Edited by cmf_BeachBoys at 7-7-2023 11:34 AM
KUALA LUMPUR: Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah supaya kerajaan menambah baik Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) bagi menjadikan negara sebagai destinasi pilihan utama.
Sultan Ibrahim berkata penambahbaikan itu perlu membabitkan dasar, insentif dan manfaat supaya program terbabit tidak membebankan.
"Penambahbaikan itu penting dalam menjadikan Malaysia sebagai antara destinasi pilihan utama," kata baginda dalam kenyataan di Facebook.
Terdahulu, Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing.
Pertemuan bersama baginda berlangsung di Istana Bukit Serene, Johor Bahru selama hampir dua jam.
Sementara itu, King Sing berkata, pada sesi mengadap itu, baginda berkongsi serta menyampaikan pelbagai pandangan dan buah fikiran mengenai MM2H. |