View: 224|Reply: 0
|
[Johor]
Pekebun rompak warga emas dipenjara 8 tahun, satu sebatan
[Copy link]
|
|
Kota Tinggi: Seorang pekebun kelapa sawit dihukum penjara lapan tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini selepas mengaku bersalah melakukan rompakan ke atas warga emas awal bulan ini.
Nazry Mohamad Mokhtar, 37 membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Hayda Farizal Abu Hasan.
Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh yang juga bapa empat anak itu merompak seutas gelang tangan emas sehingga mendatangkan kecederaan terhadap seorang warga emas berusia 60 tahun.
Tertuduh melakukan perbuatan itu di sebuah rumah Felda Air Tawar 4, lebih kurang 12.40 tengah hari 2 Julai lalu.
Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh hingga 20 tahun dan denda atau sebat.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Irsyad Mardi dan Ahmad Khairuddin Khalid.
Tertuduh yang diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Hilmi Sulaiman Salahuddin memohon hukuman minima kerana mempunyai empat anak berusia antara tiga hingga sembilan tahun, selain menjaga kedua orang tuanya dan hanya berpendapatan RM1,500 sebulan.
Mahkamah menetapkan tertuduh dihukum penjara lapan tahun bermula dari tarikh tangkapan dan sekali sebatan.

Pekebun (tengah) mengaku bersalah atas pertuduhan merompak hingga datangkan kecederaan. FOTO OMAR AHMAD
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -tahun-satu-sebatan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|