CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 272|Reply: 0

Inisiatif ‘No Right Turn’ Bukan Untuk Menyusahkan Rakyat, Tapi Bagi Keselesaan Kepada Pengguna

[Copy link]
Post time 4-7-2023 03:02 PM | Show all posts |Read mode
Sebelum dikuatkuasakan dalam tempoh sebulan dari sekarang, pelaksanaan inisiatif tiada belok ke kanan atau ‘no right turn’ di beberapa persimpangan di Melaka bakal melalui kajian mendalam.


Walaupun ia mencatatkan kesesakan trafik kritikal, Ketua Menteri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh memberi jaminan bahawa kaedah tersebut tidak akan memburukkan lagi aliran trafik sedia ada, sebaliknya bakal memberi lebih keselesaan kepada pengguna Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput-Ayer Keroh (SPA) di sini, terutama pada waktu puncak.




KESESAKAN trafik di Persimpangan Stadium Hang Jebat, Paya Rumput, Melaka. - UTUSAN/SYAFEEQ AHMAD




Beliau berkata, sebagai contoh di Persimpangan Stadium Hang Jebat, ia dilihat membantu menyuraikan kira-kira 1,000 kenderaan yang menuju ke pusat bandar dalam tempoh satu jam.


“Saya akan mengadakan dua lagi mesyuarat, mungkin dalam tempoh 30 hari selepas ini baru kita akan laksanakan. Kerana kita juga kena memberitahu masyarakat bahawa beberapa jalan ini tidak lagi ada jalan belok ke kanan.


“Jadi pemakluman ini kena diberikan dan jalan alternatif untuk mereka belok ke kanan juga telah disediakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR). Kita didik dahulu masyarakat sebelum kita kuat kuasa.


“Untuk Persimpangan Stadium Hang Jebat, mereka boleh menggunakan bawah jejambat di Cheng, jalan kontra pun telah dibuat untuk lebih selesa mereka membuat pusingan U balik ke Persimpangan Stadium Hang Jebat,” katanya dalam sidang akhbar selepas melakukan tinjauan di lokasi cadangan pelaksanaan inisiatif tiada belok ke kanan di Persimpangan Stadium Hang Jebat, hari ini.


Pada Jun lalu, Utusan Malaysia melaporkan, kerajaan negeri akan memperkenalkan kaedah tiada belok ke kanan dalam usaha mengatasi masalah kesesakan di persimpangan lampu isyarat terutama pada waktu puncak.


Persimpangan tersebut adalah di hadapan Klinik Kesihatan Masjid Tanah, Jalan Utama Masjid Tanah, Persimpangan Bandar Baharu Masjid Tanah dan Persimpangan Solok Duku.


Turut terlibat adalah Persimpangan Sekolah Sains Alor Gajah, Persimpangan Jejambat Cheng Lebuh SPA, Persimpangan Stadium Hang Jebat, Persimpangan Durian Tunggal dan Persimpangan MITC.




Sumber: UTUSAN
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 06:01 AM GMT+8 , Processed in 0.041361 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list