CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 183|Reply: 0

[Pulau Pinang] MAINPP larang Ustaz Zainul Asri sampaikan ceramah di Pulau Pinang

[Copy link]
Post time 4-7-2023 02:41 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 4-7-2023 02:42 PM

MAINPP larang Ustaz Zainul Asri sampaikan ceramah di Pulau Pinang

oleh    MOHD ISKANDAR OTHMAN   04 Julai 2023    01:46pm





Tular di laman sosial surat makluman larangan sementara bagi menyampaikan ceramah agama di masjid dan surau yang dikeluarkan MAINPP terhadap Ustaz Mohd Zainul Asri Mohd Romli.




GEORGETOWN - Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) mengeluarkan notis larangan sementara kepada pendakwah bebas, Ustaz Muhd Zainul Asri Mohd Romli bagi menyampaikan ceramah agama di masjid dan surau di negeri ini.

Yang Dipertua MAINPP, Datuk Ir Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman berkata, notis berkenaan dikeluarkan berikutan penyampaian ceramah yang kontroversi dibuat individu terbabit termasuk barbaur hasutan dan kini sedang disiasat pihak polis.

"Ya, saya sahkan MAINPP ada mengeluarkan notis berkenaan kepada pendakwah bebas berkenaan pada bertarikh 3 Julai.

"MAIPP tak gantung tauliah beliau tetapi kita tak benarkan dia sampaikan kuliah atau ceramah di semua masjid dan surau di negeri ini.

"Larangan ini sehingga semua siasatan terhadap dirinya selesai," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, pada Selasa.

Terdahulu, tular di laman sosial surat makluman larangan sementara bagi menyampaikan ceramah agama di masjid dan surau yang dikeluarkan MAINPP terhadap bekas Timbalan Ketua Dewan Ulamak Pas Kedah, Ustaz Mohd Zainul Asri Mohd Romli.

Dalam surat berkenaan, MAINPP memaklumkan yang pihak berkuasa agama itu menerima aduan berkenaan dakwaan bahawa Ustaz Mohd Zainul Asri telah mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan dan kini masih dalam siasatan polis.

Tindakan itu diambil mengikut Seksyen 104(2)(b) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004.


Turut dinyatakan, sebagai langkah agar keharmonian masyarakat sentiasa terpelihara, individu terbabit tidak dibenarkan untuk menyampaikan ceramah atau mengajar agama di semua masjid dan surau dalam negeri Pulau Pinang bermula tarikh notis berkenaan dikeluarkan sehingga siasatan polis selesai.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Dewan Ulamak Pas Pusat menyatakan pendirian berhubung kenyataan-kenyataan mengelirukan yang pernah dikeluarkan bekas Timbalan Ketua Dewan Ulamak Pas Kedah, Syeikh Zainul Asri Mohd Romli.

Anwar mempertikaikan mengapa tiada ulamak mahupun pimpinan parti itu yang menegur dan memperbetulkan kenyataannya yang beberapa kali mencetuskan kegusaran ramai.

Menurutnya, antara kenyataan kontroversi yang pernah diungkapkan pendakwah itu seperti Nabi Adam pernah turun di Gunung Jerai dan Saidina Usman bin Affan RA serta keluarga pernah ke Kedah.

Malah terbaru Anwar berkata, ustaz itu mendakwa sekiranya tidak menyokong parti mereka dianggap sebagai musuh ALLAH.




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 05:45 AM GMT+8 , Processed in 0.058084 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list