CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 160|Reply: 1

Golongan Muda Usia 15 Hingga 25 Tahun Penyumbang Tertinggi Kemalangan

[Copy link]
Post time 3-7-2023 12:28 PM | Show all posts |Read mode
Alor Setar: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mendapati golongan muda berusia antara 15 hingga 25 tahun menjadi penyumbang tertinggi kes kemalangan termasuk melibatkan maut di negara ini dengan kebanyakannya penunggang motosikal.


Pengarah Kanan Penguatkuasanya, Datuk Lokman Jamaan memberitahu, data itu menunjukkan tahap kesedaran golongan tersebut tentang keselamatan jalan raya masih rendah.


Gambar hiasan




“Umur risiko yang tinggi berlaku kemalangan termasuk mengakibatkan maut adalah antara 15 hingga 35 tahun dengan kebanyakan mereka adalah penunggang motosikal.


“Daripada kumpulan umur itu, risiko tertinggi adalah pengguna jalan raya dari umur 15 hingga 25 tahun,” katanya kepada pemberita selepas menyertai Ops Hari Raya Aidiladha (HRA) 2023 di sini, malam semalam.


Kata beliau, jumlah pengguna jalan raya terbanyak juga adalah daripada kumpulan umur 15 hingga 35 tahun.


“Statistik turut menunjukkan kes kemalangan membabitkan pengguna jalan raya berusia 35 tahun ke atas mula menurun,” ujarnya.


Sementara itu, Lokman berkata, dalam tempoh tiga hari pelaksanaan advokasi dan Ops HRA, pihaknya mengesan pemandu tegar yang melakukan pelbagai kesalahan jalan raya, hasil pemeriksaan ke atas 55,904 kenderaan di seluruh negara.


“Kita mengeluarkan sebanyak 20,792 notis atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 (Akta 334) dan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (APAD) (Akta 715).


“Dalam operasi tersebut, kita juga bertindak menyita 201 kenderaan kerana tiada perlindungan insurans, lesen memandu, kesalahan teknikal dan lain-lain,” jelasnya.




Sumber: Kosmo! Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2023 01:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Driving ni bukan sekadar dapat lesen je
Pengalaman sangat penting
Kalau takat2 1-2 tahun pertama
Kau tawaf laaa jalan taman kau jalan taman sebelah
Lagi banyak traffics dlm taman2 tu lagi bagus
Lagi banyak motor dalam taman tu lagi kau alert
Bukan setahun jagung menonong masuk jalan besar
Anak2 bujang aku dah stress sebab x boleh outing ngan kawan drive sendiri
Lambat lagi hai anak hahaha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 03:29 AM GMT+8 , Processed in 0.040679 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list