CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 260|Reply: 0

Honda enggan halang kehendak Marquez

[Copy link]
Post time 9-7-2023 04:09 PM | Show all posts |Read mode

MARQUEZ dikaitkan dengan spekulasi untuk meninggalkan Honda selepas pasukan itu terus gagal menghasilkan jentera kompetitif. – AFP

LONDON – Biarpun saingan Kejuaraan Motosikal Dunia (Moto­GP) berehat bagi cuti musim panas, namun perbincangan masa depan Marc Marquez bersama pasukan Repsol Honda tetap diteruskan.

Ketika ini, pasukan dari Jepun itu berdepan krisis prestasi apabila Marquez masih belum mampu­ melakar kemenangan ke­tika perlumbaan sudah memasuki pusingan kelapan.

Kehampaan Marquez bertambah apabila dia dilihat bergelut dengan jentera buatan Jepun sekaligus timbul spekulasi ba­hawa juara dunia MotoGP itu bakal meninggalkan pasukan kendalian Alberto Puig.

Presiden HRC, Koji Watanabe mempunyai jawapan berbeza apabila mengakui mereka tidak mampu menghalang sekiranya Marquez berkeras meninggalkan mereka.

“Sudah tentu kami mahu mengekalkannya. Tetapi, pada akhirnya, dia (Marquez) yang akan membuat keputusan.

“Jika dia memutuskan untuk pergi, kami tidak akan menahannya. Ketika ini, apa yang perlu kami lakukan adalah perlu me­nunjukkan kepadanya sesuatu yang meyakinkannya untuk kekal,” kata Watanabe.

Sejak musim lalu, pasukan Repsol Honda terus bergerak ke hadapan untuk membangunkan jentera RC213V mereka selepas kerjasama rapat dengan pasukan yang membangunkan jentera perlumbaan empat roda.

“Kami perlu menambah baik casis, aerodinamik dan enjin dan kami mahu lakukan ini dengan turut menggabungkan teknologi empat roda.

“Kami menyedari bahawa ia akan mengambil masa untuk Honda pulih sepenuhnya daripada krisis ketika ini,” ujarnya.
– AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2023/07 ... g-kehendak-marquez/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-5-2024 12:10 PM GMT+8 , Processed in 0.056015 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list