CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 643|Reply: 4

Peguam Bela Penyerang Kamal Adli Mohon Penilaian Psikiatri Sekali Lagi

[Copy link]
Post time 10-7-2023 10:58 PM | Show all posts |Read mode
Singapura: Peguam yang mewakili seorang lelaki yang didakwa menyerang pelakon Kamal Adli memberitahu Mahkamah Singapura bahawa beliau telah meminta jabatan penjara republik itu dan Institut Kesihatan Mental (IMH) menjalankan satu lagi penilaian psikiatri ke atas anak guamnya.




Wee Hong Shern dari Ong & Co LLC berkata, beliau telah membuat permintaan itu pada 4 Julai dan kini menunggu laporan penjelasan daripada IMH atau sekurang-kurangnya penjelasan daripada penjara.




"Dalam temu bual saya (dengan tertuduh) nampaknya ada isu dengan laporan perubatannya... perkara yang tidak sepadan.







"Saya bukan pakar, oleh itu saya minta pihak penjara dan IMH membuat penilaian lain ke atasnya (tertuduh). Hasilnya akan lebih baik jika kita mendapat penangguhan yang lebih lama,” katanya.




Hakim Daerah, Terence Tay yang mendengar permohonan itu berkata beliau "lebih suka memberikan penangguhan yang lebih singkat" dan menetapkan tarikh baharu pada 31 Julai untuk sebutan kes itu.




Terence mengekalkan tiada jaminan ke atas tertuduh.

"Apabila saya melihatnya, (dia) agak berbeza daripada laporan perubatan...nampak (rasa) sesal," kata Hong Shern ketika didekati Bernama di luar bilik mahkamah.





"Semoga kami dapat melakukan diagnosis baharu sekali lagi. Saya sudah memintanya. Saya harap mereka bersetuju,” jawabnya.





Tertuduh muncul menerusi pautan video pada Isnin.





Pada Mac lepas, mahkamah memerintahkan lelaki itu direman selama tiga minggu untuk menjalani penilaian psikiatri di institut itu.





Lelaki berusia 33 tahun itu didakwa di Mahkamah Negeri pada 14 Mac kerana disyaki terlibat dalam kes menyebabkan kecederaan dengan senjata berbahaya secara sukarela.





Dia boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun, denda, rotan, atau mana-mana kombinasi hukuman tersebut jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan bagi pertuduhan menyebabkan kecederaan secara sukarela dengan senjata berbahaya.





Pada 12 Mac, polis dimaklumkan tentang satu kes di 1 Expo Drive di mana suspek didakwa menyerang seorang pelakon berusia 36 tahun, dengan baton yang kemudiannya dirampas oleh polis sebagai bahan bukti kes.





Kamal yang cedera terpaksa menjalani pembedahan di sebuah hospital di sini.





Kamal dan isterinya, Uqasha Senrose berada di Singapura untuk menyertai acara Jualan Mega Hari Raya 2023 selama tiga hari bermula 10 Mac, di Dewan 5A Ekspo Singapura apabila insiden itu berlaku pada penghujung acara.





Pihak pendakwaan memberitahu mahkamah bahawa mereka bersedia untuk meneruskan kes itu.





Sumber: Bernama



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2023 12:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Lama jugak kes dia ni..
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2023 01:05 AM | Show all posts

kes jenayah mmg gitu, lagi2 kalau tertuduh ada duit

Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2023 07:39 AM | Show all posts
rayna_raynes replied at 10-7-2023 05:05 PM
kes jenayah mmg gitu, lagi2 kalau tertuduh ada duit

Mana tau tertuduh ada duit? sebab pasang lawyer? hey, kat singapore pun ada khidmat guaman percuma ala-ala Yayasan Bantuan Guaman kat Malaysia ni. Mana-mana yang tak mampu untuk hire lawyer, boleh minta khidmat guaman free.
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2023 07:55 AM | Show all posts
this is singapokkkkk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 10:43 PM GMT+8 , Processed in 0.364573 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list