CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3109|Reply: 55

Lelaki Tunjal Kepala Wanita Jelaskan Hal Sebenar, "Potong Tak Lepas, Mulut Tak Berhenti Menjawab, Saya Akan Buat Laporan Polis Untuk Dia Pula!" ...

[Copy link]
Post time 5-7-2023 10:44 AM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA – Penyelia kilang yang tular menunjal kepala seorang pemandu wanita berhampiran Lata Iskandar, Cameron Highlands, Jun lalu, tampil memohon maaf, semalam.


Menerusi perkongsian video Shahdan di TikTok, Mohammad Zaim Faiz Tarmizi, 29, turut berkongsi punca kejadian dan mengakui gagal menahan marah ekoran wanita tersebut tidak henti-henti ‘menjawab’ di atas kesilapan sendiri.






“Dari Cameron kami dah habis jalan-jalan nak balik ke Shah Alam dan masa turun tu sesak. Sampai dekat selekoh tajam saya fokuskan pada selekoh tiba-tiba ada satu kereta bertentangan menghala ke saya, brek kecemasan dan bagi hon.


“Bila saya tengok belakang, ada Myvi nak potong tak lepas. Tayar saya dah jatuh dari jalan dan nasib baik saya tak tekan brek kalau tak memang masing-masing jatuh je gaung.


“Masa turun tu saya cuba cakap tapi dia menjawab-jawab menyebabkan saya marah dan masa nak pergi tu dia masih menjawab menyebabkan saya patah balik dan tepuk dahi dia.


“Seorang suami tengok anak isteri dah lintang pukang kat belakang, apa perasaan? Saya pun tak boleh fikir masa tu,” katanya.


Dalam masa sama katanya, dia tidak menolak untuk membuat laporan ke atas pemandu wanita tersebut selepas ini.


“Saya nak minta maaf kepada semua rakyat Malaysia dan perempuan yang saya tunjal dan saya dah terima hukuman saya.


“Saya mungkin akan buat laporan untuk dia pula sebab untuk bahagian saya, saya dah terima hukuman kena penjara dan dapat kesedaran.


“Saya nak mohon maaf atas perbuatan saya kepada wanita tersebut saya dah terima hukuman saya,” katanya.





Selain itu, Mohammad Zaim turut meminta supaya netizen berhenti mengecam dirinya dan keluarga.


“Satu lagi saya nak minta netizen jangan cakap bukan-bukan. Saya sebagai lelaki pun ada tahap juga bila tengok anak bini macam tu.


“Saya tunjal tanpa niat nak pukul, dalam masa sama saya nak berterima kasih kepada pihak Pengerusi Persatuan Pengguna Semboyan 1 Malaysia dan Abang Yusuf Azmi panggil kami untuk luahkan perasaan dan apa sebenarnya yang berlaku.


“Yang cakap bukan-bukan tu, hentikan sahaja,” pintanya yang juga tampil bersama isteri menerusi video berdurasi hampir enam minit itu.


Kosmo! sebelum ini melaporkan, Mohammad Zaim Jun lalu telah dijatuhi hukuman penjara tujuh hari oleh Mahkamah Majistret atas pertuduhan melakukan ugutan dan mencederakan mangsa.


Dia dijatuhi hukuman tersebut selepas mengaku bersalah sejurus kedua-dua pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Siti Hanum Mohmad Shah.


Mengikut pertuduhan, bapa kepada seorang anak itu didakwa menakutkan secara jenayah terhadap Amiera Atiqah Shahrizan, 25, dengan kata ugutan ‘pecah muka kau sat lagi’. –CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2023 10:49 AM | Show all posts
if you ada bukti perempuan tu drive melulu, sila report..
dalam banyak-banyak kereta beratur jem tu, mustahil satu pun tak ada dashcam..
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2023 10:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Masih nk tegakkn benang basah.
Yg bekap brader ni hari tuh bole la munculkn diri.
Kut ada bukti leh tolong².
Tu kes penampo waiter kedai mkn tu per cer?
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2023 10:58 AM | Show all posts
dendam la ni..terang2 ko dh salah..
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2023 10:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Umur baru 29 tahun .awat nampak tua
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2023 11:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Pastu yang kau pelempang pekerja restoren tu pulak ko tanak saman pekerja tu juga?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-7-2023 11:04 AM | Show all posts
dah masuk jel dua kali pun masih xinsaf?
lgpun sbelum hadap mahkamah kan dah buat report juga
so kira masih berdendam lagi tu tak puas hati
masuk jel bukan sbb pompuan tu je... sepak pekerja restoran tu lagi.

bahaya dia ni mgkin buat lagi klu terjumpa dimana2..siap sedia hp kamera semua
yg pompuan tu better pg mana2 jgn sorg2 kot dia cari nak balas dendam
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2023 11:06 AM | Show all posts
lempang orang sah2 salah lat toyol itam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2023 11:06 AM | Show all posts
siap tunggang NGO lagi tu... tak puas hati punya pasal
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2023 11:08 AM | Show all posts
muka tak malu ke... dah salah tu salah la... tak koser nak tekan link video tiktok dia tu... nak gain view and follower la tu...
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2023 11:10 AM | Show all posts
Heols ni mesti sejenis tak nak kalah. Tabah jugak ye wife heols.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2023 11:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Eh ..pi mampos la ko....mmg tengok ko yg nampak menyerang dlm video tu...bodoh punya gemok...dahla sekolah takat spm kut
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2023 11:17 AM | Show all posts
Sombongnya  ko bro. Dlm keadaan marah, ko letak tangan kat orang lain, itu adalah salah  lho.  Kalau lempang bini pun, itu boleh disabitkan kdrt (kekerasan dlm rumah tangga). Kalau orang tunjal kepala ko pulak mcm mane?
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2023 11:20 AM | Show all posts
pavlovachoc replied at 5-7-2023 10:59 AM
Umur baru 29 tahun .awat nampak tua

sebab dia panas baran, suka marah2...
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2023 11:24 AM From the mobile phone | Show all posts
uda replied at 5-7-2023 11:20 AM
sebab dia panas baran, suka marah2...

Yassin Senario yg happy2 tu pun nmpk tua jugak.Mcm umo 60.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2023 11:26 AM | Show all posts
Bang....ko nak charge pasal pompuan tu argue dgn ko, memang tak strong la case ko ni. Kalau rasa pompuan tu bawak melulu/cilok sana sini, kena ada bukti. Zaman skrg ni kena ada proof. Next time pasang dashcam depan belakang kiri kanan semua..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2023 11:26 AM | Show all posts
Ya Allah, masih tak insaf lagi ke dia ni?
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2023 11:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Anger management issue jgk ni. Tp setuju je kalau ada bukti prempuan tu drive sampai bahayakan pemandu lain proceed je la.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2023 11:27 AM | Show all posts
Dia nak buat polis report untuk apa?  tak de accident terjadi, dia je yg mengelabah tetek.
Sibuk kata perut bini terkena kusi depan..habis kau bini kau anak kau tak reti pakai seat belt ke hanat!!!  Lps tu terpeliuk nak belasah orang. Sudah lah duk diam2, esok2 lagi banyak benda orang korek pasal kau.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2023 11:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Jantan ego saja ini....jenis tidak boleh di tegur and menjawab
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-3-2025 03:46 AM GMT+8 , Processed in 0.056677 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list