CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 2104|Reply: 62

[Tempatan] Mana hilang nya 1.2 JUTA china PRC masuk Malaysia tapi tak keluar? SATU TEORI KONTROVERSI

  [Copy link]
Post time 6-7-2023 03:51 AM | Show all posts |Read mode
Edited by brego at 6-7-2023 03:52 AM

Mana hilang nya 1.2 JUTA china PRC masuk Malaysia tapi tak keluar?
aku ada SATU TEORI KONTROVERSI

isu ini berkaitan dengan Current Issues, so momod kasi la chance
nanti aku paste artikel2 dan video yang berkaitan.
so ramai org boleh nampak

aku nampak pattern ni,
terutama bila menteri pelancongan terang2 cover cina PRC,
yang masuk msia tanpa tiket balik

dan juga report terbaru dari SPRM,
yang mengatakan ada "agen" minta rasuah untuk lancar kan proses

"agen" tu di sini bermaksud BROKER or ORANG TENGAH

agen ni minta duit bukan untuk dia makan sorang,
but to bribe gomen officials in certain departments.

n then aku teringat kes staf JPN Penang kena tangkap rasuah,
sebab proses IC biru pada cina PRC ni semua

masa aku tengah baring tadi, tetiba dapat ilham,
dan connect semua jigsclue yang ada

aku bangun tido, bukak balik pc,
dan start menaip, bila ilham masih freshhh

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-7-2023 03:59 AM | Show all posts
SO,
Mana hilang nya 1.2 JUTA china PRC masuk Malaysia tapi tak keluar?

jawapan nya,
some of them assimilate with local chinese

but MOST OF THEM, gunakan negara ni sebagai TRANSIT
untuk migrate ke negara ke 3,
macam US, Canada, Australia & Europe

but why? and how?

MALAYSIAN PASSPORT.
malaysia passport is a top 10 rank IN THE WORLD

https://www.passportindex.org/passport/malaysia/


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-7-2023 04:08 AM | Show all posts
Edited by brego at 6-7-2023 04:27 AM

previously kita boleh masuk 168 negara luar, with visa free

my prediction, dalam tempoh 2,3 tahun lagi,
passport msia ni terkeluar dari ranking top 10,
dan dalam 168 buah negara tu,
akan ada yg jadi strict kena apply visa

aku tertengok TT lawyer ni tadi, ni antara punca2 aku dapat ilham

ropa nya recently, europe & Schengen region,
sudah mula strict with malaysian passport holder

sebelum ni betoi2 free visa, boleh travel across europe
sekarang tak dapat jack






Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-7-2023 04:15 AM | Show all posts
Edited by brego at 6-7-2023 05:21 AM

ini contoh cainis prc yang kantoi dengan immigresen di luar negara
guna passport malaysia

tengok style dia, gaya dia ada macam malaysian ker tak?

tak boleh bahasa inggeris, speak mandarin only,
muka cina bukit prc,
masuk ramai2, tiket keluar takde

sama kan trend nya?

dengan immigresen malaysia boleh la buat gini,
kalau kantoi pun ada menteri boleh cover line,
ada geng kartel yang datang suap duit or ugut penjawat awam.

kat luar negara, tak dapat jack






Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-7-2023 04:23 AM | Show all posts
Edited by brego at 6-7-2023 04:32 AM

video ni antara yang bikin ilham sampai tak jadi tido

negara ini dalam bahaya. kita banyak pengkhianat negara
dan pengkhianat tu pulak di atas nya semua jerung2 besau
org2 yg ada kuasa. sindiket besau ni. jangan memain

yang cainis lokal pulak jenis opportunist
hanya nampak DUITTTTTTTTT sahaja,
biasa la geng kartel kan, for them everything is money and bisnes
sanggup jadi agen@broker, jadi org tengah, to bribe gomen officer

kenapa aku kata cainis lokal?
sebab cainis prc CUMA TAHU bahasa mandarin

berapa persen penjawat awam melayu ni yang boleh mandarin?
takkan cakap guna bahasa isyarat pulok




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-7-2023 04:31 AM | Show all posts
ini kes yang baru2 ni


'Ingatkan bisu', lelaki dipercayai warga China kantoi dapat IC lepas 10 bulan tinggal di Malaysia



Lelaki dipercayai warga China didakwa mempunyai dokumen lengkap seperti kad pengenalan dan lesen memandu selepas 10 bulan menetap di Malaysia.

TIMBUL dakwaan seorang lelaki dipercayai rakyat China, namun mendapat taraf kewarganegaraan Malaysia tanpa perlu melalui prosedur rumit.

Pada Khamis, seorang pengguna Facebook dengan nama Shafie Shafie mendedahkan terjumpa dengan seorang lelaki dipercayai warga China yang bukan saja mempunyai kad pengenalan, malah lesen memandu di Malaysia.

Dia menerusi satu hantaran di Facebook membongkarkan identiti individu terbabit yang dipercayai tidak mampu menjawab pertanyaannya dalam Bahasa Melayu.

"Ingatkan bisu, rupanya hanya tahu berbahasa Cina kerana baru 10 bulan sampai Malaysia dah jadi warganegara," dakwanya dalam hantaran tersebut.

Dalam pada itu, Shafie Shafie mendakwa beberapa pegawai daripada agensi berkaitan dicekup polis kerana didakwa terlibat dalam pengeluaran dokumen palsu yang sah.

Dia turut mempersoalkan bagaimana individu terbabit boleh mendapat dokumen kewarganegaraan yang sah tanpa melalui prosedur sepatutnya.

Dalam perkembangan lain, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengesahkan dua orang pegawai jabatan itu ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Rabu kerana disyaki terlibat dalam kegiatan sindiket pengeluaran sijil lahir dan MyKid.

Ketua Pengarahnya, Zamri Misman berkata, penahanan tersebut hasil kerjasama strategik apabila JPN berkongsi hasil risikan dalaman dilakukan kepada SPRM.

Katanya, jabatan tersebut akan terus memberikan kerjasama kepada SPRM bagi melengkapkan siasatan. — Majoriti


https://majoriti.com.my/berita/2023/06/15/039ingatkan-bisu039-lelaki-dipercayai-warga-china-kantoi-dapat-ic-lepas-10-bulan-tinggal-di-malaysia

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 6-7-2023 04:36 AM | Show all posts
Edited by brego at 6-7-2023 04:42 AM

kes tahun 2019


6 termasuk pegawai JPN Pulau Pinang didakwa jual MyKad
Oleh SYAJARATULHUDA MOHAMAD ROSLI
12 September 2019 01:00pm




GEORGETOWN - [DIKEMASKINI] Seorang pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Pulau Pinang dan seorang lelaki bergelar Datuk antara enam lelaki yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Georgetown di sini hari ini atas 32 pertuduhan melibatkan sindiket penjualan dokumen pengenalan diri dan sijil kelahiran kepada warga asing palsu dan diubah suai.

Mohd Faizul Arifin, 34, yang juga Penolong Pengarah JPN Pulau Pinang menghadapi dua pertuduhan utama iaitu di bawah Seksyen 26 E Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (Akta 670).

Tertuduh didakwa membuat penipuan satu dokumen pengenalan diri iaitu sijil kelahiran Malaysia dan kad pengenalan Malaysia atas nama Ewe Chor Beng bagi maksud memudahkan suatu perbuatan penyeludupan migran.

Mohd Faizul didakwa melakukan kesalahan itu di Ibu Pejabat JPN Pulau Pinang, Bangunan Persekutuan Jalan Anson di sini antara Januari dan Februari lalu.

Selain itu, Mohd Faizul yang menghadapi 11 pertuduhan turut berdepan lima pertuduhan mengikut Peraturan 25(1)(i) Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 kerana mengeluarkan lima kad pengenalan atas nama disyaki warga China.

Tertuduh juga menghadapi empat pertuduhan mengikut Seksyen 466 Kanun Keseksaan kerana memalsukan dokumen daftar beranak iaitu sijil kelahiran Malaysia.

Sementara itu, turut didakwa membabitkan kes sama, ahli perniagaan, Datuk Lai Chin Wah, 56; Loh Chan Cheong, 34; Chien Guan Chai, 36; Yap Cheng Wah, 44 dan Mohd Faizal Tan Abdullah, 66.

Kelima-lima mereka didakwa atas 11 pertuduhan di bawah Seksyen 26 E Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (Akta 670) dan 10 pertuduhan membabitkan Seksyen 466 Kanun Keseksaan.

Kesemua mereka didakwa menjual satu dokumen pengenalan diri palsu dan diubah suai iaitu sijil kelahiran Malaysia dan kad pengenalan Malaysia dan kad pengenalan Malaysia atas nama individu disyaki warga China bagi maksud memudahkan suatu perbuatan penyeludupan migran.

Kesemua kes dibacakan di dua mahkamah sesyen berasingan di hadapan Hakim Norsalha Hamzah dan Mazdi Abdul Hamid.

Kedua-dua hakim tidak menawarkan sebarang jaminan kepada semua tertuduh dan kes disebut semula pada 18 September ini.

Pasukan pendakwaan dikendalikan Yusaini Amer Abdul Karim, Amril Johari, Noor Azura Zulkiflee, Farah Aimy Zainul Anwar, Yazid Mustaqim Roslan dan Shafiq Sazali.

Kesemua tertuduh diwakili peguam iaitu Sukhindarpal Singh, Dr N Ahilan, Lee Kean Wooi dan Datuk Ranjit Sigh Dillion.

Semalam, polis mendedahkan berjaya membongkar sindiket penjualan dokumen pengenalan diri MyKad kepada warga China di negeri ini yang didalangi pegawai JPN negeri.

Susulan itu, polis menjalankan siasatan dan berjaya membongkar sindiket berkenaan yang dikatakan mengaut keuntungan antara RM100,000 hingga RM600,000 hasil jualan MyKad sah berkenaan kepada warga asing dan menahan 20 individu setakat ini bagi membantu siasatan.

Kes itu terbongkar selepas pegawai Jabatan Imigresen membuat laporan polis berikutan permohonan pasport oleh seorang pemegang MyKad sah, namun dia didapati tidak boleh berkomunikasi dalam bahasa Malaysia dalam kejadian dipercayai berlaku pada Mei lalu.

Pada 9 September lalu, JPN meminta orang ramai segera menghentikan penyebaran di media sosial mengenai warga China miliki MyKad bagi mengelakkan sebarang kekeliruan dan kebimbangan rakyat bahawa kerajaan sewenang-wenangnya memberikan kewarganegaraan kepada rakyat asing.

Ketua Pengarahnya, Datuk Ruslin Jusoh berkata, laporan pertama dibuat terhadap penularan kes lima MyKad didakwa milik warganegara China sebelum laporan kedua membabitkan penularan kes seorang wanita warganegara China yang memiliki MyKad.


https://www.sinarharian.com.my/article/47571/berita/mahkamah/6-termasuk-pegawai-jpn-pulau-pinang-didakwa-jual-mykad


https://www.astroawani.com/berita-malaysia/penolong-pengarah-jpn-dan-5-individu-didakwa-terlibat-sindiket-jual-mykad-217341
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-7-2023 04:45 AM | Show all posts
Edited by brego at 6-7-2023 04:47 AM

dalam satu kes yang lain, viral di FB,
JPN kaber line, isu masih panas pada tahun yg sama 2019
PRC dapat full IC biru sebab kahwin dan "memenuhi syarat" kata nya

setahu aku nak dapat kerakyatan,
kena duduk negara ni 10 tahun TANPA BALIK ke negara asal
bab ni ramai immigran lain yg kantoi tak sanggup

boleh pulok prc ni dapat IC biru yer
yg indon dekat sebelah ni pun tak sanggup bila tak dapat balik kg,
mereka masih pakai IC merah



Warga China pemegang MyKad penuhi syarat permohonan: JPN
Oleh BERNAMA07 September 2019 01:45pm

PUTRAJAYA - Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) meminta orang ramai segera menghentikan penyebaran di media sosial mengenai warga China miliki MyKad bagi mengelakkan sebarang kekeliruan dan kebimbangan rakyat bahawa kerajaan sewenang-wenangnya memberikan kewarganegaraan kepada rakyat asing.

Katanya, tindakan tegas akan diambil kepada mana-mana individu yang menyebarkan sebarang isu berunsur fitnah kepada kerajaan.

Dalam satu kenyataan yang dikongsi dalam laman Facebook di sini hari ini, JPN menjelaskan isu berhubung warga China miliki kad pengenalan MyKad ialah isteri kepada warganegara Malaysia yang memperoleh kewarganegaraan pada September 2017 di bawah Perkara 15(1) Perlembagaan Persekutuan.

Jelasnya, sebagai isteri kepada warganegara Malaysia yang berkahwin secara sah mengikut undang-undang Malaysia boleh memohon kerakyatan setelah memenuhi syarat yang ditetapkan Perlembagaan Persekutuan.

Permohonan dan kelulusan kewarganegaraan Malaysia bukan tertumpu kepada satu-satu kaum tertentu sahaja malah menerima dan meluluskan daripada pelbagai kaum dan bangsa di Malaysia.

Penganugerahan taraf kewarganegaraan adalah anugerah tertinggi oleh kerajaan Malaysia kepada warga asing yang benar-benar layak sahaja dan perlu mengikut syarat yang ditetapkan serta tertakluk kepada peruntukan di bawah Perlembagaan Persekutuan," katanya.

JPN berkata, isu itu juga pernah ditular tahun lepas oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dengan mendakwa JPN telah memberikan kad pengenalan kepada warga China. - Bernama



https://www.sinarharian.com.my/article/46869/BERITA/Nasional/Warga-China-pemegang-MyKad-penuhi-syarat-permohonan-JPN


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-7-2023 04:50 AM | Show all posts
Edited by brego at 6-7-2023 05:01 AM

statement dari SPRM dalam kes terbaru

cainis PRC kantoi tak lepas immigresen,
datang abam besau perut boncet menyelamatkan keadaan

sekarang dia sudah baleks dengan aman. takde siasatan lanjut
masa utk dakwa kambeng hitam, si agen low level


Kecoh di KLIA: Dua wanita warga China sudah pulang ke negara asal - Azam Baki


AZAM: Keterangan daripada dua wanita tersebut sudah diambil dan kita tidak boleh melarang mereka balik. - Gambar fail/BERNAMA

PUTRAJAYA: Dua wanita warga China yang dikaitkan dengan kekecohan di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) minggu lalu sudah pulang ke negara asal hari ini.
Perkara tersebut disahkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki selepas dimaklumkan kepulangan wanita berkenaan oleh pihak KLIA.

"Keterangan daripada dua wanita tersebut sudah diambil dan kita tidak boleh melarang mereka balik," katanya pada sidang media selepas merasmikan majlis penutup Program Pemantapan Rakan Strategik Media SPRM di sini, hari ini.

Azam berkata setakat ini pihaknya sudah merakam keterangan seramai 14 individu melibatkan dua wanita warga China itu, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing, lapan pegawai Jabatan Imigresen dan beberapa saksi lain.

Media sebelum ini melaporkan kekecohan berlaku di KLIA melibatkan orang kenamaan dikatakan cuba "menyelamatkan" seorang wanita warga China yang dinafikan kemasukan ke negara ini sebaik tiba di lapangan terbang berkenaan, Khamis lalu.

Kejadian berkenaan turut tular menerusi media sosial apabila orang kenamaan berkenaan dikatakan masuk ke ruang balai ketibaan itu tanpa memohon pas keselamatan.

Menjelaskan lebih lanjut, Azam berkata isu rasuah timbul selepas salah seorang wanita itu dihubungi seorang lelaki warga China yang mengaku sebagai ejen sebuah syarikat yang dilantik pihak pengurusan KLIA untuk menguruskan kes yang dikenakan perintah Not-To-Land (NTL) oleh Jabatan Imigresen.

"Saya mengesahkan ada pihak luar yang terlibat menghubungi wanita terbabit bagi tujuan mendapatkan antaranya membantu membeli tiket kapal terbang dan menetapkan satu harga caj pengurusan... jadi kita akan jalankan siasatan dan dapatkan ejen tersebut," katanya.
Beliau berkata siasatan SPRM mendapati terdapat syarikat dipertanggungjawabkan mengurus pelancong asing yang dikenakan perintah NTL di KLIA sejak 2017.

Namun, syarikat itu sedang dikenal pasti oleh SPRM sama ada ia diwujudkan dengan mematuhi prosedur atau kontrak yang betul atau sebaliknya, katanya.

Azam berkata seramai 41 warga China termasuk wanita yang terlibat dengan insiden berkenaan dikenakan perintah NTL pada hari kejadian namun setakat ini SPRM tidak menerima sebarang aduan daripada 40 yang lain.

"SPRM juga sedang meneliti sistem dan prosedur berhubung dengan pengeluaran perintah NTL termasuk proses yang perlu dipatuhi sehingga wanita warga China itu akhirnya dibenarkan masuk," katanya.

Dalam perkembangan lain, Azam mengesahkan pihaknya sudah mendapat maklumat pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang dipercayai meminta sejumlah wang bagi meluluskan permohonan untuk mendapatkan kewarganegaraan Malaysia.

"Kita akan memulakan tindakan siasatan secepat mungkin," katanya.

Hari ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata beliau menerima aduan yang dibuat terus kepadanya berhubung dakwaan rasuah membabitkan pegawai JPN dipercayai menghubungi pemohon dan meminta sejumlah wang bagi mendapatkan dokumen kelulusan seperti kelulusan kewarganegaraan dan sijil lahir.

-- BERNAMA

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kecoh-di-klia-dua-wanita-warga-china-sudah-pulang-ke-negara-asal-azam-baki-426853




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-7-2023 04:57 AM | Show all posts
Edited by brego at 6-7-2023 05:16 AM

menteri bang non macam biasa la,
kalau ada issue yg boleh mencemar imej kerajaan madani bang non

kalau mereka tak kompang pasal bribe issue,
they will play with the RACE CARD

ni artikel baru, tengah bulan lepas,
sebelum viral kes menteri pelancongan

sekarang dia sudah diam masuk gua,
menteri KDN ni menteri kanan, jgn memain


Tular warga China dapat kad pengenalan kes 2019, mereka yang terbabit sudah kena tindakan
Oleh Safeek Affendy Razali - Jun 16, 2023 @ 9:23pm



KUALA LUMPUR: Isu tular mengenai seorang warga China yang memperolehi kad pengenalan Malaysia adalah kes pada 2019.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata pihaknya mendapati gambar berkenaan beredar secara meluas termasuk dalam kumpulan WhatsApp.

"Luas sekali berlegar dalam grup (kumpulan) WhatsApp isu warga China dapat MyKad.

"Seperti biasa serangan ditala (dituju) kepada Kerajaan Madani tanpa rasa bersalah untuk menyemak maklumat.

"Asal dapat main (timbulkan) sentimen perkauman dan dapat keuntungan politik mereka puas hati," katanya dalam satu hantaran di Facebook lewat petang tadi.

Beliau berkata ketika kejadian itu, negara bukan ditadbir oleh Kerajaan Madani sebaliknya Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Menteri Dalam Negeri ketika itu.

"Saya pun yakin beliau (Muhyiddin) tak terlibat dalam isu berkenaan.

"egawai Jabatan Pendaftaran yang terbabit pun dah ditangkap, disiasat dan kini sedang dibicarakan," katanya.

Saifuddin berkata pemegang MyKad yang terbabit juga telah pun diusir kembali ke negara asal mereka.


https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/06/1115386/tular-warga-china-dapat-kad-pengenalan-kes-2019-mereka-yang-terbabit

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-7-2023 05:05 AM | Show all posts
Edited by brego at 6-7-2023 05:08 AM

kalau tak viral kes ni, konfem la lepas lagi, yer tak
dah 3 kali si gemok ni serang immigresen

mmg itu jer cara nya dalam negara ni,
KASI VIRALLLLLLLL. KUASA VIRAL.
biar semua rakyat tahu dan bising

baru la panas bontot pengkhianat sial ni semua

menteri gemok siap suruh skmm amik tindakan,
pada staf imigresen yg amik video viral tu,
nampak sangat babi punya perangai





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-7-2023 05:10 AM | Show all posts
Edited by brego at 6-7-2023 05:12 AM

ok, dah pukoi 5.09am
cukup sampai sini dulu

kasi katam dan hadam kan
siang nanti kalau sempat di sambung lagi

gua mau tido. nite2 y'alls  

Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2023 07:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by mojarean_X at 6-7-2023 07:38 AM

Iols suka thread ni. Meh iols upkan. Btw bila nk wat operasi mengesan pelancong yg x reti kuar mesia ni. Kalo dlm 10 tahun  dlm negara ni nanti besar kepala ngan warganegara Malaysia sendiri . Yg pegawai2 gomen yg mkn rasuah tu ntah duit2 rasuah mereka dh hbs joli ataupun dh kena pelbagai penyakit
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2023 07:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Good job TT. Komen sini sbb nak mark. Boleh cari balik nanti. Saya okay dgn Malaysian Chinese. Tapi, kalo dari PRC, BIG NO.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2023 07:55 AM From the mobile phone | Show all posts
mojarean_X replied at 6-7-2023 07:36 AM
Iols suka thread ni. Meh iols upkan. Btw bila nk wat operasi mengesan pelancong yg x reti kuar mesia ...

Tah tah dah mati kena covid. Paling tak pun kena panah petir.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2023 09:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg hilang tu kena tangkap dek bunian kot sbb tu tak jumpa2

Ok serious serious...
Masalah gini payah nak settle jika yg b/jawab tak jlnkan amanah diarg dgn jujur. Sanggup lacurkan negara demi kepentingan sendiri. Tak de langsung fikir masa depan anak bangsa warga sendiri. Bila ada yg pesan atau bising2 twist lg blh mcm takde buat salah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2023 09:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada kat Genting, PD & Iskandar Puteri kot
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2023 09:06 AM | Show all posts
yup possible, especially dekat EU country

diorang susah nak dapat visa

umpama kita nak apply visa australia
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2023 09:26 AM From the mobile phone | Show all posts
oh terjawab jugak persoalan aku kenapa ummah prc ramai2 datang sini nk jd warganegara, sbbnak pegang passport malaysia rupanya. jd yg dikatakan 1.2 juta masuk tak keluar2 tu majoritinya dah sampai negara lain yg dituju la kan? pastu kalau ada yg sangkut,  passport kita yg kena tempias
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2023 09:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Berkuntum kat penang ipoh dan jinjang...tgkla penang da dkt 70% cina. Melayu pakat lari ke kedah sambil bangga penang maju .
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 06:56 AM GMT+8 , Processed in 0.076778 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list