CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 503|Reply: 1

'Kita Tak Pernah Ada Niat Untuk Buat Salah - Hawa Rizwana

[Copy link]
Post time 12-7-2023 01:24 PM | Show all posts |Read mode
Kebelakangan ini, pemakaian dan pergaulannya bersama orang sekeliling membuat pengacara Hawa Rizwana Redzuan sering menjadi perhatian ramai.


Menurut Hawa, sebagai selebriti dia akur apabila setiap tindakannya menjadi tumpuan ramai bahkan, menerima segala kecaman dengan terbuka untuk menjadi lebih baik.




IG




Namun, dirinya lebih bersyukur apabila masih mempunyai ahli keluarga dan rakan rapat yang lebih mengenalinya.


“Bagi saya, sebab kita tak pernah ada niat untuk buat salah. Tidak ada siapa pun nak jadi orang yang buat salah. Tidak ada siapa suka bila dia buat salah.


“Jadi, apa yang berlaku bila ada herdikan ke teguran, Alhamdulillah, saya ada keluarga dan kawan-kawan yang sudi dengar cerita daripada pihak saya dan tahu kenapa benda tu jadi.


“Mereka kenal saya orang yang macam mana dan niat kita macam mana. Jadi, selagi niat kita tu okay, Insya-Allah, kita akan lagi kuat,” katanya.


Biarpun sering menerima kecaman, Hawa tetap tidak mudah melatah dan enggan mengambil sebarang tindakan kerana menganggap mereka tidak mengenali sisi peribadinya lebih mendalam.


“Bagi saya, setakat ini semua benda yang berlaku masih boleh dikawal lagi. Kalau ada yang memfitnah atau bercakap apa sahaja tentang saya, saya anggap dia tak kenal saya dan saya hanya akan fokus pada kerja dan keluarga sahaja,” jelasnya.


Perkara tersebut telah dikongsikan oleh Hawa ketika ditemui di majlis sidang media Real Men Malaysia: Wira Merah, semalam.


Sebelum ini, Hawa telah dikecam oleh ramai pihak selepas melihat gelagat spontannya membalas ‘high five seorang pempengaruh, Sid Murshid ketika memasak bersama.




  



Mengakui khilafnya, Hawa juga tampil memohon maaf atas kesilapannya yang mengundang rasa kurang selesa terhadap ramai pihak.




Sumber: Xtra
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2023 01:32 PM | Show all posts
acik2 yang radar rosak serhoperrrr mesin basuh tak boleh spin je yang fikir sampai begitu sekali ahahahaha... sah2 macam sister bonding jah sheols dengan nonok tu memasak...

dah 2023 nyah pergi la repair radar tu kat kedai elektrik...

kalau tak mampu tunggu je lah duit zakat masuk atau bantuan apa tah yang kerajaan bagi haritu tu untuk semua golongan berpendapatan rendah...

suruh pomen tu check kepala otak sekali dan buka pakai screwdriver... lepastu tampal balik pakai ceylone tape atau cover sofa...

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-1-2025 09:35 PM GMT+8 , Processed in 0.189068 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list