CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 259|Reply: 0

[Pulau Pinang] 'Wan Saiful bercita-cita nak jadi Ketua Menteri Pulau Pinang' - Nie Ching

[Copy link]
Post time 10-7-2023 04:16 PM | Show all posts |Read mode
'Wan Saiful bercita-cita nak jadi Ketua Menteri Pulau Pinang' - Nie Ching



Oleh Nur Izzati Mohamad - Julai 10, 2023 @ 3:04pm  [email protected]




Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Teo Nie Ching




BUTTERWORTH: Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Teo Nie Ching mendakwa Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu (BERSATU), Datuk Wan Saiful Wan Jan bercita-cita untuk menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang.

"Saya diberitahu ramai orang bahawa Wan Saiful sendiri bercita-cita mahu menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang.

"Begitu tinggi sekali harapan dan keyakinan beliau itu. Kita ingin tahu juga adakah Parti GERAKAN membenarkan beliau menjadi Ketua Menteri, atau adakah Wan Saiful perlu terlebih dahulu menyertai GERAKAN?.

"Malah, adakah GERAKAN akan sanggup membenarkan Wan Saiful menyertai parti berkenaan dan menjadi seorang pemimpin parti?," katanya menerusi satu kenyataan di Facebook semalam.


Ahli Parlimen Kulai itu berkata demikian didakwa bagi memulangkan paku buah keras kepada Wan Saiful yang dilihat cuba mencampuri urusan partinya.

Dalam pada itu, Nie Ching yang juga Timbalan Menteri Kementerian Komunikasi dan Digital berkata, Parti Nasional (PN) ketika ini tiada modal lain selain menawarkan politik kekacauan terhadap rakyat Pulau Pinang khususnya.

"Untuk rekod DAP-PH sejak 2008 begitu sukar untuk dicabar. Mereka patut beritahu kita, siapakah sebenarnya calon mereka sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang? Adakah benar Wan Saiful calonnya?" katanya.

Wan Saiful sebelum itu mencabar DAP supaya memberi jaminan bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang ketika ini, Chow Kon Yeow akan dikekalkan selepas PRN sekiranya PH kekal di negeri itu.

Ia berikutan dakwaan ada ura-ura bahawa Kon Yeow akan digantikan dengan Ahli Parlimen Bukit Mertajam yang juga Timbalan Menteri Kewangan, Steven Sim berikutan Ahli Parlimen Batu Kawan itu dikatakan gagal memimpin Pulau Pinang.

Sementara itu, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke menolak spekulasi Wan Saiful dengan mengingatkan pemimpin itu supaya tidak menjaga tepi kain orang.

"Wan Saiful itu Setiausaha Agung DAP ke? Saya tanya adakah dia Setiausaha Agung DAP, dia boleh tentukan calon kita (DAP)?

"Saya rasa tidak payahlah nak jaga tepi kain orang, dia sibuk dia punya hal sendiri," katanya.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 06:15 PM GMT+8 , Processed in 0.579103 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list