View: 863|Reply: 8
|
Anak Manja- Ibu Bapa Larang Hawa Rizwana Buat Benda Lasak, Nak Sertai Aktiviti Sukan Sekolah Pun Tak Boleh
[Copy link]
|
|
Hawa Rizwana berpuas hati dapat menyertai program realiti adaptasi Korea Selatan iaitu Real Men Malaysia: Wira Merah.
Katanya dia tidak dapat melakukan banyak aktiviti lasak termasuk menyertai sebarang aktiviti sukan di sekolah kerana dilarang oleh kedua ibu bapanya.
Foto: mStar
"Sejujurnya sewaktu saya membesar, ibu bapa saya tidak memberi keizinan untuk menyertai sebarang aktiviti sukan... mungkin juga kerana dalam adik-beradik saya seorang saja anak perempuan.
"Disebabkan itu apabila pengurus beritahu pihak Astro menawarkan untuk menyertai program realiti ini saya teruja kerana akhirnya saya dapat buat apa tidak dapat lakukan sebelum ini," katanya kepada mStar.
Sebelum berangkat ke Terengganu selama 22 hari untuk menjalani penggambaran program tersebut, dia berterus terang dengan ibu bapanya dan mereka memberikan restu.
"Sewaktu menerima tawaran ini saya tidak berkongsi sangat dengan ibu dan ayah... tetapi beberapa hari sebelum berangkat ke Terengganu, saya berterus terang dengan mereka.
"Alhamdulillah tak sangka mereka kini lebih terbuka dan memberi sokongan... Setiap hari saya akan membuat panggilan video dengan mereka, sehinggalah ada satu ketika itu, mereka mengesan luka pada bahagian lengan saya.
"Tetapi saya cepat-cepat mengelak memberitahu ingin solat dan terus menamatkan panggilan," katanya kepada mStar.
Mengulas lanjut tentang pembabitannya dalam Real Men Malaysia: Wira Merah, Hawa memberitahu dia kini mula sedar tentang tugas sebenar anggota bomba.
Menurutnya, sebelum ini mungkin ramai menganggap tugas ahli bomba hanya untuk memadam kebakaran, namun sebenarnya ia memerlukan kekuatan fizikal dan mental.
"Sebenarnya banyak lagi yang kita perlu menghargai jasa dan pengorbanan ahli bomba. Sewaktu menjalani latihan juga, saya selalu terfikir mana api ni, kenapa asyik berlatih buat aktiviti berat saja.
"Tetapi saya belajar sesuatu apabila ada kebakaran, maka ahli-ahli bomba ini jugalah yang perlu menyelamatkan mangsa... mereka terpaksa lalui banyak rintangan yang berbahaya.
"Saya sedar sebenarnya tugas bomba juga memerlukan bukan hanya kekuatan fizikal tetapi juga mental," katanya. -CARI
Sumber: mStar
|
|
|
|
|
|
|
|
so sendu, so kayu kayan, soooo feeling macam idola kelubung dia jahlop tu... dengan muka keras kejung berkerut je.. yihhh~~~ |
|
|
|
|
|
|
|
ya ampun rhoper anak keras macam jantan gini pun nak halang buat aktiviti lasak... lain la serhoperrr peah al baqarah...
|
|
|
|
|
|
|
|
betol try hard sgt la ko nk feeling jahlop
alahh manja konon...iols pun manjah jgk kt umah ngan family..xsuka perempuan ni |
|
|
|
|
|
|
|
Dah quit dari media prima kan dia nih?? |
|
|
|
|
|
|
|
jgn nak gedik sgt boleh tak? |
|
|
|
|
|
|
|
dudaberhias replied at 12-7-2023 11:13 AM
ya ampun rhoper anak keras macam jantan gini pun nak halang buat aktiviti lasak... lain la serhoperr ...
Kaka dude..jgn rosakkan nama surah tu.tukar barkoba.peah barkoba. |
|
|
|
|
|
|
|
bosannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn basic sgt ko ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|