CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 9623|Reply: 64

'Laki Bini Perangai Serupa Tahi' Sakau Duit Founder Produk Kecantikan! Iddin Minta Che Ta, Suami Pulangkan RM150,000

[Copy link]
Post time 5-7-2023 09:16 AM | Show all posts |Read mode
Hangat nama pengasas produk ESW, Muhammad Iddin Syah Mohd Fuzi (Iddin) diperkata netizen selepas mendedahkan ditipu pengasas produk kosmetik wanita.


Dalam pendedahan pempengaruh media sosial itu, pengasas produk yang juga penyanyi berasal dari Pulau Pinang berkenaan bersama suaminya meminjam RM150,000 untuk membayar satu perkhidmatan, namun selepas wang diberikan pasangan itu sepi seribu bahasa serta mengelak dari bertemu atau berhubung.








"Sila pulangkan duit saya! Tempoh dua minggu diberikan untuk kamu berdua jelaskan hutang sebanyak RM150,000 sudah tamat. Sekarang lebih tiga minggu, satu sen duit pun saya belum terima.


"Saya ada bukti surat peguam mereka yang bertarikh 7 Jun 2023, antara lainnya menyebut anak guaman mereka Mohd Rosli b. Abu Bakar (Aaron Lee) berjanji untuk membayar wang kepada saya sebanyak RM150,000 secara berperingkat bermula tarikh 14, 20 dan 25 Jun, dengan jumlah sekali transaksi RM50,000.


"Oleh kerana jaminan surat dari peguam, saya ambil pendekataan berdiam sepanjang Jun lalu kerana mahu memberi peluang dan melihat sejauh mana komitmen mereka dalam menyelesaikan masalah ini. Malangnya seperti dijangka mereka mungkir janji.


"asangan ini siap pukul canang kononnya mereka difitnah. Fitnah apa bendanya, semua bukti ada!" kata Iddin.
















Ujar Iddin lagi, perbuatan khianat pasangan usahawan yang sebelum ini merupakan sahabatnya terbongkar selepas dia memuat naik satu video pada 1 Jun lalu.


Video yang dikongsikan menerusi peranti Tiktok (Iddinsyah.Esw) dengan jumlah tontonan sebanyak 904,900 itu, memaparkan dirinya baru sahaja selesai membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Prai Utara, dalam keadaan marah menuntut agar wangnya segera dikembalikan oleh pengasas terbabit dan suaminya.


Pasangan suami itu bukan sahaja mensasarkan Iddin sebagai mangsa, tetapi turut ‘kenakan’ lingkungan rakan-rakan pengasas produk yang rapat dengannya termasuk menipu ramai cawangan pengedar mereka sendiri yang selama ini membantu mengembangkan pasaran produk mereka.








IG




"Ramai yang dah terkena, ramai yang datang mengadu kepada saya, di mana sebahagiannya membenarkan saya membuat perkongsian di Tiktok.


"Bukan main lagi ‘show off’ kehidupan mewah, pergi sana-sini, berjoget sana-sini, joli sana-sini, duk tunjuk dekat orang kononnya mereka kaya dan gah sangat! Perangai serupa dengan taik!


"Tolong pulangkan duit aku dan semua kawan-kawan yang kau khianat!" kata Iddin dalam satu temu bual.














Ekoran kegagalan pasangan terbabit menjelaskan bayaran mengikut tarikh yang ditetapkan, Iddin merancang untuk mengadakan sidang media dalam masa terdekat ini yang turut disertai mangsa-mangsa pasangan suami isteri ini.


"Saya dan pihak guaman sudah siap siaga dan tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka jika tidak mengembalikan wang saya dalam kadar segera," katanya.




Sumber: Gempak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2023 09:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Igt che ta mak ecah hantaran 50 juta tu! Yiihhh
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2023 09:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Mohd  Rosli Abu Bakar = Aaron Lee?
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2023 10:20 AM | Show all posts
mmg musim org tagih hutang sekarang ni.....
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2023 10:30 AM | Show all posts
haram aku x kenal sekor2 nama kat atas
ingatkan che ta yg ada umah beso yistana 50 jota tu
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2023 10:37 AM From the mobile phone | Show all posts
mati2 ingat che ta istana kokdiang rupanya che ta lain..musim menyondol abis..musim cerai berai dah abis..ni musim mintak hutang pulak…
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-7-2023 10:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Selayaknya la kena kifarah pondan oiiiii aniaya orang dgn produk timbang kati perosak buah pinggang tu pondan oiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2023 10:58 AM From the mobile phone | Show all posts
jihyomelly replied at 5-7-2023 10:37 AM
mati2 ingat che ta istana kokdiang rupanya che ta lain..musim menyondol abis..musim cerai berai dah  ...

Mohon momod turuo thread nih...X de credibility nak masuk thread nih..terpaksa guna clickbait Nama cikta pulak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2023 11:02 AM | Show all posts
Byk duit deme bagi pinjam org ratus2 ribu gitu je yek...
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2023 11:05 AM | Show all posts
dia transfer 150K sekali transaction??Bank Negara tak alert ka?
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2023 11:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Siapa ni.  Retis ke mereka
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2023 11:08 AM | Show all posts
Ingatkan che ta lakinya zain saidin
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2023 11:08 AM | Show all posts
noell replied at 5-7-2023 11:05 AM
dia transfer 150K sekali transaction??Bank Negara tak alert ka?

business account ok je, normal je amount tu.
yang naik alert kalau personal account


Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2023 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Depa tiga ni bukan artis pi lah campak board lain. Dah lah tajuk buat aku salah paham ingat che ta kokdiang tu
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2023 11:14 AM | Show all posts
Dari celah mana derang ni semua datang? Tak kenai pun dan bukan retis pun boleh jadi benang dalam BODGOS ke? Semaklah weyh.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2023 11:16 AM | Show all posts
Fuhh ingatkan cheta permaisuri istana kokdianggg nunnn
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2023 11:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Patutlah mintak hantaran ecah 50juta, rupanya nk bayar hutang guna duit hantaran
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2023 11:22 AM | Show all posts
hanat TT. baru nak kecam Che Ta istana Kokdiang. sekali Che Ta lain pulakkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2023 11:23 AM | Show all posts
petik nama cheta elok sikit, sat lg makcik RCW maghah haa...
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2023 11:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia org ni bt deal x de black n white ke..main transfer gitu..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 07:44 AM GMT+8 , Processed in 0.126191 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list