CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 169|Reply: 0

[Kedah] 39 kawasan rekreasi di Kedah berisiko berlaku kepala air

[Copy link]
Post time 5-7-2023 03:44 PM | Show all posts |Read mode
39 kawasan rekreasi di Kedah berisiko berlaku kepala air


Oleh Noorazura Abdul Rahman - Julai 5, 2023 @ 2:52pm  bhnews@bh.com.my




Mohd Muaz (kiri) ketika menjalankan pemantauan di Air Terjun Seri Perigi, hari ini. NSTP/Noorazura Abdul Rahman




YAN: Sebanyak 39 kawasan rekreasi dan peranginan di negeri ini dikenal pasti Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kedah sebagai lokasi berisiko berlaku kejadian kepala air.

Timbalan Pengarah APM Kedah, Mejar (PA) Mohd Muaz Mohd Yusoff, berkata lokasi itu membabitkan 10 daerah iaitu Padang Terap, Langkawi, Pendang, Bandar Baharu, Kuala Muda, Sik, Yan, Kulim, Baling dan Kubang Pasu.

Katanya, 11 kawasan peranginan dan rekreasi di daerah Baling disenaraikan paling berisiko, iaitu Kuala Kedua, Lata Bukit Hijau, Lata Celak Simpoi, Teratak Simpul, Air Panas Ulu Legong, Lubuk Badak, Sungai Pam, Lata Baling, Lubuk Pedati, Lata Nering serta Lata Bayu.

"Daerah Yan turut merekodkan jumlah kawasan berisiko tertinggi dengan lima lokasi, termasuklah Titi Hayun, Air Terjun Seri Perigi, Air Terjun Batu Hampar, Taman Rekreasi Sungai Badak dan Sungai Bukit Kuari," katanya ketika ditemui selepas pemantauan di Air Terjun Seri Perigi, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Yan, Leftenan (PA) Muhammad Zul Izzi Zulkifli.

Mohd Muaz menasihatkan pengunjung agar peka dengan tanda awal kejadian kepala air, antaranya air bertukar menjadi keruh dan mengalir lebih laju dari biasa.

"Antara tanda awal lain iaitu deruan deras dari atas bukit atau gunung bersama puing-puing asing timbul di permukaan air serta gelombang aliran air dalam kuantiti besar," katanya.

Beliau berkata, beberapa langkah keselamatan awal juga perlu diambil oleh pengunjung ketika mengunjungi kawasan rekreasi air iaitu melaporkan sebarang aktiviti dan pergerakan yang hendak dilakukan di balai polis berhampiran.

"Pengunjung perlu memastikan diri dan ahli keluarga dalam keadaan sihat, sentiasa mengambil tahu mengenai situasi cuaca di lokasi dituju, memastikan tapak khemah didirikan di tapak selamat dan tinggi, mengesan perubahan air serta segera meninggalkan kawasan terbabit jika berlaku kejadian hujan lebat," katanya.

Beliau berkata, APM tidak melarang orang awam untuk mengunjungi kawasan rekreasi berkenaan, namun mereka diminta lebih peka dan berhati-hati apabila mengunjungi lokasi berkenaan.

Mohd Muaz turut mengingatkan orang ramai agar lebih berwaspada dengan impak angin kencang dan hujan lebat yang boleh menyebabkan kejadian tanah runtuh, kepala air, kerosakan struktur dan pokok tumbang bukan sahaja di kawasan rekreasi awam tetapi juga boleh berlaku di kawasan awam dan kediaman.








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 02:18 AM GMT+8 , Processed in 0.429317 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list