CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 208|Reply: 0

F1: Spekulasi hangat Norris tinggalkan McLaren ke Red Bull

[Copy link]
Post time 13-7-2023 04:28 PM | Show all posts |Read mode
F1: Spekulasi hangat Norris tinggalkan McLaren ke Red Bull


NORRIS dikaitkan dengan perpindahan ke Red Bull ketika Perez berdepan masalah prestasi ketika ini. – AFP


LONDON – Spekulasi perpindahan pelumba McLaren, Lando Norris yang dikaitkan dengan perpindahan menyertai Red Bull Racing hangat diperkatakan ketika ejennya dilihat mengadakan pertemuan dengan penasihat pasukan itu, Helmut Marko.

Laporan Telegraph menyebut, kedua-dua mereka telah meluangkan masa lebih sejam sebelum perlumbaan Grand Prix British di Litar Silverstone berlangsung Ahad lalu dan prospek perpindahan pelumba itu dikatakan menjadi salah satu tajuk perbincangan.

Bagaimanapun, Mark Berryman yang merupakan ejen Norris menafikan perkara itu sambil mengakui bahawa pertemuan itu adalah berkisar mengenai perkara lain.

Jelasnya, syarikat ADD Ma­nagement miliknya turut menjadi wakil kepada pelumba F1, Zane Maloney yang terlibat dalam program junior Red Bull dan perbincangan mengenai masa depan pemandu berkenaan adalah menjadi topik utama.

Bagaimanapun, laporan mendakwa bahawa perbinca­ngan mengenai prestasi semasa Norris tidak mungkin menjadi tajuk yang diabaikan oleh kedua-dua pihak tersebut sekali gus mencetuskan khabar angin ber­kenaan.

Norris berjaya mencipta sensasi pada perlumbaan GP Bri­tish apabila meraih tempat kedua di belakang pelumba Red Bull, Max Verstappen.

Selain itu, masa depan seorang lagi pelumba Red Bull, Sergio Perez ketika ini turut menjadi persoalan ekoran prestasi kurang memberangsangkan.

Ketika ini, Perez memiliki kontrak bersama pasukan yang berpangkalan di Milton Keynes itu sehingga penghujung musim 2024, manakala Norris terikat dengan McLaren sehingga penghujung musim 2025. – AGENSI

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/07 ... claren-ke-red-bull/

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 10:49 PM GMT+8 , Processed in 0.058715 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list