CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 561|Reply: 6

Yantzen Rindu Buat Aksi 'Somersault'

[Copy link]
Post time 10-7-2023 10:36 PM | Show all posts |Read mode
Beberapa tahun tidak beraksi di pentas susulan masalah kesihatan membuatkan Penyanyi rock popular, Yantzen mengakui sangat rindu seperti apa yang pernah dilakukannya suatu ketika dulu.



Menurut Yantzen, keinginan beraksi terbatas oleh faktor usia selain dia kini bertarung dengan ‘penyakit misteri’ sejak beberapa bulan lalu membabitkan bahagian kakinya.





“Sejujurnya, kalau ditanya, memang saya rindu. Tipulah kalau saya kata tidak. Dulu semasa muda-muda kalau nampak tiang, saya dah panjat semua itu atau buat aksi somersault (balik kuang).


“Saya memang akan ke sana ke mari di atas pentas supaya peminat boleh beri tumpuan pada saya dan lupakan muzik,” katanya.


Yantzen atau nama penuhnya Yantzen Juniwan berkongsi perkara berkenaan pada sidang media pengumuman Konsert Rock Dulu Dulu di Pawagam Mini P Ramlee, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) di Hulu Kelang baru-baru ini.


Jelas Yantzen lagi, disebabkan faktor kesihatan dia terpaksa mengubah rentak sewaktu menghiburkan peminat iaitu dengan beraksi berhampiran mikrofon saja.


“Kalau ingin beraksi seperti dulu, memang agak susah. Lagipun bila usia kita semakin meningkat, seperti saya yang sudah mencecah 65 tahun, tenaga juga dah tak sama.


“Sama juga dari segi nyanyian pula, saya perlu kurangkan banyak key tapi mengambil pendekatan untuk fokus pada pernafasan. Kalau mampu kekalkan stamina, insya-Allah saya boleh kawal vokal dengan baik,” ujarnya.


Dalam pada itu, vokalis Rusty Blade itu turut berkata, mendedahkan dia sudah lama menanggung penyakit misteri yang bukan saja menyebabkan dia sakit kaki malahan turut mengakibatkannya sukar tidur malam.


Tambahnya, meskipun dia sudah melakukan pemeriksaan doktor, peserta program realiti Gegar Vaganza musim ketujuh itu menjelaskan, dia gagal mendapat jawapan bagi merungkai jenis penyakit yang dihidapi.


Justeru, katanya, dirinya kini berikhtiar pula melalui penggunaan ubat-ubatan tradisional bagi mengurangkan sakit tersebut.


Mengulas lanjut berkenaan penglibatannya dalam Konsert Rock Dulu Dulu, Yantzen berkata, dia akan membuat persembahan selama sejam dengan membawa lagu-lagunya yang pernah digemari ramai suatu ketika dulu.


“Kebetulan, nasib saya baik apabila ditawarkan untuk menyertai konsert ini. Rezeki kita ya. Antara lagu-lagu akan saya bawakan seperti 'Meniti Suratan', 'Tiada Lagi' dan 'Insan',” jelasnya.


Selain Yantzen, konsert berkenaan akan turut dijayakan oleh barisan penyanyi lain seperti Zamani Slam, Lan Solo, Hatta Junction, Acheed Def Gab C, dan Alim Kris.


Konsert anjuran Lowcost Fiesta Tour dengan kerjasama Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) itu dijadual menemui peminat di Padang Kunak, Sabah 25 hingga 30 Ogos ini.





Sumber: Getaran
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2023 10:44 PM | Show all posts
penyakit misteri apooooooooooooooo...

sah2 kacip... tengok muka dari 1km pun dah nampak kopi kacip patimah dan tongkat ali di tuang2 dan di kacau2 dalam cawan... yihhhhhhhhhhhhh....

daripada kau penat2 nak pergi berubat tu apa kata anak2 kau letak je dalam rumah asuhan si bainon tu biar dia siram kau pakai air coway panas sebagai rawatan pemulihan...

Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2023 09:18 AM | Show all posts
dudaberhias replied at 10-7-2023 10:44 PM
penyakit misteri apooooooooooooooo...

sah2 kacip... tengok muka dari 1km pun dah nampak kopi kacip  ...

tah nye
who are you kidding kan



Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2023 09:22 AM | Show all posts
get some help old man.
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2023 09:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Ya ampun pakcik, umur dah lanjut gini, peminat zaman dinosaur pun ada dah arwah  Rengsa nengok rambut cam gitu

Kan dulu ada artikel pasal pakcik nie yang tak nak gi buat test dekat hospital pasal penyakit misteri dia nie  kalau tak buat medical test acaner doctor nak diagnose penyakit apa & rawatan yang tepat  
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2023 10:58 AM | Show all posts


Chaiyok bam yantzen.. chaiyok

Me is jiggly jiggly  love you.....

You rockzzz


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-7-2023 02:18 PM | Show all posts
Pernah rasa zaman Yantzen kat pentas dulu. Masa tu dia dgn MAY (Rusty Blade tu zaman aku kecik lagi). Kat Stadium Merdeka - MAY + XPDC dgn FTG. Perrghhhhh...dia pakai mask batman then panjat scaffolding pentas sampai ke atas, pegang spotlight. Showmanship dia mmg A+++
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 12:42 PM GMT+8 , Processed in 0.058775 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list