CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 3145|Reply: 60

Gadis Malaysia Terbang Ke Bangladesh Untuk Berkahwin

[Copy link]
Post time 6-7-2023 12:03 AM | Show all posts |Read mode
Dhaka, Bangladesh – Seorang gadis dari Malaysia sanggup terbang ke Bangladesh untuk berkahwin dengan seorang lelaki yang berasal dari Noakhali pada 24 Jun lalu, lapor laman berita Tribune Desk.


Gadis tersebut, Smriti Ayesha Ramasamy, 22, berkahwin dengan Farhad Hossain, 26, seorang penduduk di kawasan Hajipur, bandar Chowmuhani.






Menurut sumber keluarga, Farhad datang ke Malaysia untuk mencari pekerjaan lima tahun lalu dan bekerja di sebuah syarikat.


Dia kemudian bertemu dengan Smriti dan tidak lama kemudian, perkenalan mereka berubah menjadi cinta.


Selepas kontraknya di syarikat tersebut tamat tahun ini, Farhad kembali ke Bangladesh, namun dia terus berhubung dengan Smriti sebelum pasangan itu memutuskan untuk berkahwin.


Smriti kemudian terbang ke Bangladesh dan tiba di Noakhali pada 24 Jun lalu melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Hazrat Shahjalal, Dhaka.


Pada 25 Jun lalu, Farhad dan Smriti berkahwin di mahkamah dengan pasangan itu kini menetap di sana. – Agensi




Sumber: Kosmo! Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2023 12:04 AM | Show all posts
alhamduliiah dok sana
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2023 01:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku pon ada jer kawan perempuan kawen dgn Bangladesh, tapi yg keje OK lah. Tengok kadang dia pi balik umah mertua kt sana, kadang mertua dia dtg sini. OK jer nampak. Bercuti sana sini..
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2023 05:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Alhmdlh.. moga korang berdua aman bhgia
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2023 06:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Perempuan tu islam ke? Kira india malaysia kawen ngn bangladesh kan?

Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2023 06:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 6-7-2023 06:32 AM
Perempuan tu islam ke? Kira india malaysia kawen ngn bangladesh kan?

Ini hindu sama muslim.
Sbb tu kawen sivil kt court.
Xconvert tu rasa.
Aku tuduh.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-7-2023 06:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Cuols belum dengar lagi anak tokmid sanggup tinggalkan anak lelaki 3 ketol demi kerana mamat cameroon warganegara us keje waiter di los angeles.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2023 07:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Masa kecik ada sorg mcik meols yg beza 10 tahun suka ejek2 meols kely ng.kely ng.....pdhal mcik meols tu tinted taw. Kami semua cerah2 la dari dia. Anak dia mmg tak pernah putih. Tapi ada hati nak ejek2 kulit warna org. Last2 mcik meols ni dpt menantu bangladesh. Hahaha kekal 7 keturunan la leluhur tu.. dah kwen bangla pon kami xde ejek2 ke apa ke ..diam je.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2023 07:14 AM From the mobile phone | Show all posts
makita replied at 6-7-2023 07:02 AM
Masa kecik ada sorg mcik meols yg beza 10 tahun suka ejek2 meols kely ng.kely ng.....pdhal mcik meol ...

Omaigadd.. kifarahh
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2023 07:22 AM From the mobile phone | Show all posts
belilies replied at 6-7-2023 06:58 AM
Cuols belum dengar lagi anak tokmid sanggup tinggalkan anak lelaki 3 ketol demi kerana mamat cameroo ...

Kisah cinta agung anak tokmid ni patut difilemkan oleh raja azmi.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2023 07:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia ini elope kah?
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2023 08:18 AM | Show all posts
belilies replied at 6-7-2023 06:58 AM
Cuols belum dengar lagi anak tokmid sanggup tinggalkan anak lelaki 3 ketol demi kerana mamat cameroo ...

hahaha.... sempat lagi ek menyelit kisah ceo moghul terjagung
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2023 08:28 AM | Show all posts
mawardia replied at 6-7-2023 07:22 AM
Kisah cinta agung anak tokmid ni patut difilemkan oleh raja azmi.

hahahhahahha lawak la
mesti pecah panggunggg
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2023 08:31 AM From the mobile phone | Show all posts
NazRysha replied at 6-7-2023 08:28 AM
hahahhahahha lawak la
mesti pecah panggunggg

Nanti ada poster dia besar2, mata kuyu dgn mulut terjuih. Pastinya punggung pampers jua menonggek. Sexy boss babe yg dahulunya kaya raya namun sanggup berhijrah dan hidup dlm kemiskinan kerana cinta.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2023 09:21 AM | Show all posts
mawardia replied at 6-7-2023 07:22 AM
Kisah cinta agung anak tokmid ni patut difilemkan oleh raja azmi.

sapa yang sesuai bwk watak kak pam tu rasanya?

Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2023 09:27 AM | Show all posts
tahniah la kpd pengantin, semoga happy bersama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2023 09:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Thunderclouds replied at 6-7-2023 06:41 AM
Ini hindu sama muslim.
Sbb tu kawen sivil kt court.
Xconvert tu rasa.

Bangladesh pun ok eh kawin lain² agama.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2023 09:33 AM | Show all posts
OK la kalau kaum India.. BTW, aku tak suka rasis-rasis.. Rasis bukan boleh bawa ke mana..
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2023 09:54 AM From the mobile phone | Show all posts
pittjie replied at 6-7-2023 09:21 AM
sapa yang sesuai bwk watak kak pam tu rasanya?

Kak pam sendiri la u olsss. Dia yg terbaik.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2023 10:12 AM | Show all posts
belilies replied at 6-7-2023 06:58 AM
Cuols belum dengar lagi anak tokmid sanggup tinggalkan anak lelaki 3 ketol demi kerana mamat cameroo ...

Sape tokmid tu? tolong bagi hints lebih sket.......ha*is haizi ke
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-3-2025 03:55 AM GMT+8 , Processed in 0.076479 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list