CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1966|Reply: 14

'Masa Susah Setiap Hari Telefon Sampai Malam' - Fouziah Gous Terkilan Selebriti Lelaki Hutang Ratusan Ribu Tak Bagi Ucapan Raya

[Copy link]
Post time 5-7-2023 10:22 AM | Show all posts |Read mode
Terkilan dengan seorang rakan industri yang mengelak daripada membayar hutang, pelakon dan usahawan Datin Fouziah Gous mendedahkan jumlah yang dipinjam individu tersebut mencecah ratusan ribu ringgit.


Katanya, dia tetap membantu dari segi membayar hutang individu tersebut dengan pihak lain walaupun selebriti lelaki itu bukan dalam kalangan kawan baiknya.




IG




“Dalam ramai-ramai orang yang saya tolong ada seorang ini yang paling saya sedih dan terkilan. Saya bukan tolong dia puluhan ribu tetapi dengan jumlah ratusan ribu ringgit, enam angka.


“Saya sudah tolong dia untuk menutup lubang-lubang yang dia telah buat (hutang dengan pihak lain). Lubang dia gali yang tak mampu nak tutup, saya telah bantu dia. Orang itu bukan daripada kalangan kawan baik saya pun.


“Saya tidak mahu membuka aib sesiapa kerana dia pun mencari rezeki dalam industri seni ini. Sebelum bagi pinjam, saya berbincang dengan suami terlebih dahulu kerana jumlah tersebut sangatlah banyak,” katanya.


Lebih menggores hati apabila individu berkenaan langsung tidak menghubunginya untuk menyampaikan ucapan hari raya Aidilfitri kepada aktres berusia 40 tahun itu.




IG




“Apa yang buat saya kecil hati sangat bukan fasal apa saya tolong tapi dia tak ucap selamat hari raya dekat saya. Dia boleh diam saja. Saya menunggu tau. Saya seorang yang mementingkan sifat keluarga, jadi ucapan sebegitu cukup,” ujarnya.


Sementara itu, Fouziah berkata peguam yang mewakili pihaknya sudah pun menghubungi individu berkenaan, namun panggilan telefon tidak berjawab.


“Kalau saya nak dedahkan siapa dia memang mudah, tapi bukan itu yang saya akan lakukan. Saya tolong dengan seikhlas hati. Andai dia mendengar apa yang saya cakap ini, cuma nak beritahu saya terkilan.


“Saya dan pihak peguam pun ada buat surat (perjanjian), dalam surat tu tiada minta pun untuk bayar bunga. Cuma saya minta dia nanti kalau ada masa buatlah beberapa content di media sosial.


“Tapi dia tak commit, tiada khabar langsung. Masa tengah susah setiap hari telefon saya, kadang tengah malam dia telefon. Dia seorang lelaki dan tak manis la malam-malam telefon saya.




IG




“Saya follow media sosial dia, kadang-kadang nampak je dia selalu buat live dekat TikTok. Tapi suruh buat kerja saya yang bagi itu tak buat pun. Peguam saya telefon pun dia buat diam sahaja,' ujarnya kepada Gempak.


Tambahnya, dia dimaklumkan peguamnya bahawa dia boleh membuat selebriti berkenaan jatuh muflis berdasarkan jumlah pinjaman diberikan.


Bagaimanapun, rezeki dan silaturahim itu sangat penting. Jadi, Fouziah sangat berharap agar individu berkenaan dapat melunaskan hutangnya seperti yang termaktub dalam perjanjian mereka. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2023 10:47 AM | Show all posts
siapakahhhh...?

awal sgt masuk
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2023 11:20 AM | Show all posts
jgn ada pulak kecam Fouziah ni sebarkan aib org la. Netizen kn mcm tu suka backup yg berhutang. ikutkan dah mcm2 cara baik dah yg bg hutang ni buat tp still yg berhutang tu buat bodo taknak byr. Cara last is viralkan aje
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2023 11:21 AM | Show all posts
lea_kdo replied at 5-7-2023 10:47 AM
siapakahhhh...?

awal sgt masuk

hint pun tadak...tu yg malas nk komen awal2
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2023 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Selain musim buah,skrg musim tuntut hutang.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2023 03:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Cukuplah buat tuntutan hutang
Tak perlu cakap menanti ucapan selamat hari raya ke selamat hari jadi ke

Nampak pelik betul
Kata tak rapat
Tapi terkilan sebab tak diucap
Pastu petik hutang

Kalau macik
Macik tuntut hutang kaw2
Koser nak sebut “I terkilan tau u tak wish kat I”
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-7-2023 03:13 PM | Show all posts
bkn prince dinzy kan kan kannnnn
lupa siapa yg rapat dgn prince tuu.. geng2 dorg jgk

tiba keluar tajuk.. soriii
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2023 03:19 PM From the mobile phone | Show all posts
boleh la i nak pinjam duit kak fouziah 5 ribu je buat deposit rumah. Tlg la i kak fouziah 5k je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2023 03:42 PM | Show all posts
Sempat lagi selit.. terkilan org tu tak wish... adehh...
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2023 03:56 PM | Show all posts
Take note la..kalau ada sesiapa nak pinjam duit untuk tutup lubang2 hutang dia kat org lain, tak perlu bg pinjam.

Kalau dia dah berhutang dengan ramai org dan sampai terpaksa gali lubang tutup lubang, mmg susahla dia nk bayar balik hutang kita kalau kita bg pinjam.

Mmg niat kita baik, nak tolong ringankan beban, husnuzon tak bertempat yg dia akan bayar balik duit kita...hakikatnya hmmm nan hado
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2023 04:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Ckp berpusing2. Ikhlas tolong tp terkilan tak wish raya..ckp jela direct nk hutang dibayar.

Byk betul duit dia ratus ribu nk tolong org yg tak rapat. Laki pun izinkan. Reta berjuta dah ke dorang ni?

Tapi keji gak yg berhutang sbb ada cara buat content utk byrn hutang, tp takmo buat.. prinzeciki2 ke?
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2023 04:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Saman jela. Mcm yg ex-elite tu hana ke nama dia saman watie. So tau la sapa culas. Selagi ko x saman kitorg pun xtau sapa dia. Malas nk speku.baik nye la bg pinjam. Ada kwn aku nk pinjam ratus2 aku buat derk je, sbb tau org tu ada kerja kt co.besar. suami ada. Siblings ada dh knp nk pinjam outsider.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2023 05:48 PM | Show all posts
senang betul diorg ni bagi pinjam duit 6 angka kat orang yg meminjam untuk tampal lubang minjam sana sini. pastu terkilan orang tu tak wish selamat hari raya. apa punya lawak jenaka dia ni?
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2023 07:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Skrg ni kalau ada yg nak pinjam duit..meols bg map jalan ke bank je.. kalau segan dgn bank kot dah di black list ke...mintak alamat opis along kami mmg nak tlg tu. Tapi kalau x ckup nak mkn, meols leh hantar beras kat umah.
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2023 09:35 AM | Show all posts
hm ratus ribu bukannye sikit. guna AMarkets je trade sana, tak perlu berhutang lagi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 08:01 AM GMT+8 , Processed in 0.047780 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list