View: 546|Reply: 7
|
Muka Nadeera Zaini Dihina Macam Babi- Ajai Bagi Nasihat "Orang Dah Tahu Bakat, Perlukan Marketing Je"
[Copy link]
|
|
Ajai menasihati penyanyi yang pernah dikutuk tentang paras rupa agar tidak berputus asa dengan hinaan itu.
"Dalam hidup kita ini, kita perlu sayang diri kita ini dahulu baru boleh sayang orang lain.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202307/13/111241izvp99xj69xlhpxa.png) Foto: IG
"Kalau dia percaya dengan bakat yang ada jangan putus asa. Percaya pada rezeki yang Allah beri. Cepat atau lambat pasti ada rezeki.
"Yang penting doa kepada Allah, InsyaAllah Dia mendengar," katanya kepada mStar.
Mengulas nasib yang menimpa juara Big Stage 2023 iaitu Nadeera Zaini yang masih mencari tapak dalam industri, Ajai berkata penyanyi berkenaan memerlukan strategi pemasaran yang baik agar diterima ramai.
"Dia ada bakat, tapi selain bakat dia juga perlukan marketing. Sebab marketing akan membuatkan seseorang itu lebih yakin untuk dikenali.
"Orang Malaysia dah tahu bakat dia cuma dia perlu tahu macam mana nak ketengahkan populariti dia."
Bukan itu sahaja, Ajai juga berpendapat pemilihan lirik dan lagu turut memainkan peranan penting untuk meningkatkan nama seorang penyanyi.
Jelasnya banyak perbezaan lirik lagu pada ketika ini sehingga sukar mendapat tempat di hati pendengar.
" emilihan lirik lagu juga memainkan peranan penting, kalau dikaji sebelum lagu-lagu lama memainkan perumpamaan dan peribahasa yang bagus.
"Itu yang membuatkan ia sangkut dalam kepala. Sekarang banyak lirik yang banyak tak sentuh pada jiwa... dan bermusim. Bila dah habis musim lagu itu pun habis,” ujarnya.
Semasa final Big Stage yang berlangsung pada 8 Julai lalu, Nadeera tidak dapat menahan sebak selepas netizen menyamakan rupa parasnya dengan seekor haiwan.
Nadeera atau Farah Nadeera Zaini, 30, berkata, penghinaan itu benar-benar menggores hatinya kerana dianggap melampau. -CARI
Sumber: mStar
|
|
|
|
|
|
|
|
Muka babi Tu utk betina penyondol je dik....awak duk dendiam nyanyi mintak LAGU dgn kawan awak ena Tu. Asalkan korang xmenyondol, korang Ada Rupa manusia okay? |
|
|
|
|
|
|
|
bodoh betul yg hina2 paras rupa org ni. ko tu cantik sgt ke..? |
|
|
|
|
|
|
|
agak2 la sampai kata rupa macam babi... tapi betul ke ada yang kata tu?
entah2 ni pun marketing nak naikkan nama juara big stage sebab kan semua juara big stage sebelum2 ni pun semua sendu tahap ikan bilis di pulau pangkor lagi acik2 kenal dari theyols...
![](static/image/smiley/biggif/24.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
nak merintih segala kenapa???
move forward aja laaa.... kalau betul ada bakat ler kann...
bukan mengharapkan belas kasihan semata2 ler... |
|
|
|
|
|
|
|
Yeke ada org kate mcm babi? Masalahnya ade ke yang kate?
Kalau ade, mana orangnya? Kena tuduh freemason pon buleh ss & saman inikan pulak kate org muka babi. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ekselen at 13-7-2023 02:43 PM
Tak abih2 meratib psl rupa bla bla bla..cer tgk ena ebdul...rilek je jadik pemes walopon org dok kutuk ghuper sheols.... Cuma sheols pandai marketing walopon kena kutuk mcm2 sheols still teguh berdiri... Ko nk masuk industri kejam cenggitu nk nangis2 mintak simpati baik x pyh lah... Hati kena kental la... Aina tu from nothing, org x pandang sbb takde rupa tp tgk dia kat mana skrg... Amik cth semangat dia tu... Bkn jadik cengeng cam bdk2 merengek mintak eskrem nadera oiiii.... |
|
|
|
|
|
|
|
AMENDA NI MOV ON LA FOKUS PADA BAKAT |
|
|
|
|
|
|
| |
|