CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 298|Reply: 0

Ahli Perniagaan Didakwa Esok, Terima Wang Deposit Pelaburan Tanpa Lesen Sah

[Copy link]
Post time 10-7-2023 09:22 PM | Show all posts |Read mode
Melaka: Seorang ahli perniagaan wanita akan didakwa di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, di sini, esok atas dua tuduhan menjalankan aktiviti menerima deposit wang untuk pelaburan tanpa lesen sah sejak 2019.


Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri dalam kenyataan petang ini, memaklumkan suspek berusia 56 tahun itu sebelum ini disiasat atas dakwaan menganjurkan pelaburan tanpa lesen sah.


Katanya, penahanan itu dibuat susulan laporan seorang suri rumah dari Bukit Katil, di sini, yang menjadi mangsa pelaburan diperkenalkannya iaitu IVT 2019.






"Hasil siasatan mendapati pelaburan itu mempunyai lima skim berbeza dan menawarkan keuntungan kepada pelaburan sebanyak 50 peratus dalam tempoh 12 bulan.


"Jumlah pelaburan minimum RM10,000 dan maksimum RM50,000 dengan tempoh matang 12 bulan, selain mangsa juga dikehendaki membayar yuran proses antara RM500 hingga RM1,000 bagi setiap skim pelaburan," katanya.


Katanya, disebabkan terpedaya dengan tawaran suspek, mangsa memindahkan wang secara dalam talian dan berperingkat dengan keseluruhan berjumlah RM581,000 dalam akaun milik ahli perniagaan itu dari Januari 2020 hingga September 2021 untuk menyertai pelaburan berkenaan.


"Mangsa hanya menerima wang pulangan pelaburan berjumlah RM341,000 sepanjang tempoh melabur.


"Namun, selepas Julai 2021, mangsa tidak lagi mendapat pulangan keuntungan seperti dijanjikan sebelum membuat laporan di Balai Polis Melaka Tengah pada 3 Februari lalu selepas mengesyaki ditipu.


"Suspek ditahan pada 19 Jun lalu dan siasatan dijalankan JSJK IPK Melaka," katanya.


Kenyataan itu berkata, kertas siasatan sudah dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya Melaka dan arahan menuduh suspek mengikut Seksyen 137(1) Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 atas kesalahan menerima deposit wang pelaburan tanpa lesen sah.


"Jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara maksimum 10 tahun atau denda maksimum RM50 juta atau kedua-duanya sekali," katanya.


Sementara itu, JSJK Melaka menasihatkan orang ramai sentiasa berwaspada dan tidak terpengaruh dengan skim pelaburan yang menawarkan keuntungan lumayan.


Orang ramai juga dinasihat mendapatkan maklumat lanjut daripada sumber rasmi seperti Portal Semak Mule, Alert List Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia sebelum membuat keputusan menyertai skim pelaburan yang meragukan.




Sumber: BH Online
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-3-2025 01:46 PM GMT+8 , Processed in 0.400984 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list