CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 2457|Reply: 52

Hanya Pegawai Gred 41 Ke Atas Diberi Kuasa Tolak Pelancong Masuk

[Copy link]
Post time 5-7-2023 06:51 PM | Show all posts |Read mode
Putrajaya: Sebagai langkah memperbaiki pengurusan Jabatan Imigresen (JIM) di pintu masuk negara, kuasa untuk memutuskan pemberian Notis Penolakan Masuk (NTL) kepada pengembara akan diberikan kepada pegawai pengurusan profesional Gred KP 41 ke atas berbanding KP 29 ketika ini.


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata, "JIM adalah pihak berkuasa yang akan membuat keputusan berkait NTL
yang mana bergantung pertimbangan kepada tiga soalan asas kepada pengembara yang tiba iaitu di mana tempat tinggal, adakah mempunyai dana yang cukup dan ada tak tiket pulang.


Saifuddin Nasution Ismail bersama timbalannya, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah dan Ketua Setiausaha KDN, Datuk Ruji Ubi (kanan) pada sidang media di Putrajaya, hari ini. Foto: Harian Metro




"Sebagai langkah penambahbaikan, JIM pada kadar segera akan beri autoriti untuk memutuskan NTL kepada pegawai pengurusan profesional bergred 41 ke atas," katanya pada sidang media di sini hari ini.


Selain itu, beliau berkata, mesyuarat Kabinet hari ini turut meminta Kementerian Pengangkutan melihat aspek dan amalan melantik satu syarikat yang menguruskan pengembara luar yang menerima NTL.


"Dalam mesyuarat Jemaah Menteri turut bincangkan apabila pengembara dikenakan NTL, mereka diuruskan satu syarikat yang namanya Mono Circle Sdn Bhd, yang dilantik syarikat operator penerbangan sejak Februari 2015.


"Jadi syarikat ini yang menguruskan pembelian tiket pulang dan makan minum pengembara terbabit.


"Jemaah Menteri juga minta Menteri Pengangkutan melihat semula aspek ini, apakah ini amalan biasa atau bagaimana.


"Kadang-kadang dekat sini yang menimbulkan kekeliruan kerana apabila seorang dikenakan NTL diminta untuk menyediakan sejumlah wang untuk beli tiket pulang, kadang-kadang disalah anggap sebagai pegawai imigresen yang minta duit.


"Jadi itu perkara yang kita kena teliti semula," katanya.


Beliau berkata, sejumlah 592,490 pelancong China tiba ke negara ini sepanjang Januari hingga Jun tahun ini dan daripada jumlah itu 423 diberikan NTL.


Saifuddin Nasution berkata, dalam meningkatkan lagi perkhidmatan imigresen di pintu masuk negara, lebih banyak kaunter bantuan yang menempatkan pegawai berkomunikasi dalam pelbagai bahasa terutama Mandarin akan dibuka.


"Kita juga akan bekerjasama dengan Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB) untuk menambah papan tanda informasi kepada pengembara yang tiba termasuk untuk pergi ke kaunter bantuan terbabit," katanya.


Beliau turut memaklumkan Jemaah Menteri memperakui sebahagian besar kakitangan Imigresen memberi komitmen tinggi, kerjasama dan disiplin yang baik.


"Jemaah Menteri juga ambil maklum wujud perkara yang perlu diberi perhatian terutamanya terkait tata kelola dan insiden di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini termasuk, dakwaan ada amalan tak baik berlaku," katanya.


Hari ini, media tempatan melaporkan terdapat ejen yang meminta sehingga RM18,000 untuk menyelesaikan kemasukan pelancong asing yang tidak memenuhi syarat kemasukan ketika tiba di KLIA.


Penemuan itu dikesan SPRM dalam siasatan awal berhubung insiden kekecohan di balai ketibaan KLIA membabitkan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing dan beberapa pegawai imigresen, minggu lalu. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2023 08:17 PM | Show all posts
yang 41 keatas tu kira semua bersih dan suci lah ya>?
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2023 08:21 PM From the mobile phone | Show all posts
kitmal replied at 5-7-2023 08:17 PM
yang 41 keatas tu kira semua bersih dan suci lah ya>?

yg tu gaji besar sikit, so kecenderungan nak rasuah tu kurang sket la..kalu ikut teori la.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2023 08:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by antikorok at 5-7-2023 08:47 PM

So, daripada 592,490 orang pelancong ummah terpaling selera eksotik ni yg dah masok tahun ni, berapa riban pulek yang bakalan join the group puak2 dorang 1.2 jota dari tahun lepas yg tak kuar2 dari tanah ayer ni bersembunyik siap ada yg terkantoi sorang ada IC biru walaupun duduk berapa bulan jah kat sini haaaaaaa???????
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2023 08:51 PM From the mobile phone | Show all posts
memteri bodo..decision not met the purpose
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2023 08:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Susah bila menteri campur tangan kerja pihak kerajaan.
Takpelah, gred 41 tu pangkat tinggi sikit, kalau menteri masuk campur pun mereka pandai menjawab, gaji menteri pun kami yang bayar..... Errr, menteri bayar cukai tak?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-7-2023 11:51 PM From the mobile phone | Show all posts
"Beliau berkata, sejumlah 592,490 pelancong China tiba ke negara ini sepanjang Januari hingga Jun tahun ini...". 6 bulan pertama saja sudah masuk sebanyak itu. 6bulan seterusnya berapa ye?
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2023 06:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Zazama replied at 5-7-2023 11:51 PM
"Beliau berkata, sejumlah 592,490 pelancong China tiba ke negara ini sepanjang Januari hingga Jun ta ...

Itu yg masuk.. ada tak yg balik???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2023 07:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Memang patut la officer yg tolak masuk, bkn org bawah. Mana2 tempat pun officer yg bg approval/decline. Motip selama ni JIM bg kuasa kat gred 29 terima/tolak pelancong? Sistem JIM ni sndiri dh byk kelemahan. Elok la diperbetulkan skarang.  
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2023 07:48 AM | Show all posts
eloklah mcm tu, gred 41 is pegawai pnp dlm perkhidmatan awam, jangan lh berikan tanggungjawab besar sgt kpd gred sokongan tuh. gaji dh lah tak besar sgt kena pulak menanggung tanggungjawb besar
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2023 07:59 AM | Show all posts
kelapaparut: yg tu gaji besar sikit, so kecenderungan nak rasuah tu kurang sket la..kalu ikut teori la.

Anda yakin gaji besar x makan rasuah?? Gred 41 tu brapa sgt laa gaji..lagi2 yg baru lapor diri..dan lg satu pengurusan profesional ni laa terpaling licik buat kerja dan suka kejar kenaikan pangkat walau apa cara sekalipun..
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2023 08:14 AM | Show all posts
mcm ganjil ja nama org malaya ni...asal indon kah mcm di Sabah??? pangkat pun sebesar alam dah
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2023 08:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Hehe masyarakat msia ingt gaji 41 tu besar sgt. Zaman dulu yer la, zaman skrg susah. Brg semua naik harga. Kalo 41 fresh ni aku ingt mmg sukar la nak hidup.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2023 08:56 AM | Show all posts
hujung2 kena hantar balik jugak kan.
imi yg salah ke memang tiong yg celaka?
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2023 08:57 AM | Show all posts
41 tu alahai nk bding ngn swasta jauhhh tercorot gajinya
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2023 08:59 AM | Show all posts
Biarkan lah 41 ke atas ambil tggjwb,,dok bagi arahan je..sesekali kena la juga menjawab,,,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2023 09:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by MissYouSayang at 6-7-2023 09:10 AM

Tu maknanya makin senang la pelancong2 cina masuk sni wey. iols memula tak paham gak ,pastu ada someone explain it .bcuz dulu pegawai2 gred rendah pun blh tolak pati2 ni brambus dr sni ,now nk kena cari gred 41 plak wicis Gred 41 ni mmg  tak ramai la. Hmm
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2023 09:09 AM | Show all posts
sepatutnya, imi itu sendiri perlu rombakkan dan perlu letak ketua yg lebih tegas, innovatif dan kreatif. sbb isu imi ni bukan kecil, jaga sempadan negara yg mudah sgt dibolosi dan juga sistem imigresen itu sendiri perlu up to date...ni buat appointmnt di imi pun tak friendly...staf imi melebihkan agent yg bawa segerombolan passport utk direnew/ pas utk direnew. mungkin ada kantau di sebalik tu......

mohon sprm/suhakam & mana2x agensi berkaitan siasat.

hopefully, one fine day, imi akan berfungsi dgn penuh integriti..............
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2023 09:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Cuolsss dalam isu muntri buncit ni, BUKAN SALAH SISTEM IMIGRESEN at all. Ramai nyeh acik2 forum mudah kopius. ce cuols baca statement azam balance harini, katenyeh ahso tu dah balik wicis tibahjah ada RETURN TICKET khens.... SO FISHYY
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2023 09:15 AM From the mobile phone | Show all posts
So 3k tu yg dikata rasuah sebenranya tix blk la.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-3-2025 03:04 AM GMT+8 , Processed in 0.084319 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list