CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 475|Reply: 4

Obses Dengan Pesawat, Lelaki Pilih Hidup Dalam Kapal Terbang Di Tengah Hutan

[Copy link]
Post time 6-7-2023 04:54 PM | Show all posts |Read mode
Seorang lelaki yang obses dengan pesawat memngambil keputusan menetap di dalam kediaman yang juga merupakan sebuah pesawat Boeing 727.


Bruce Campbell yang merupakan bekas jurutera, 73, mula mengambil keputusan untuk tinggal di dalam sebuah pesawat yang sudah terabai ketika dia hanya berumur 15 tahun.


Demi merealisasikan impiannya itu, Bruce membelanjakan 26,000 dolar Amerika Syarikat (RM121,000) untuk membeli tanah kosong berkeluasan 10 ekar di tengah hutan Oregon, Amerika Syarikat.


Selepas berjaya mendapatkan sebidang tanah untuk mendirikan 'rumahnya', Bruce mengeluarkan dana berjumlah 100,000 dolar Amerika Syarikat (RM466,400) untuk membeli sebuah kapal terbang dari tempat menjual besi buruk.


Bruce bagaimanapun mengatakan perkara itu adalah kesilapan terbesar hidupnya.


"Saya tak akan buat macam tu lagi. Syarikat jual besi buruk hanya tahu mencekik darah.


"Saya cadangkan untuk terus beli jet kapal terbang yang masih sempurna dan berfungsi. Cuma jika enjinnya sudah tiada, mungkin boleh diterima lagi," kata Bruce.


Jet yang dibeli Bruce itu pada asalnya mempunyai 200 buah kerusi dengan keluasan bahagian dalam berukuran 1,066 kaki persegi.


Kapal terbang itu juga mempunyai sejarah unik apabila ia pernah diterbangkan oleh pemilik syarikat penerbangan yang berkahwin dengan bekas isteri presiden Amerika Syarikat, Jacqueline Kennedy Onassis, sebelum kematian suaminya.


Menurut Bruce, dia kemudiannya mengerluarkan lagi 120,00 dolar Amerika Syarikat (RM558,680) untuk membawa kapal terbang itu ke tanah persendiriannya.


Foto: Daily Star




"Saya rasa puas dengan hidup saya, saya gembira, saya dah capai apa yang saya mahukan selama ini.


"Lebih-lebih jika anda seorang jurutera, saintis atau sesiapa sahaja yang menghargai 'seni' dalam teknologi aeroangkasa.," kata Bruce.


Kapal terbang yang diubah suai oleh Bruce itu kini mempunyai bilik air, dapur dan mesin basuh.


Foto: Daily Star









Bruce tidur di atas sebuah sofa dan bil utiliti bulanannya hanya menelan kos sebanyak 370 dolar Amerika Syarikat (RM1725).


"Saya tidak menyesal langsung mengejar impian ini. Saya tinggal di dalam sebuah rumah, di atas sebidang tanah bersama komuniti yang saya cintai.


"Sasaran seterusnya mungkin saya mahu tinggal dalam kapal terbang di Jepun pula," kata Bruce. -CARI


Sumber: mStar Daily Star
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2023 04:58 PM | Show all posts
WAH IMPIAN BETUL NI HIDUP SORANG2 JEE
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2023 08:49 AM | Show all posts
suka hati engkola weiiii
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2023 09:23 AM | Show all posts
bagus orang ni sebab tahu apa dia nak dalam hidup dia lepas tu yah pening2 dah fikir benda lain...

kita biasa pening sebab kita terlalu banyak kemahuan dalam hidup..




Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2023 10:38 AM | Show all posts
igtkn bruce campbell the living dead tu

anyway interior design dia hauk
langsung xde konsep dlm kapal terbang
serupa rumah landed jek
boring

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-3-2025 05:57 PM GMT+8 , Processed in 0.082867 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list