View: 1692|Reply: 9
|
Selepas Angin Ahmar, Johan Mat Saleh Menderita Sakit Jantung- Hanya Bergantung Sumbangan Bulanan RM565, Anak-Anak Kecil Lagi
[Copy link]
|
|
Johan Abdullah, 75, yang terkenal satu masa dulu dengan watak 'mat saleh' kini berdepan masalah jantung pula selepas disahkan menghidap angin ahmar tiga tahun lalu.
Isterinya, Sarepah Mariam Aboo, 50, berkata, pada 31 Julai ini, Johan akan menjalani pemeriksaan jantung di Hospital Serdang.
"ada 28 April lalu, Johan disahkan menghadapi masalah jantung selepas pemeriksaan kesihatan dijalankan akibat dia kerap berpeluh biarpun keadaan badannya sejuk.
"aling membimbangkan, Johan kerap jatuh di bilik air akibat keadaan tubuhnya yang masih belum stabil akibat angin ahmar, dan kini masalah jantung pula," katanya ditemui di rumahnya sewanya di Taman Mantau Indah.
Foto: Berita Harian
Katanya, dia pula berdepan masalah tulang belakang dan tiroid menyebabkannya sukar membantu Johan apabila suaminya terjatuh.
Pada masa sama, katanya, suaminya hanya memakan pasta atau roti sahaja akibat kurang selera.
Menurut Sarepah, buat masa sekarang, mereka hanya bergantung sumbangan bulanan RM565 daripada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (Mains).
"Wang itu kami gunakan untuk belanja makan selain persekolahan anak, Abdullah Musa, berusia 12 tahun serta Orchid Raihani, berumur tujuh tahun," katanya.
Sarepah bagaimanapun bersyukur kerana Allah SWT sentiasa mempermudahkan urusan keluarga mereka.
"Syukur dan terima kasih kepada anak-anak yang membantu membayar sewa rumah serta menjelaskan bil utiliti," katanya.
Sementara itu, Johan berkata, dia amat berharap supaya Abdullah Musa dapat menyambung pelajaran di mana-mana maahad tahfiz.
"Abdullah Musa berminat untuk menyambung pendidikan di sekolah tahfiz. Ini kerana, dia berimpian untuk menjadi guru agama," katanya.
Pada masa sama, menurut Johan, dia turut mendapat berita gembira apabila menerima surat taraf kewarganegaraan Malaysia yang sudah lama dipohon sejak tinggal di negara ini kira-kira 50 tahun lalu.
"Saya masuk ke Malaysia pada 1974 dan syukur kerana kini, saya adalah warganegara Malaysia.
"Terima kasih kepada semua yang membantu serta prihatin dengan kami selama ini. Hanya Allah SWT yang dapat membalas jasa kalian," katanya. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Anak dengan arwah isteri pertama ada sembilan orang
Isteri sekarang ada sewakan rumah kat selangor
Tahun lepas tuan rumah nak jual rumah yg disewa, kena keluar dalam 3 bulan. Tak jadi jual kut
Sekadar info tambahan |
|
|
|
|
|
|
|
Noh dah tua tiber ada anak kecik, mcm ada potensi nak beranak lagi je kalau bini belum menopos.. udah le tu pakcik oi, dalam pada sakit tu menyempat eh.. |
|
|
|
|
|
|
|
Punya lah lama....50 tahun baru dpt kewarganegaraan
Harun Ajis, Adi Putera cepat je dapat
Adakah sebab heols ni tak popular??? |
|
|
|
|
|
|
|
moga dipermudah kan untuk dia
meaning dia ada wife sebelum ni ngan anak2 la ya |
|
|
|
|
|
|
|
ksiannya tapi anak kcik2 patutnya masa da tua x pyah la nk ada anak lagi..cm akak ipar iollss kawen org tua so org ingat atuk daftar anak preschool |
|
|
|
|
|
|
|
teringat pakcik ni berlakon dlm cete Gerak Khas The Movie yg cuba nak goda Lan pet2 kat bilik hotel tu...No No No ..dont be gelojoh men..heheh kau tu busyukk hanggitt!!hahah |
|
|
|
|
|
|
|
Jarang dengar klu orgputih masuk Malaysia, kawen local tapi hidup susah.. Or maybe selamani kebanyakan yg aku tahu kebanyakan ada kerja yg bagus. So, tak kan lah hidup susah kan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia memang omputeh la kan? Ex bini dulu wargnegara malaysia ke? Umo 75 anak kecik 7 thn maknanya umo 68 masih sambut baby. Ni bukan pertama kali kisah dia hidup susah. Mujur la anak2 yg dah besar tu tolong juga |
|
|
|
|
|
|
|
Perawankota replied at 14-7-2023 05:15 PM
Jarang dengar klu orgputih masuk Malaysia, kawen local tapi hidup susah.. Or maybe selamani kebanyak ...
fellow kekawan omputes seumur yang lain dah retired aman makan duit pencen bercuti sana sini. |
|
|
|
|
|
|
| |
|