Ibu kepada pengarah sensasi, Syamsul Yusof iaitu Datin Patimah Ismail telah mengundang persoalan orang ramai selepas memuat naik hantaran di Instgram Story miliknya.
Menerusi hantaran tersebut, Datin Patimah telah mengatakan tentang seorang individu yang dahulunya hidup berjaya seperti sedang berada di puncak apabila bersama keluarganya.
Namun, selepas memilih untuk bersama keluarga yang lain, kejayaan individu berkenaan seolah-olah jatuh ke bumi.
Bagaimanapun, isteri kepada Yusof Haslam itu tetap mendoakan agar Allah SWT mengampunkan dosa mereka semua.
Sehingga kini, Datin Patimah masih tidak mendedahkan siapakah identiti individu yang dimaksudkannya.
Malah, beliau hanya menyertakan gambar memaparkan dirinya berada di sebuah pantai dengan berlatar belakangkan muzik Allah Allah Aghisna nyanyian Nazwa Maulidia.
Sumber: Beautifulnara |