View: 907|Reply: 6
|
Bergelar pensyarah, Vanidah tak pinggir lakonan
[Copy link]
|
|
Bergelar pensyarah, Vanidah tak pinggir lakonan
Vanidah dipilih sebagai duta AIFFA 2023 yang berlangsung antara 2 hingga 4 Ogos di Kuching. - NSTP/Asyraf Hamzah
KUALA LUMPUR: Meskipun sibuk dengan tanggungjawab sebagai pensyarah di Kolej Seni Kreatif di Universiti Teknologi MARA (UiTM), pelakon Vanidah Imran, 49, tetap membahagikan masa buat kerjaya lakonannya.
Vanidah berkata, dia perlu meneruskan kerjaya sebagai pelakon agar dapat memberi contoh yang baik dan ilmu berguna buat pelajarnya.
Namun, dalam masa sama, Vanidah berkata, dia kini lebih teliti dalam pemilihan naskhah berbanding sebelum ini.
"Saya kini mengajar di UiTM dan bila saya mempunyai pelajar, saya perlu memastikan kerja yang dilakukan berkualiti memandangkan pelajar juga akan menonton dan menjadikan rujukan.
"Namun, naskhah bagaimana yang dipilih, sukar untuk ditentukan. Ia bergantung pada perkembangan karakter dan skrip kerana ia memainkan peranan.
"Apa yang dilakukan ini bukanlah bebanan, sebaliknya menjadi tanggungjawab. Misalnya sebagai ibu bapa, saya perlu menjadi contoh terbaik buat anak sama juga sebagai seorang guru.
"Jadi, saya perlu berada dalam landasan supaya boleh berkongsi dengan pelajar mengenai apa yang berlaku, 'trend' terkini dan masalah industri," katanya kepada BH Online.
Dalam masa sama, graduan Sarjana Seni Persembahan (Drama), Universiti Malaya (UM) itu mengakui, menjadi anak seni bukanlah mudah.
"Ia berbeza apabila anda melakukan filem pendek di peringkat universiti, berbanding keluar dan bekerja dalam dunia realiti. Ia permainan yang berbeza.
"Perkara ini banyak saya kongsi dengan pelajar, di mana mereka perlu tahu dan hati pula kena kental.
"Saya sudah bertemu beberapa pelajar di lokasi penggambaran dan mereka mengakui cabaran yang dihadapi.
"Saya faham kita boleh beri amaran di kelas dan banyak berkongsi, tetapi pelajar tidak boleh bayangkan bagaimana apabila menjejakkan kaki dalam dunia realiti.
"Apapun, ini adalah sebahagian daripada proses pembelajaran dan pengalaman," katanya.
Vanidah perlu meneruskan kerjaya sebagai pelakon agar dapat memberi contoh yang baik dan ilmu berguna buat pelajarnya. - NSTP/Asyraf Hamzah
Vanidah akan kembali memasuki penggambaran bagi drama bersiri, Karma terbitan platform Over The Top (OTT), Viu Malaysia.
"Saya tidak kata tak mahu buat drama di stesen televisyen (TV) nasional. Sebab ada juga skrip yang bagus.
"Seperti sebelum ini, saya menjayakan drama Sengkabung untuk TV Sarawak (TVS). Ia drama bergenre mistik," katanya yang ditemui pada majlis pelancaran AIFFA 2023 di Pawagam Jalan Ampas, Fakulti Penulisan Kreatif dan Filem, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), baru-baru ini.
Vanidah hadir sebagai duta AIFFA 2023 yang kembali diadakan secara fizikal antara 2 hingga 4 Ogos depan di Kuching, Sarawak.
Kata Vanidah, dia sangat berharap AIFFA 2023 mendapat sambutan dan sokongan kerana percaya acara itu adalah satu platform yang baik buat penggiat industri ASEAN.
"Saya percaya AIFFA 2023 berjaya membuka mata penggiat seni luar memandangkan AIFFA diadili oleh barisan juri ASEAN.
"Sekiranya ada filem tempatan yang tersenarai dalam Top 5, kita boleh lihat apa kualiti yang ada untuk diperhalusi," katanya.
Sumber:https://www.bharian.com.my/hibur ... tak-pinggir-lakonan
|
|
|
|
|
|
|
|
Vanidah Imran Sibuk Jadi Pensyarah Di UiTM, Tetap Berlakon Tapi Pilih Naskhah Berkualiti Untuk Jaga Standard
Walaupun sibuk menjadi pensyarah di Kolej Seni Kreatif di Universiti Teknologi MARA (UiTM), pelakon Vanidah Imran, 49, tetap membahagikan masa buat kerjaya lakonannya.
Katanya dia perlu meneruskan kerjaya sebagai pelakon agar dapat memberi contoh yang baik dan ilmu berguna buat pelajarnya.
Namun, dalam masa sama dia kini lebih teliti dalam pemilihan naskhah berbanding sebelum ini.
Foto: IG
"Saya kini mengajar di UiTM dan bila saya mempunyai pelajar, saya perlu memastikan kerja yang dilakukan berkualiti memandangkan pelajar juga akan menonton dan menjadikan rujukan.
"Namun, naskhah bagaimana yang dipilih, sukar untuk ditentukan. Ia bergantung pada perkembangan karakter dan skrip kerana ia memainkan peranan.
"Apa yang dilakukan ini bukanlah bebanan, sebaliknya menjadi tanggungjawab. Misalnya sebagai ibu bapa, saya perlu menjadi contoh terbaik buat anak sama juga sebagai seorang guru.
"Jadi, saya perlu berada dalam landasan supaya boleh berkongsi dengan pelajar mengenai apa yang berlaku, 'trend' terkini dan masalah industri," katanya kepada BH Online.
Dalam masa sama, graduan Sarjana Seni Persembahan (Drama), Universiti Malaya (UM) itu mengakui, menjadi anak seni bukanlah mudah.
"Ia berbeza apabila anda melakukan filem pendek di peringkat universiti, berbanding keluar dan bekerja dalam dunia realiti. Ia permainan yang berbeza.
"erkara ini banyak saya kongsi dengan pelajar, di mana mereka perlu tahu dan hati pula kena kental.
"Saya sudah bertemu beberapa pelajar di lokasi penggambaran dan mereka mengakui cabaran yang dihadapi.
"Saya faham kita boleh beri amaran di kelas dan banyak berkongsi, tetapi pelajar tidak boleh bayangkan bagaimana apabila menjejakkan kaki dalam dunia realiti.
"Apapun, ini adalah sebahagian daripada proses pembelajaran dan pengalaman," katanya.
Vanidah akan kembali memasuki penggambaran bagi drama bersiri, Karma terbitan platform Over The Top (OTT), Viu Malaysia.
"Saya tidak kata tak mahu buat drama di stesen televisyen (TV) nasional. Sebab ada juga skrip yang bagus.
"Seperti sebelum ini, saya menjayakan drama Sengkabung untuk TV Sarawak (TVS). Ia drama bergenre mistik" -CARI
Sumber: Berita Harian
|
|
|
|
|
|
|
|
Kurlast sheolss yach... Sekarang jadi pengsyarah...
Kalau berlakon pun ok sebab sheols berlakon pun best...
|
|
|
|
|
|
|
|
karma yg dear karma siti khadijah berlakon tu ke
ohhhh tak sabar nk tgk |
|
|
|
|
|
|
|
Dah dekat 50thn umur dia, masih cantek |
|
|
|
|
|
|
|
vanida ni yg aku ingat dia pnh jadi miss selangor dulu2..mmg lawa |
|
|
|
|
|
|
| |
|