CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 176|Reply: 0

[Pulau Pinang] Lima empangan utama berada pada paras amaran

[Copy link]
Post time 4-7-2023 07:56 PM | Show all posts |Read mode
Lima empangan utama berada pada paras amaran



oleh    DIANA AZIS  04 Julai 2023   06:07pm





SPAN memaklumkan lima empangan utama berada pada paras amaran.




SHAH ALAM - Lima dari 43 empangan utama di empat negeri membabitkan Johor, Perlis, Kedah dan Pulau Pinang berada pada paras amaran.

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) memaklumkan, Empangan Muda di Kedah terkesan teruk dan berada pada paras bahaya.

"Empangan Timah Tasoh (Perlis) mencatatkan paras semasa 26.92 meter (m) iaitu 45.9 peratus simpanan manakala Empangan Teluk Bahang (Pulau Pinang) dan Sembrong Barat (Johor) masing-masing dengan 46.3 peratus (35.55 m) dan 44.24 peratus (9.11 m)

“Empangan Malut (Kedah) pula mencatatkan paras semasa simpanan 45.1 peratus (67.62 m) manakala Empangan Pedu dengan 57 peratus (88.97 m)," katanya menerusi ciapan di laman Twitter pada Selasa.

Dalam pada itu SPAN menjelaskan, paras simpanan air mentah minimum dan kritikal setiap empangan adalah berbeza.

Bagi tujuan bekalan air, agensi itu memaklumkan paras amaran dikira apabila mencapai 60 peratus paras simpanan manakala bahaya pada paras 30 peratus.

SPAN turut menyediakan saluran komunikasi dan perkongsian maklumat melalui talian hotline di 019 - 779 5000 (telefon atau WhatsApp) atau e-mel: warroom@span.gov.my serta laman sesawang https://warroom.span.gov.my untuk maklumat lanjut.




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 03:08 AM GMT+8 , Processed in 0.329033 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list