View: 207|Reply: 0
|
Siapa Waris Mayat Reput Bertangkal
[Copy link]
|
|
Waris mayat seorang lelaki yang ditemukan terapung di perairan sebuah resort di Kampung Tampi-Tampi di Semporna, dikesan polis.
Selain kembung, mayat lelaki tidak dikenali yang ditemukan pada 29 Jun lalu itu sukar dikenal pasti kerana bahagian kepala telah mereput.
Ketua Polis Daerah Semporna, Superintenden Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna menerima panggilan berhubung penemuan mayat itu pada jam 7.41 pagi.
Gambar hiasan
"Hasil pemeriksaan, tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui pada mayat berkenaan malah keadaannya sukar dikenal pasti.
"Ciri fizikal mayat adalah berketinggian 167 sentimeter, memakai baju dengan lambang Arsenal serta memakai seluar jeans panjang berwarna hitam berjenama Bentop.
"Selain itu, pada tangan kirinya terdapat gelang getah berwarna hitam dan tali dipercayai tangkal berwarna kuning yang dililit dari bahu ke rusuk kanan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Katanya lagi, umur individu itu juga tidak dapat dipastikan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
"Orang ramai yang ada kehilangan ahli keluarga atau rakan yang memakai pakaian sepertidigambarkan diminta memaklumkan kepada Ketua Balai Polis Semporna, Inspektor Mustapha Abd Majid di talian 010-5517617 atau 089-782020.
"Sebarang maklumat boleh juga disalurkan di mana-mana balai yang berdekatan bagi proses pengecaman mayat berkenaan," katanya.
Sumber: Sinar Harian |
|
|
|
|
|
|
| |
|