View: 3905|Reply: 71
|
Boss Kay Jelaskan Sebab 'Block' Anak, Isteri Salah Guna Nombor, Terus Sebar Fitnah
[Copy link]
|
|
Personaliti media sosial, Azlee Abd Aziz atau lebih dikenali sebagai Boss Kay tampil menjawab tuduhan yang dilemparkan bekas isteri pertamanya, yang mendakwa dia menyekat nombor telefon sehingga gagal dihubungi oleh anak.
Menerusi video yang dimuat naik wanita bernama Nooraini Noni pada malam Rabu, kelihatan anak lelakinya menangis dipercayai kerana merindui si bapa.
Kanak-kanak tersebut dilihat memegang telefon bimbit dan berkali-kali mencuba menghubungi bapanya sambil mengesat air mata.
Menjawab lebih lanjut mengenai isu tersebut, Boss Kay berkata dia sering berhubung dengan anak sulungnya, Akasya, sehinggalah terpaksa mengambil tindakan menyekat nombor kanak-kanak itu minggu lalu kerana 'disalahgunakan' oleh bekas isteri pertamanya.
"Saya block WhatsApp anak sebab bekas isteri menggunakan nombor tersebut untuk 'serang' saya. Sebenarnya saya block nombor ibunya dahulu sebab kurang ajar, malah buat ugutan dan sebagainya. Saya malas nak bergaduh.
"Sebelum itu, saya letak dua syarat untuk bertemu dengan anak-anak. Pertama, jangan sebar aib dan jangan cakap soal saya di media sosial selama dua bulan.
"Jika dia ikut syarat itu, saya akan berjumpa dengan anak. Tapi dia tak ikut syarat itu malah terus menyebar macam-macam sehingga menggunakan anak sebagai content untuk viral.
"Dia tuduh saya tak nak jumpa anak sedangkan ketika itu nombor anak belumpun saya block. Hubungan saya dengan anak baik saja. Tapi bila dia guna nombor anak untuk serang saya, saya terpaksa block," jelasnya ketika dihubungi mStar.
Dia juga menambah, dirinya langsung tidak terkejut apabila mengetahui video terbaharu anaknya itu dimuat naik di laman TikTok.
"Saya tak terkejut sebab dah tahu perangai bekas isteri pertama mahupun bekas isteri kedua. Allah tunjukkan perangai kedua-duanya suka manipulasi.
"Saya tahu, dua-dua berpakat untuk menggunakan anak-anak untuk jejaskan reputasi saya. Mereka ni buat bisnes. Tapi bila content bisnes tak jalan, mereka guna anak-anaklah.
"Saya hanya bimbangkan emosi anak-anak saya saya. Tolonglah jadi ibu yang bertanggungjawab. Jangan malukan anak dan keturunan dengan cara ini untuk meraih simpati" ujarnya lagi.
Tambah Boss Kay, dia masih menahan sabar dan enggan memburukkan keadaan dengan membuat 'serangan balas' di media sosial meskipun 'ditikam dari belakang' sejak 2021.
"Disebabkan mereka (bekas-bekas isteri) berterusan menggunakan media sosial untuk memfitnah, netizen hentam dan beri gelaran macam-macam kepada saya.
"Saya nak ucap 'terima kasih' sangat kepada perempuan-perempuan yang pernah saya bagi makan. Saya ajar mereka dari kosong hingga orang kenal, tapi ini yang saya dapat.
"Saya masih mampu bersabar. Saya belum bercadang untuk ambil tindakan undang-undang mengenangkan mereka jaga anak-anak. Saya hanya serah kepada Allah... Allah yang beri rezeki.
"Tapi kesabaran manusia ada hadnya. Sekiranya berlarutan dan saya dah habis limit, peguam saya akan buat kerja," akhirinya.
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
Azlee, ko kena cari jodoh ikut zodiac tok sami siam agaknya. Sebab ex bini2 ko semua bermasalah ada kekurangan. Ko dah tahap sempurna patut kahwin dgn dewi-dewi je kot. Jgn duduk kat dunia, ko pindah alam kayangan la. Kat dunia ni takde manusia yg sesempurna ko.
Adik, nanti bapak ko da tua, sakit ke, stroke ke, dementia ke. Ko lemparkan je kat rumah kebajikan warga emas... |
|
|
|
|
|
|
|
Dia pulak yg letak syarat utk jumpa anak? Pelik betul perangai. Sama je dua2 parent taguna. Tersiksa mental budak tu |
|
|
|
|
|
|
|
anilanil: Azlee, ko kena cari jodoh ikut ... kah!aku stuju.dasar bengap..pnyumbg mani yg x bguna |
|
|
|
|
|
|
|
Ada gak nak menyondol kat problematic guy macam dia ni. Bini (ex) berderet2 pon rasa macam bagus |
|
|
|
|
|
|
|
Jantan plg tak guna… play victim sentiasa |
|
|
|
|
|
|
|
so die level samdol ke yg layak digossipkan kt sini ke? jantan tah pape ni ptt masok kt gossip media bod sane. sini retis je k. |
|
|
|
|
|
|
|
Buatnya ada emergency i.e anak masuk spital, anak eksiden macam mana nak contact dengan segera. Ex kena buat live and mintak mutual follower inform jibauk ni ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Mak bpk bercerai anak2 jd mangsa.. buang la ego masing2 demi anak2. |
|
|
|
|
|
|
|
BAPA LETAK SYARAT NAK JUMPA ANAK.
betul ke apa yg aku baca ni?????????? Babi apakah ini?????? Bukan kah itu tgjwb hang.... kenapa kena bersyarat pulak???? Patut bini yg letak syarat klu hg nak jumpa anak... |
|
|
|
|
|
|
|
INGATLAH WAHAI ANAK... ESOK HANG BESAR.. HANG GOOGLE PSL ABAH HANG NI...
BILA DIA DAH TUA, BISNES AIR LIUR DAH TAK LAKU.... PENCEN PUN X DE... BINI2 PUN DAH TINGGALKAN DIA.... KO INGATKAN DIA BALIK PSL SYARAT2 DIA TU.... JANTAN PALNG TAK GUNA DI ABAD INI. |
|
|
|
|
|
|
|
bosskay ni bukan artis kan...salah board ni
|
|
|
|
|
|
|
|
nak jumpa anak siap bersyarat syarat bagai. bapak jenis apa ni? jenis ni sok sok dah tua ko letak dia kat rumah kebajikan je.. |
|
|
|
|
|
|
|
Orang yg xpatut kita kenal pun, sampah!
Org mcm tt ni la pi bawak masuk kat board gossip ni
Dahhh aku tau ada laki sampah sebegini! |
|
|
|
|
|
|
|
jantan sampah ni..dia aje yang terpaling sempurna..
ex2 sume mental..jaga2 la bini baru tu..
sok ko da beranak je..dia kata ko gila plak..
lepas tu tinggalkan cari bini baru... |
|
|
|
|
|
|
|
anilanil: Azlee, ko kena cari jodoh ikut ... anilanil: Azlee, ko kena cari jodoh ikut ...
Yepp.. berckp soo perfect.. pompuan yg bodoo nak kat dia nii.. semua dia betull.. pdhl dayuss.. sebijik prangai rupe abg aku |
|
|
|
|
|
|
|
sweetfasha replied at 7-7-2023 07:46 AM
nak jumpa anak siap bersyarat syarat bagai. bapak jenis apa ni? jenis ni sok sok dah tua ko letak di ...
Kalo aku laa cmpk tepi longkang jee.. pas tuu ckp penagih dadah kot.. hahahaha.. ko tgh sihat oklaa . Tunggu nasib ko masa tua nantii.. byk syarat org tenyeh pd ko |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau kau sebagai bapak letak syarat nak jumpa anak, sebenarnye kau xnk jumpa pun anak kau tu. |
|
|
|
|
|
|
| |
|