View: 981|Reply: 4
|
Shahid Kapoor Rasa Hidup Musnah Selepas Gambar Cium Kareena Tersebar
[Copy link]
|
|
Pelakon Bollywood, Shahid Kapoor mendedahkan dunianya musnah selepas gambarnya berciumaan dengan Kareena Kapoor tersebar ketika mereka masih bercinta.
Biarpun kejadian itu berlaku pada 2004, namun perasaannya ketika itu bercelaru apatah lagi ketika orang ramai memperkatakan isu tersebut selain diperbesarkan hingga menjadi kontroversi.
Walaupun ketika itu sosial media belum sepantas sekarang, video berciuman itu terus menjadi muka depan akhbar.
Pada ketika itu, aksi intim termasuk berciuman pada era tersebut dianggap sesuatu yang kurang sopan, terutama membabitkan pasangan belum berkahwin.
Sudah pasti Shahid dan Kareena dikecam ramai, tetapi kejadian yang berlaku pada waktu usianya 24 tahun itu dianggap sebagai pengalaman berharga.
Walaupun masing-masing mempunyai kehidupan sendiri, persahabatan dua bintang sensasi itu masih terjalin sampai ke hari ini.
Sumber: Kosmo! Online |
|
|
|
|
|
|
|
Dunia hiburan yindia dia punya kepoh sama macam yindon kan.... bolehbuat orang bunuh diri... retis sendu malaysia je selamat siap guna kontroversi bodoh nak naik...disanjung-sanjung wartawan & peminat bodoh..
btw kat sana aneh ye, joget2 pakai baju separuh bogel warna-warna tak taboo, scene cinta sampai nak romen diorang suka, perogol dan pencabul ramai, tapi.....bila artis kat luar pegang tangan pun kepoh macam orang tu beromen depan public.. |
|
|
|
|
|
|
|
Masalah nya zaman aamir khan muda punye cerita pun dah ada scene bercium mulut. |
|
|
|
|
|
|
|
dlm movie jab we met tu bkn depa bercium ka? heran apaa |
|
|
|
|
|
|
|
cium kat restoran ke kat mana ntah. tp kat public kan. rasanya soal adab. dlm drama/filem semua boleh redah. kat msia pun sama haha. |
|
|
|
|
|
|
| |
|