CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 874|Reply: 8

Ras Adiba Sertai Bersatu Bukan Kerana Kecewa - "Rezeki Saya Bukan Dari Manusia"

[Copy link]
Post time 12-7-2023 09:54 AM | Show all posts |Read mode
“Saya tidak kecewa tidak disambung di bawah pucuk pimpinan sekarang, kerana rezeki saya adalah daripada Allah, bukan manusia."


Demikian tepis bekas personaliti TV dan aktivis sosial, Datuk Ras Adiba Mohd. Radzi yang didakwa menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kerana kecewa tidak disambung jawatan sebagai Ahli Dewan Negara dan Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama).




RAS Adiba Mohd. Radzi menunjukkan watikah keahlian Bersatu yang diterimanya daripada Muhyiddin pada Majlis Pelancaran Jentera PRN PN Negeri Sembilan, di Seremban, Ahad lalu.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.





Jelasnya kepada Utusan Malaysia, penyertaannya ke Bersatu adalah kerana menyokong aspirasi parti itu dan demi kesejahteraan rakyat di samping mahu terus memperjuangkan nasib golongan orang kurang upaya (OKU) di negara ini.


“Penyertaan saya dalam Bersatu adalah menyokong aspirasi parti ini dan demi kesejahteraan rakyat. Selain daripada orang kurang upaya (OKU) untuk warga emas, saya masuk Bersatu demi keseluruhan masyarakat di Negeri Sembilan khususnya kampung saya di Seri Menanti,” jelasnya ketika dihubungi semalam.


Kelmarin, Exco Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid mendakwa Ras Adiba pernah membisik kepadanya agar memberitahu bapanya yang juga Timbalan Perdana Menteri agar disambung jawatan Senator dan Pengerusi Bernama.


Nurulhidayah membuat dakwaan tersebut dalam satu hantaran di Instagram berharap keputusan Ras Adiba menyertai Bersatu bukan disebabkan dua jawatan tersebut tidak disambung kerajaan.


Pada Ahad lalu, aktivis OKU itu diumumkan menyertai Bersatu pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) Negeri Sembilan.


Mengulas lanjut, Ras Adiba mengakui pernah berbisik mengenai hasratnya itu kepada Nurulhidayah agar kedua-dua jawatan disambung supaya dapat terus berbakti demi memperkasa golongan OKU.


Namun, beliau agak sedikit terperanjat dengan tindakan itu kerana menyifatkan bisikan tersebut sebagai satu rahsia dan bukannya untuk didedahkan kepada umum.


“Memang benar sebagai seseorang berpangkat kakak atau adik, saya berbicara mengenai tugas saya sudah berakhir di Bernama dan Senator. Saya beritahu pada beliau jika ada peluang, saya ingin terus bertugas, tidak lebih daripada itu.


“Bagaimanapun saya terima kasih kepada Datuk Nurul kerana bagi saya ruang di media sosial, bermula itu ramai lebih tahu pembabitan saya dalam Bersatu,” katanya.




  



Pada Perhimpunan Agung UMNO 2023 baru-baru ini, Ras Adiba bersetuju diangkat sebagai ikon wanita dalam Majlis Hi-Tea Anugerah Skuad Sayang Wanita UMNO setelah dicadangkan Nurulhidayah selaku Pesuruhjaya NGO Skuad Sayang.




Sumber: UTUSAN
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2023 09:57 AM | Show all posts
abis kalau sambung jd senator..xkan ko nk masuk Bersatu?  
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2023 10:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Pandai dia cakap... bisik bisik tu kira apa ya
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2023 11:22 AM | Show all posts
terpaling OKU... walhal drpd dulu nasi impit politician drpd sblm lumpuh lagi kan turun naik opis politician... lalang kan... berkepentingan.. jadi senator pun dia yang kaya raya....wheelchair paling mahal ye siap boleh berdiri..
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2023 11:31 AM | Show all posts
ya ampun maaf lah kalau ayat kaka ni kejam...

tapi sheolsss ni sape?

maaf kaka terlampau muda untuk mengenali sheols ni sape...

sape yang kenal sheols di minta pergi ke konter esteloder esok untuk beli advanced night repair untuk titik kat muka tiap2 malam supaya tampak muda kembali dan anjal... agitttuhhhh....

Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2023 04:43 PM | Show all posts
dua2 sama tololnya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-7-2023 07:46 PM | Show all posts
mana ada org masuk politik nak bantu orang lain der...
first bantu diri sendiri dulu...
lepastu tambahkan hutang negara baru bantu yg lain... barulah win-win gitu
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2023 07:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Tolong komen skit org yg salahguna kad oku ni.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2023 08:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Ohhh ni menda biasa
Kami tak terkejut pun, kalau nnt dia masuk parti lain plak pasnih.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 09:56 AM GMT+8 , Processed in 0.055584 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list