CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 623|Reply: 4

Bantuan Bersesuaian Akan Diberi Kepada Pemuda Punyai Berat Badan 10 Kg

[Copy link]
Post time 3-7-2023 02:51 PM | Show all posts |Read mode
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri memaklumkan, kerajaan akan memberi bantuan bersesuaian kepada pemuda berusia 21 tahun yang menghidap penyakit saraf dengan memiliki berat hanya 10 kilogram di Terengganu.


Beliau dalam kenyataan hari ini berkata, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan bekerjasama dengan agensi kerajaan lain bagi menyalurkan bantuan kepada Muhammad Hafizuddin Ismail untuk meringankan beban keluarga pemuda itu.








Mengucapkan terima kasih kepada pihak media yang menyampaikan maklumat kepada kementerian dan kerajaan berkenaan pelbagai isu masyarakat yang perlu diberi perhatian segera, Nancy berkata, JKM telah menyantuni Muhammad Hafizuddin dan keluarganya di rumah mereka pada 20 Jun lepas.


"KPWKM mengalu-alukan maklumat daripada semua lapisan masyarakat agar setiap kumpulan sasar kementerian dapat dibela dan seterusnya disantuni segera untuk kita bersama membangun Malaysia Madani," katanya.


Menurut Nancy, Muhammad Hafizuddin juga adalah merupakan penerima bantuan Orang Kurang Upaya (OKU) Tidak Berupaya Bekerja (BTB) sejak November 2020.


Media sebelum ini melaporkan mengenai keadaan seorang lelaki berusia 21 tahun tetapi mempunyai berat badan seperti kanak-kanak akibat penyakit saraf dihadapi yang dikatakan bermula selepas terjatuh tangga di sekolah ketika berusia 12 tahun.


Orang ramai boleh menghubungi Talian Kasih di talian 15999 dan nombor WhatsApp 019-2615999 atau terus ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) bagi melapor dan menyalurkan maklumat berkenaan kanak-kanak, warga emas serta komuniti yang memerlukan bantuan.




Sumber: BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2023 02:59 PM | Show all posts
smoga dipermudahkan urusan..ada x no acc mangsa ni boleh la derma sikit buat ringankan beban dia?
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2023 03:07 PM | Show all posts
kesiannya...lahir normal tp sbb kemalangan jadi mcm ni...
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2023 03:28 PM | Show all posts
Satu ja gambar budak tu

Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2023 03:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Terima kasih kementerian yg terlibat..Semoga dipermudahkan urusan dan diberikan rawatan segera kepada adik ini
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 11:58 PM GMT+8 , Processed in 0.478802 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list