pemilihan calon DAP untuk mengekalkan Chow Kon Yeow sebagai calon Ketua Menteri Pulau Pinang mampu meredakan sebarang spekulasi yang timbul mengenai kedudukan pemimpin itu sebelum ini.

Kon Yeow ketika ditemui, berkata beliau berasa rendah diri dengan keputusan sebulat suara untuk menamakannya bagi penggal kedua sekiranya gabungan Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) berjaya mengekalkan negeri itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Beliau berkata, ia juga adalah satu pengiktirafan kepada diri dan pentadbirannya.

"Saya berasa rendah diri dengan keputusan dibuat itu. Sepanjang tempoh lima tahun pimpinan, saya hanya mahu melakukan kerja terbaik untuk rakyat, saya akan bekerja lebih keras dan berharap mendapat sokongan semua.

"Khabar angin sebelum ini (calon Ketua Menteri) agak mengganggu, tetapi ia sudah menjadi sejarah dan saya berharap keputusan ini dihormati untuk kita terus melangkah ke depan.

"Saya juga berasa bertuah kerana orang ramai menyokong kepemimpinan saya," katanya selepas merasmikan pembukaan Commerz Trade Services Sdn Bhd, di sini.

Jawatankuasa pemilihan calon DAP yang bermesyuarat malam tadi memutuskan untuk menamakan Kon Yeow sebagai Ketua Menteri bagi penggal kedua sekiranya PH-BN memenangi PRN di negeri itu.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook, dalam satu kenyataan di laman Facebooknya, dilaporkan berkata keputusan itu sudah dimaklumkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi PH itu merestui ketetapan berkenaan.

Pada masa sama, Kon Yeow berkata, dengan ketetapan itu seluruh jentera kini boleh fokus dalam menghadapi PRN.

"Ini kerana ketika adanya spekulasi, terdapat beberapa ketidakpastian.

"Namun saya kekal tenang dan kini dengan terhentinya spekulasi ini, seluruh jentera boleh menyimpan tenaga dan bersatu menghadapi PRN," katanya.

Beliau berkata, besar harapannya untuk mengetuai PH-BN dalam PRN bagi meyakinkan rakyat bahawa gabungan itu adalah kerajaan yang pro-rakyat, pro-perpaduan, pro-pembangunan dan pro-kesejahteraan rakyat.

Ditanya mengenai pembaharuan besar-besaran dalam barisan EXCO kerajaan negeri yang mewakili DAP seperti mana disebut Anthony sebelum ini, Kon Yeow berkata, perkara itu akan diputuskan kemudian selepas parti memenangi pilihan raya yang berlangsung pada 12 Ogos ini.

"Kami belum menang lagi, mungkin perlu lihat kepada calon dulu untuk melihat senarai (calon) yang memenuhi aspirasi kepemimpinan negara,'' katanya.




Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow. - Foto NSTP/MIKAIL ONG

sumber







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-7-2023 07:51 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 06:20 PM GMT+8 , Processed in 0.273601 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list