View: 1705|Reply: 19
|
Vietnam Haramkan Tayangan Filem Barbie Kerana Garisan Sembilan Sempang
[Copy link]
|
|
Tayangan filem 'Barbie' keluaran Warner Bros diharamkan Vietnam daripada edaran domestik berikutan satu babak yang memaparkan peta menunjukkan wilayah yang dituntut secara unilateral oleh China di Laut China Selatan, lapor media kerajaan hari ini.
'Garisan sembilan sempang' berbentuk U digunakan pada peta China untuk menggambarkan tuntutannya ke atas kawasan luas di Laut China Selatan, termasuk kawasan yang dianggap Vietnam sebagai pelantar benuanya, di mana ia memberikan konsesi minyak.
Barbie adalah filem terbaharu yang diharamkan di Vietnam kerana menggambarkan garisan sembilan sempang kontroversi China, yang disangkal dalam keputusan timbang tara antarabangsa oleh mahkamah di The Hague pada 2016.
Filem Barbie lakonan Margot Robbie dan Ryan Gosling pada asalnya dijadualkan dibuka tayangan di Vietnam pada 21 Julai ini, tarikh yang sama seperti di Amerika Syarikat. - Foto AGENSI
Bagaimanapun, Beijing enggan mengiktiraf keputusan itu.
Pada 2019, kerajaan Vietnam menarik filem animasi DreamWorks 'Abominable' dan tahun lalu mengharamkan filem aksi Sony 'Unchartered' atas sebab yang sama.
Netflix turut mengalih keluar drama pengintip Australia 'Pine Gap' pada 2021.
Barbie, lakonan Margot Robbie dan Ryan Gosling pada asalnya dijadualkan untuk dibuka tayangan di Vietnam pada 21 Julai, tarikh yang sama seperti di Amerika Syarikat, menurut akhbar Tuoi Tre yang dikendalikan kerajaan.
"Kami tidak memberikan lesen untuk filem Amerika 'Barbie' untuk ditayangkan di Vietnam kerana ia mengandungi imej menyinggung garis sembilan sempang," lapor akhbar itu, memetik Vi Kien Thanh, ketua jabatan pawagam, sebuah badan kerajaan bertanggungjawab melesenkan dan menapis filem asing.
Warner Bros bagaimanapun tidak memberikan sebarang maklum balas berhubung isu itu.
Vietnam dan China sudah lama mempunyai pertikaian tuntutan wilayah yang bertindih ke atas kawasan berpotensi kaya tenaga di Laut China Selatan.
Negara Asia Tenggara itu berulang kali menuduh kapal China melanggar kedaulatannya.
Sumber: BH Online |
|
|
|
|
|
|
|
Apa komen ummah vietnam?
Ryan gosling tu nmpk nonoque sangat.
|
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Malaysian aje relax, tak kisah pun bab kedaulatan negara. Padahal 9 dash line ni melibatkan Malaysia jugak |
|
|
|
|
|
|
|
Bangang NONE si tua kutuk perverted tu rilex saja terima instruksi daripada jokowi bab2 kedaulatan. |
|
|
|
|
|
|
|
kam3n: Malaysian aje relax, tak kisah ...
Apa nksd 9 dash line tuh? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by antikorok at 4-7-2023 01:40 PM
Walaupun haku tak suka vietkong pelahap kucen selera eksotik ada dna leluhur ummah PRC pelahap haiwan liar eksotik tuhh tapi bab tetap pendirian pasal negara tuh haku kagum sbb tak tunduk dengan PRC. Sementara negara tanah ayer senyap tak berkutik biar aja PRC terpaling berpoker ni pijak2 jah kedaulatan negara duk claim sempadan Laut China Selatan.
Ehhhh, puaka mana bagi nama laut ni Laut China Selatan tak pasal2 PRC terpaling tuh nak claim sbb konon alasan ada sejarah beribu tahun, padahal punyalah jauh PRC ni beribu kilometer dari sempadan still tak sedar dirik tuh puaka nak claim kawasan laut tanah org Asia Tenggara nih.
Yelah, tanah ayer ni kan duk sanjung2 PRC tuh big brotha sampaikan 1.2 jota ummah dorang hilang sedap2 bersembunyi di tanah ayer ni pung masih relaksss buat donno lagik. Puaka namampos gitohhh! Next, tunggu aja PRC ni bakalan claim tanah ayer ni sebagai tanah dorang pulak barulah semua menggelupoh namampos masa tuh khenn bakalan merempat di tanah ayer sendirik ha gitohhh!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
orang Melayu mana peduli sgat perkara macam ni. Tun cakap pasal tanah air bakal dimiliki warga asing pun majoriti buat bodow je
|
|
|
|
|
|
|
|
suka Ryan Gosling masa dia belakon Young Hercules. meols sekolah rendah baru. |
|
|
|
|
|
|
|
msdummy.2018 replied at 4-7-2023 11:02 AM
Apa nksd 9 dash line tuh?
Ada tulis dalam artikel tu sis.
"'Garisan sembilan sempang' berbentuk U digunakan pada peta China untuk menggambarkan tuntutannya ke atas kawasan luas di Laut China Selatan, termasuk kawasan yang dianggap Vietnam sebagai pelantar benuanya, di mana ia memberikan konsesi minyak."
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
kam3n replied at 4-7-2023 02:53 AM
Malaysian aje relax, tak kisah pun bab kedaulatan negara. Padahal 9 dash line ni melibatkan Malaysia ...
Msia kata nkaw...ngn rohingya..pun 'tunduk'... |
|
|
|
|
|
|
|
kam3n replied at 4-7-2023 03:23 PM
Ada tulis dalam artikel tu sis.
"'Garisan sembilan sempang' berbentuk U digunakan pada peta China ...
Ohhhh tengkayu sis |
|
|
|
|
|
|
|
kam3n replied at 4-7-2023 02:53 AM
Malaysian aje relax, tak kisah pun bab kedaulatan negara. Padahal 9 dash line ni melibatkan Malaysia ...
Baru nak cakap. Sini kalau haramkan filem sebab "gambar jerr" memamg meletuplahhhh twitter dan segala mala sosial media.
Tp tak faham.. konsep kedaulatan negara tu macam mana. Jadi One China baru tau |
|
|
|
|
|
|
|
Kt tanah Ayer kalau ban, mau melompat yg sepet2 cakap malaysia backward. Hark tuih! Diorg yg xde jato diri |
|
|
|
|
|
|
|
Ada ke orang nak tengok movie ni |
|
|
|
|
|
|
|
Vietnam jer yang agak berani klu perang ngan China. Lain2 kat asia tenggara ni mcm kecut pun ada. |
|
|
|
|
|
|
|
bunnyj3lly replied at 4-7-2023 10:46 PM
Baru nak cakap. Sini kalau haramkan filem sebab "gambar jerr" memamg meletuplahhhh twitter dan seg ...
Nak buat macam mana. Budak2 & mak ayah budak terpaling woke ramai kan kat sana.
Tapi sebenarnya paling sedih bila media2 tempatan pun setakat terjemah artikel dari luar negara aje. Tak ada pun nak ulas kaitan isu ni dengan negara sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
felinecat replied at 4-7-2023 11:47 PM
Kt tanah Ayer kalau ban, mau melompat yg sepet2 cakap malaysia backward. Hark tuih! Diorg yg xde jat ...
Alah, kalau kena ban pergi je lah xinjiapo. Nak berjalan jauh sikit boleh ke krung thep. Macam tak biasa |
|
|
|
|
|
|
|
Filipina pun tengah berkira untuk ban, dab ada desakan, Malaysia takkan diam je. Tapi WB mesti tak heran punya.
I tak minat pun nak tengok Barbie ni walaupun free. Lebih baik lah layan animated je. |
|
|
|
|
|
|
| |
|