CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 211|Reply: 0

[Pulau Pinang] Polis kesan 2 suspek pukul anjing sampai mati

[Copy link]
Post time 10-7-2023 10:07 AM | Show all posts |Read mode
Polis kesan 2 suspek pukul anjing sampai mati


Zuhainy Zulkiffli
am@hmetro.com.my



FOTO tular menunjukkan dua lelaki dipercayai menyerang sesuatu dipercayai anjing.




Bayan Lepas: Polis mengesan dua lelaki kerana disyaki menyerang anjing yang terjatuh dari longkang di Kampung Teluk Tempoyak, Batu Maung di sini, semalam.

Ia susulan video tular memaparkan dua suspek terbabit menyerang sesuatu dipercayai anjing, dalam semak pada waktu malam.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, terdahulu, pihaknya mengesan video berkenaan pada 6 petang semalam, yang disiarkan di media sosial.

Katanya, video terbabit turut memaparkan keterangan: 'Tidak cukup dilanggar motosikal, anjing tidak berdosa diseksa dua lelaki durjana sampai mati'.

"Menerusi video itu, dilihat dua lelaki sedang menyerang sesuatu menggunakan kayu di kawasan semak.

"Saksi kemudian membuat laporan polis bagi siasatan dan tindakan lanjut," katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut Kamarul Rizal berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku 8.38 malam, Sabtu lalu.

Saksi mendakwa melihat dua suspek lelaki tempatan yang tidak dikenali, dipercayai tinggal berdekatan dengan tempat kejadian.

"Suspek menyerang anjing yang terjatuh dari longkang di tepi jalan dan saksi bertindak merakam perbuatan dua lelaki itu menerusi telefon bimbit miliknya.

"Saksi kemudian menghantar video itu kepada rakan di Petaling Jaya, Selangor sebelum ia ditular rakannya menerusi akaun Twitter menggunakan nama @syhmiee," katanya.

Menurut Kamarul Rizal, kes disiasat mengikut Seksyen 29(1) Akta Kebajikan Haiwan 2015.



Disiarkan pada: Julai 10, 2023 @ 8:22am










Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 12:22 PM GMT+8 , Processed in 0.048487 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list