View: 552|Reply: 3
|
Atlet Luncur Ombak Hawaii Maut Ketika Beraksi Di Indonesia
[Copy link]
|
|
Aksi peluncur ombak terkenal Hawaii, Mikala Jones, 44, di kepulauan Mentawai, Indonesia, pada Ahad menjadi aksi terakhirnya.
Anak perempuan Jones, Isabella mengesahkan kematiannya menerusi laman Instagram.
"Ayah terlibat dalam kemalangan luncur ombak yang teruk dan dia tidak berjaya diselamatkan.
"Saya harap kamu masih ada di sini bersama kami. Kamu tak sepatutnya pergi secepat ini," ujarnya.
Dia turut berkongsi foto zaman kecil bersama bapanya di Instagram dan mengakui sukar untuk mempercayai pemergiannya itu.
Menurut pihak pengurusan resort tempat Jones menginap, mendiang dibawa ke Hospital Mentawai sebelum dia disahkan meninggal dunia.
SUmber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
Macam mana dia mati? Setakat nak bagi tau dah mati satu ayat ja cukup.
|
|
|
|
|
|
|
|
Mati dengan hobi yang beliau suka. |
|
|
|
|
|
|
| |
|