CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 133|Reply: 0

[Pulau Pinang] Empat feri baharu mula operasi di Pulau Pinang bulan depan

[Copy link]
Post time 6-7-2023 02:13 PM | Show all posts |Read mode
Empat feri baharu mula operasi di Pulau Pinang bulan depan


Oleh Nur Izzati Mohamad - Julai 6, 2023 @ 1:42pm bhnews@bh.com.my




Sebuah feri baharu ditunda untuk dibawa ke Pangkalan Tun Raja Uda di bahagian pulau ketika tinjauan di Pangkalan Sultan Abdul Halim, Butterworth. - Foto NSTP/Danial Saad




BUTTERWORTH: Warga Pulau Pinang dan pelancong dapat menikmati perkhidmatan feri lebih canggih susulan empat feri baharu yang setiap satu bernilai RM18 juta tiba di negeri itu semalam dan dijangka memulakan operasi bulan depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Penang Port Sdn Bhd (PPSB), Datuk Sasedharan Vasudevan, berkata feri yang dikenali Teluk Kumbar, Teluk Bahang, Teluk Duyung dan Teluk Kampi itu dibawa menggunakan sebuah kapal kargo dari Vietnam.

Menurutnya, dua feri kemudian ditunda ke Terminal Kapal Persiaran Jeti Swettenham (SPCT) di bahagian pulau dan dua lagi dibawa ke bahagian tanah besar di Seberang Perai.

"Keempat-empat feri ini akan memulakan operasi pada bulan hadapan di terminal Pangkalan Raja Tun Uda (PRTU) dan Pangkalan Sultan Abdul Halim (PSAH) yang sudah dinaik taraf," katanya.

Terdahulu, PPSB membelanjakan RM100 juta untuk empat feri baharu itu termasuk kos bagi menaik taraf dua terminal berkenaan.

Feri terbabit boleh memuatkan 250 penumpang dan 50 kenderaan dua roda dalam satu masa yang waktu perjalanan memakan masa 10 minit berbanding 20 minit sebelum ini.

Dalam pada itu, Menteri Pengangkutan Anthony Loke yang yang dijadual mengadakan lawatan kerja di Pulau Pinang dijangka menaiki feri berkenaan di SPCT Sabtu ini.

Sebelum ini, perkhidmatan feri ikonik Pulau Pinang yang membawa penumpang dan kenderaan seperti kereta dan motosikal ditamatkan sepenuhnya pada Disember 2020 bagi memberi laluan kepada perkhidmatan baharu.

Penggunaan feri bot laju bagi membawa penumpang dan feri Ro-Ro untuk membawa motosikal dan basikal ketika ini adalah langkah interim sebelum feri bas air dan pengangkut kenderaan baharu digunakan.

Bagi kenderaan empat roda tidak dapat lagi menikmati perkhidmatan feri sebaliknya perlu berulang alik menggunakan Jambatan Pulau Pinang.








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 04:00 AM GMT+8 , Processed in 0.049830 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list