CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 346|Reply: 2

'Kena Bijak Manfaat Peluang'

[Copy link]
Post time 9-7-2023 10:17 AM | Show all posts |Read mode
Pelakon Sabri Yunus, 61, percaya pempengaruh (influencer) yang penuh sifat sombong dan enggan perbaiki cara kerja tak akan kekal lama jika menceburi bidang lakonan.


Sabri atau nama sebenarnya Mohd Sabri Yunus menekankan bahawa mana-mana pempengaruh yang ingin berjaya dalam lakonan perlu ada usaha keras tingkatkan daya lakonan.


Dulu sebelum pempengaruh, pelakon yang ada wajah. Selepas itu, pelakon yang tinggi pengikutnya barulah pempengaruh. Ketiga-tiga ini semakin berkurang daya lakonan mereka.






"Tidak salah pun pempengaruh itu. Yang salahnya apabila mereka kekal dalam keadaan begitu. Sepatutnya ambil peluang sesudah diberi ruang, cuba belajar.


"Isu orang nak tengok dan pengikut mereka ramai, sudah selesai. Sekarang kena selesaikan pula kemampuan dan daya lakonan.


"Ada sesetengah tak ambil peluang itu yang datang dengan segala kesombongan, tahu mereka laku, tak nak ubah fikiran, itu jadi masalah sebab mereka tak akan kekal," katanya pada previu filem Merewang Keluarga Pak Awang, baru-baru ini.


Sabri yang juga pengarah tersohor berpendapat mentaliti pempengaruh yang beranggapan mereka sentiasa laku perlu ditukar kerana bukan semua pengikutnya akan menyokong produk lakonan mereka.






"empengaruh tahu stesen nakkan mereka kerana rating, bukan lakonannya. Bukan semua pengikut nak ikuti kita di skrin. Peratusan (tinggi) pengikut kita cuma di media sosial saja.


"elakon yang datang dengan ilmu, kami orang lama pun boleh belajar dengan mereka. Itu bagus," kata Sabri juga teraju utama telefilem yang mencetus fenomena tersendiri Pok Ya Cong Codei.


Sebelum ini, pelakon dan pengarah filem, Adlin Aman Ramlie, 51, menyarankan pempengaruh yang diangkat menjadi artis supaya tidak bersikap 'diva'.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2023 11:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Sabri yunus ni dok bercinta dgn angeline tan ke. Dua tiga menjak ni org nampak selalu togeder ke mana mana
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2023 12:59 PM | Show all posts
jangan kata pempengaruh...

retis biasa pun boleh sendu kalau sombong dan angkuh...

lagi2 yang terkang2 depan anak yatim tu...

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 07:25 AM GMT+8 , Processed in 0.035815 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list