CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2101|Reply: 18

Ryzal Ibrahim Dituduh Perah Tenaga Maryam Nurr, Gunakan Isteri Untuk Raih Populariti Dan Buat Duit

[Copy link]
Post time 13-7-2023 05:15 PM | Show all posts |Read mode
Maryam Nurr atau Durian Kimchi kini mula berjinak-jinak sebagai pengacara, pelakon dan bakal bergelar penyanyi, tidak lama lagi.


Namun ada pihak kurang senang dengan populariti dikecapi wanita kelahiran Korea Selatan sehingga menuduh suaminya, Ryzal Ibrahim mempergunakan isteri demi kepentingan dan kesenangan.


Foto: IG




Kata Maryam, dia sudah lali apabila suaminya sering dilemparkan pelbagai tuduhan oleh netizen.


Hakikatnya, kata Maryam yang bakal muncul dalam filem sulung, Mat Tudung Begins arahan Datuk Fizz Fairuz, tiada pasangan yang sempurna dan mereka saling mempergunakan antara satu sama lain.


  



Malah, kata Maryam, jika tidak kerana suami yang mengajarnya menghasilkan kandungan kreatif dalam laman sosial tentu namanya tidak dikenali seperti hari ini.


"Ramai menuduh Ryzal mengerah tenaga dan memaksa saya membuat macam-macam untuk kesenangan.


"Sedangkan, netizen tidak tahu suamilah yang bertanggungjawab mengajar saya menghasilkan kandungan kreatif hingga dikenali.




  



"Jika tidak, mungkin sampai sekarang saya masih menjadi penjual roti. Bagi saya, ini adalah situasi menang-menang.


"Adatlah pasangan yang berkahwin saling menggunakan satu sama lain dan perkara itulah yang menjadikan perkahwinan semakin sempurna.


"Saya tahu ada ramai orang berkahwin dengan wanita asing, tetapi mereka tidak ke depan atau mungkin tiada bakat. Jadi, apa salahnya saya menggunakan bakat yang ada dan inilah rezeki kami," katanya kepada BH Online.


  



Kali pertama muncul di layar perak, Maryam berkata, dia menerima lamaran Fizz kerana ingin memperoleh pengalaman berlakon filem.


Biarpun ia filem pertama, Maryam berkata, dia tidak kekok kerana bukan sahaja mendapat tunjuk ajar Fizz, malah pelakon lain juga tidak kedekut ilmu dan banyak membantu.


"Kami menjalani penggambaran selama 10 hari di Genting Highlands. Saya seronok kerana pelakon lain banyak membantu dan memberi semangat terutama bagaimana mahu menjadikan karakter yang dibawakan lebih kelakar.


  



"Fizz juga banyak memberi tunjuk ajar sepanjang penggambaran. Ia satu pengalaman baharu yang menyeronokkan.


"Malah, saya juga terbuka sekiranya mendapat tawaran membintangi filem lain," katanya.


Ditanya adakah mengikuti kelas bahasa bagi memantapkan penguasaan bahasa Melayu, Maryam berkata, dia hanya belajar sendiri.


Malah, kebanyakan perkataan dipelajari hasil komen di Instagram.


"Kebanyakan perkataan saya belajar sendiri daripada komen ditinggalkan. Mana yang tidak faham, saya akan gunakan terjemahan dalam enjin pencarian Google.


"Saya lebih mudah belajar sendiri daripada bertanyakan Ryzal. Ini kerana ada kalanya penerangan Ryzal mengelirukan saya.


"Selain itu, saya banyak bercampur dengan ramai orang atas urusan kerja, ia juga membantu saya memperbaiki bahasa Melayu," katanya.


Bagaimanapun, Maryam mendedahkan, dia mengikuti kelas vokal bersama Erul Samah bagi memantapkan penghayatan dalam bahasa Melayu .


Katanya, dia mengikuti kelas vokal secara suka-suka bagi mengetahui perbendaharaan kata, dan memperoleh penghayatan dengan lebih baik.


Bagaimanapun, Maryam berkata, dia tidak akan menolak sekiranya ditawarkan merakam lagu.


"Kita hanya hidup sekali, sekiranya diberi peluang bergelar penyanyi, saya tidak akan melepaskan peluang keemasan ini.


"Saya ada menyanyi di aplikasi TikTok dan ramai juga yang memuji suara saya.


"Saya sukakan lagu bergenre balada dan dua penyanyi tempatan yang diminati ialah Ella dan Aina Abdul," katanya.


Mat Tudung Begins terbitan Rain Maker Creation Sdn Bhd akan mula menemui penonton di pawagam pada 3 Ogos depan. -CARI


Sumber: Berita Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2023 05:59 PM | Show all posts
terrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrpaling
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2023 05:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah sah2 la memang dari awal dulu lagi dah menggunakan isteri korea rhoper pompuan vietnam jual sayur atas sampan tu sebagai konten...

Kalau nak jual muka heols hengat laku kah?
Dah la rhoper macam gampunk... Pekat budu... Pekat ayam ketereh... Pekat nasi kerabu... Pekat solok lada... Pekat belalang goreng kunyit... Yihhhh...

Bagi free pun acik2 tak nak...

Dah la gigih style rambut sana sini... Tiap2 bulan tukar pesen rambut tapi tetap tak hensem!!!


Perhilitan kutip jap please!!! Semakkkk...

Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2023 06:52 PM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias: Dah sah2 la memang dari awal d ...
HAHAHA.... padu uols bagi. Muke laki pn cam bangla site.. Mane nak laku. Rezeki berjodohan dgn org korea, tau plak netizen msia dgn korea ni mcm mne.. Lagi la laris si bini nya. Harap ke dy.... Puihh..
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2023 07:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang betol pon kan. Without bini, who is this fonen? Rupa soso, nak berlakon pon x menyelerakan.. terpaksa la buat konten tayang perangai bini & jaja kecomelan anak
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2023 09:01 PM | Show all posts
pasangan haprak

sekor gila glam, sekor lagi bewak serama
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-7-2023 09:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi mmg nampak la die terlalu kerah wife die.. Kesian tgk life depa.. Terlalu nk show off sgt... Bukan ade faedah pon...
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2023 09:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Adekah dia seorang typical korean yg buat muka?


hidung mancung terletak, dagu macam senduk, muka korean ori tak macam ni. kan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2023 09:22 PM From the mobile phone | Show all posts
sorry tak kenal heshe. sbb tak rajin bukak socmed. cuma nampak muka dia kat porom ni je
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2023 09:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi dalam temuramah haze kat maryam dlm youtube tu nampak pandai maryam jawab pasal syukur dan berhijab. Nampak matang situ... Moga asbab maryam ni si rizal baikila perangai
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2023 10:57 PM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 13-7-2023 05:59 PM
Dah sah2 la memang dari awal dulu lagi dah menggunakan isteri korea rhoper pompuan vietnam jual sayu ...

Berdekah aku ketawa baca komen hg ni.
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2023 01:43 AM From the mobile phone | Show all posts
kepompong replied at 13-7-2023 09:20 PM
Adekah dia seorang typical korean yg buat muka?



Tp tetap nampak plain muka sheols
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2023 01:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Stalk diorang nampak macam asyik pindah randah je? Tapi nak show off lifestyle upper T20 lagaknya. Rumah sentiasa bersepah. Eewww
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2023 08:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Mmg pun. Kan tu janji si Ryzal ni kat Maryam... "saya akan buat awk terkenal"
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2023 10:29 AM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 13-7-2023 05:59 PM
Dah sah2 la memang dari awal dulu lagi dah menggunakan isteri korea rhoper pompuan vietnam jual sayu ...

Kau punya komen kannnnnnn alway tauuuu alwayysssss shangat kahkahkahkahkahkah…
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2023 10:34 AM | Show all posts
dua2 sendu g balik korea sana
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2023 11:31 AM | Show all posts
dudaberhias replied at 13-7-2023 05:59 PM
Dah sah2 la memang dari awal dulu lagi dah menggunakan isteri korea rhoper pompuan vietnam jual sayu ...

tu dia kak duds mencela..hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2023 12:15 PM | Show all posts
Meolss kesian tapi tak kesian sgt tengok life influencer ni try hard hari2 updayte kehidupan deollls kat medsos.. sedih..
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2023 12:43 PM | Show all posts
mata iollss ternampak erul samah kaki cirit komen kt ig??betul ke ni???
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 09:26 PM GMT+8 , Processed in 0.070070 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list