CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 123|Reply: 0

[Pulau Pinang] GERAKAN tanding 19 kerusi di Pulau Pinang, selesai temu duga 22 calon

[Copy link]
Post time 12-7-2023 02:39 PM | Show all posts |Read mode
GERAKAN tanding 19 kerusi di Pulau Pinang, selesai temu duga 22 calon


Oleh Siti Aminah Mohd Yusof - Julai 12, 2023 @ 2:04pm bhnews@bh.com.my




Oh Tong Keong




GEORGETOWN: GERAKAN akan meletakkan calon di 19 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) bulan depan.

Timbalan Presiden GERAKAN yang juga Pengerusi GERAKAN Pulau Pinang, Oh Tong Keong, berkata proses menemuduga 22 individu berpotensi sebagai calon yang dimulakan sejak bulan lalu kini sudah selesai.

"Pengumuman calon dan kawasan mana yang akan ditandingi akan diumumkan sama ada oleh Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin atau Pengerusi PN Pulau Pinang, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai.

"Tarikhnya saya sendiri belum tahu tetapi sejak 2021 kita sebenarnya sudah melantik jurucakap di kawasan-kawasan yang akan ditandingi jadi daripada 22 individu hanya tiga tidak bertanding," katanya ketika dihubungi BH di sini, hari ini.

Tong Keong bagaimanapun memberi bayangan GERAKAN dijangka akan kekal bertanding di 13 kerusi tradisi parti itu ketika menjadi sebahagian daripada Barisan Nasional (BN) suatu ketika dahulu.

Beliau berkata, kerusi DUN tersebut ialah Tanjung Bungah, Pulau Tikus, Kebun Bunga, Padang Kota, Sungai Pinang, Datuk Keramat, Batu Lanchang, Pantai Jerejak, Air Itam dan Batu Uban yang terletak di sebelah pulau selain Machang Bubok, Bukit Tambun serta Bukit Tengah di kawasan Seberang Perai.

"Jadi itu 13 kerusi tradisi yang kita tanding semasa di bawah BN dahulu dan kali ini dijangka kita akan tanding juga dan lagi enam kerusi akan diumumkan kelak oleh pucuk pimpinan PN," katanya.

Beliau melihat semangat dan momentum GERAKAN begitu luar biasa berbanding Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu dengan jentera parti itu kini telah bersiap siapa dalam berdepan PRN akan datang.

Menurutnya, parti itu akan memanfaatkan sepenuhnya media sosial terutamanya aplikasi TikTok dan Instagram dalam kempen mereka selain menggunakan Facebook dan WhatsApp.

Beliau berkata, kaedah lama seperti program turun padang seperti ziarah rumah ke rumah, 'walkabout' ke pasar malam, lokasi tumpuan awam dan aktiviti ceramah tetap akan diteruskan cuma mungkin akan dikecilkan skalanya.

"Sebenarnya dalam kempen kali ini saya lihat luar biasa kerana biasa dulu kita pergi rumah ke rumah, kita guna WhatsApp, Facebook untuk memberitah pengundi-pengundi kawasan kita.

"Kita nampak ada perubahan kerana ramai orang muda iaitu kelompok kali pertama mengundi kebanyakan guna Instagram, Tiktok untuk mendapatkan maklumat jadi cara ini sangat berkesan.

"Jadi kita akan fokus media sosial kerana kita melihat kaedah baru itu dapat menarik perhatian serta mendapat sokongan pemuda pemudi kepada GERAKAN berbanding menggunakan cara lama," katanya.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 12:21 PM GMT+8 , Processed in 0.056798 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list