View: 573|Reply: 6
|
Puteri Sarah Tahu Ramai Marah Gugur Saman Terhadap Bekas Madu - 'Adakalanya Kita Perlu Berkorban...'
[Copy link]
|
|
Menyedari pasti ada yang tidak menyenangi tindakannya menggugurkan saman terhadap bekas madu, Ira Kazar atas dakwaan mengganggu rumah tangganya, Puteri Sarah Liyana menjelaskan dia ada sebab tertentu melakukannya.
Katanya, ada ketika dia perlu berkorban demi penyelesaian terbaik berhubung kemelut rumah tangganya.
IG
“Sarah tahu ramai marah, tetapi Sarah perlu buat apa yang dirasakan betul.
“Orang luar mungkin tak faham dan tak tahu apa yang Sarah lalui. Biarlah Sarah dan keluarga tahu kita sudah lakukan yang terbaik dalam hidup.
“Sebelum ini ya, memang kita nak lawan. Namun, adakalanya kita perlu berkorban untuk mendapat kebaikan,” katanya kepada Utusan ketika ditemui di sebuah acara di Jalan Sungai Penchala, semalam.
Kemelut antara Puteri Sarah dengan Ira berakhir 5 Julai lalu selepas Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur merekodkan penghakiman persetujuan kedua-dua pihak.
IG
Terdahulu, aktres itu memfailkan saman terhadap Ira atas dakwaan mengganggu rumah tangganya, malah turut menamakans kakak bekas madunya, Yasmin dan bapa mereka, Kazar atau nama penuhnya Kazaruddin Saisi.
Puteri Sarah dan pengarah terkenal Syamsul Yusof sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 14 Jun lalu selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai yang difailkan Puteri Sarah mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984. – CARI |
|
|
|
|
|
|
|
sejak ps gugurkan kes ni, pihak bela sana dah berani munculkan diri dan layan komen para nitizen.
perangai sebenar muncul dah |
|
|
|
|
|
|
|
ayukpingu: sejak ps gugurkan kes ni, piha ...
Kazar pun dah berani publickan ig |
|
|
|
|
|
|
|
Allah maha mengetahui.. yg baik akn dpt baik.. insyaAllah.. |
|
|
|
|
|
|
|
sebenarnya dah bosan dah pasal deols bertiga.. |
|
|
|
|
|
|
|
Itcokay PS. Jgn buang masa, tenaga, duit dan kebahagiaan utk org-org mcm tu. Dah bebas, fly high ! Rupa ada. Pendidikan ada. Anak-anak sepasang. Family dan inlaws yg menghargai. Nikmat apa lagi nak didustakan. |
|
|
|
|
|
|
|
elok lah tu dia gugurkan saman... tu tanda dia dah move on dan malas dah nak hadap rohingya2 tu... not her level gitttuhhh...
biar la si sol gembira menjual dan meniaga kat pasar selayang bersama bini tu...
balik2 rumah tak payah buka pintu pagar.... langkah je pagar celah kang2 tu yang penanggal boleh keluar masuk dari rumah theyolsss tanpa perlu takut tali perut tersangkut...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|