|
Angkara cemburu buta, seorang lelaki tergamak membakar isteri bersama dua anaknya di sebuah rumah di Cakung, Jakarta Timur, Indonesia.
Menurut jiran mangsa iaitu Ruswanto, sebelum insiden berlaku minggu lalu, pelaku, Usman Sayuti mencederakan isterinya, Winarsih ketika bergaduh dengan wanita itu.
Menurutnya, punca pergaduhan tersebut adalah disebabkan kononnya isteri suspek mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain.
Ruswanto berkata, selepas pergaduhan tersebut, Winarsih keluar dari rumah untuk membeli lauk, manakala Usman pula pergi minyak petrol yang tidak jauh daripada rumah mereka.
Tambahnya, dia terdengar jeritan dari rumah pasangan berkenaan sebaik mangsa pulang dari kedai.
"Saya bersama jiran lain keluar dari rumah dan ketika itu, api sudah marak dan membakar sebahagian ruang tamu rumah mangsa.
"Tidak lama kemudian, salah seorang anak mangsa keluar dari rumah dan terjun ke dalam longkang untuk memadamkan api yang membakar dirinya," katanya.
Dalam pada itu, pihak polis Jakarta Timur memaklumkan hasil siasatan awal mendapati Usman menyimbah minyak petrol kepada isteri dan dua orang anaknya yang ketika itu sedang bermain telefon bimbit sebelum menyalakan api serta membakar ketiga-tiga mangsa.
"Namun, akibat panik, suspek turut membakar diri sendiri," katanya.
Dalam insiden terbabit, Usman hanya terbakar 20 peratus di bahagian paha, dan tangan kanan, manakala isterinya serta dua anaknya terbakar hampir 55 peratus.
Sumber: Majoriti |
|